Penulisan pertama anem

SIAPA ARNAMEE??

Terlebih dahulu saya nak ucapkan thanks untuk manusia-manusia budiman yang sudi jenguk teratak tak seberapa indah lagi moleknya ini…=) Erm…Arnamee? siapa itu…?..Hah,lo nak taw,dia seorang manusia biasa yang agak selamba,sensitive lagi poyo.Mereka kata,Arnamee tak matured,cakap laju dan sensitive tak bertempat kekadang .. dan sememangnya saya menyedari semua hal tersebut.

(Diri sendiri,pastinya saya perasan!!)Namun sebagai seorang manusia,apalah daya diri ini untuk mengubah persepsi-persepsi yang wujud. Tapi inisiatif untuk berubah itu,tetap ada.Berubah untuk menjadi hamba ALLAH yang lebih baik,anak yang lebih membanggakan,sahabat yang lebih memahami dan macam-macam lagi.. (Banyak impian dak neh..huhuhu..)..Nama betul dak Arnamee neh anem.Wujudnya nama Arnamee ini setelah satu hari orang tersalah Faham dengan ejaan RNAME.(Ingat lagi,orang itu Puan Syahnaz..)..Dia tanye..”Arname?”,Lantas saya segera menyatakan,”Eheh,anem lah puan”..dari situ saya dapat merasakan aura nama arnamee itu begitu dekat sengaja tambah E di hujung kerana Nampak sedap macam mee goreng..Ekeke..

Saya dilahirkan di Hospital Besar Tanjong Karang,tempat yang sememangnya terkenal dengan sawah padinya.(Tapi saya tak mengaku taw saya jawa..ahakz- sebab saya tak pandai cakap jawa.) .Saya dibesarkan di Jeram Batu 20,Daerah Kuala Selangor.Sememangnya mengingati tempat itu mampu membuatkan saya menangis!!!rindunya nak panjat pokok sukun,nak berlumpa basikal,main bola sepak,mengharungi air banjir yang tak berapa nak banjir,main pondok-pondok,teman wan ambil daun pisang kat hutan,lepak rumah atok,main badminton dengan saudara-mara,jalan kaki pergi kedai depan tu,teringin nak dengar sapaan orang kampung..wah..sememangnya diri ini merindui semua itu. Namun apalah daya,mula tingkatan empat,keluarga dah mula berpindah ke Serendah,Rawang,Selangor. Tiada kawan langsung di situ.Yelah,anem masih bersekolah di kampong,taw!! sAya tak malu mengaku saya budak kampong.. Kerana itu hakikat yang perlu dibanggakan.Dan setelah berpindah dari Serendah,saya kini menetap di Batu Caves,ala kawasan Selayang tu..

Mak saya namanya Raja Anita Raja Ahmad( ada sape-sape yang kenal?) hehe.Dia seorang surirumahtangga sepenuh masa.Seorang yang gila-gila macam anak sulong dia dan sangat memahami..Dia berbintang Virgo dan berasal juga dari Jeram..sebelum kahwin dengan suami dia (abah saya..=p), dia Bekerja kat banyak tempat ,cari pengalaman..tapi kini duk di rumah,jaga adik..Abah saya yang bernama Baharudin Husain pula, seorang pekerja kakitangan awam,dan sangat kelakar.Dia bertanggungjawab dan jenis sElamba.Namun jangan tak tahu,kadangkala sangat pemalu..(maaf bah,terpecah lak rahsia)..eheh.dan saya ada seorang adik je.Hero!!Nama dia Wan Hafiz,dulu saya panggil Tot,tapi dia sekarang lagi tinggi dari saya..ini tidak boleh jadi neh..!!=p


-oktober 2007



0 yang menasihati:

Sebarang pendapat , nasihat atau soalan ?

Untuk kesudian membaca dan memberi berkata-kata - saya berterima kasih.





Anem Arnamee © TERIMA KASIH ♥



click to te top