KITA NI SAPA JA ( luahan panjang )



Tidak pula rasa lelah dalam perjuangan ini, anem cuba belajar mengenali anem yang sebenar.Dalam rasa itu ada seribu satu yang banyak yang perlu dirungkai…


KECIL HATI..

Tipu jika tiada seorang manusia pun tiada perasaan sedemikian.Malah rasa lagi bertambah janggal jika semua orang kata kita OK 24 jam.Mustahil. Apatah lagi semua manusia berdepan dengan tekanan demi tekanan.Dan bertambah tertekan jika manusia itu seorang perempuan yang tiba masanya tidak boleh sembahyang., .

Anem??Rasanya dia lebih banyak buat orang berkecil hati daripada terasa hatinya diperkecilkan.Betul tak ,kawan-kawan??Huhu.Memang parah mengubat jiwa yang dikecilkan wahai anem,sukar merawat mereka yang terluka. Di kesempatan ini,siapa yang terasa ,anem memohon seribu kemaafan kepada kalian, semua manusia lakukan kesilapan.Tegurlah anem, jika anem bersalah.TAPI TEGUR LAH BAIK-BAIK, NASIHATI DENGAN IKHLAS, insyaALLAH dia bukan sahaja menerima, malah mampu mengubahnya, sama-sama kita berdoa, insyaALLAH ada yang lebih baik untuk semua.Yelah ANem tu kadangkala ikut hatinya sahaja, terlalu ego, terlalu sensitif dan agak melawan.Tapi orang kata inilah ciri-ciri anak sulong, ciri-ciri mereka yang berada dalam zon selesa, kehidupan sederhana…entahlah sukar nak memahami diri sendiri..,sangat ..


MENUNTUT FAHAMAN …

Anem ni bukannya apa, dia kadangkala nak semuanya dalam keadaan tersangat baik,sedangkan dia tak sedar mana ada di dunia ni yang sempurna. ALLAH je yang maha sempurna.Dia nak manusia ni berbaik-baik, lemah lembut , saling bertolak ansur dan paling penting mudah memahami.
Memahami??Sedangkan diri sendiri pun dia tak faham, sibuk suruh mereka yang lain belajar bagaimana memahami dirinya, memahami situasinya...


KAKAK??

Anem selalu berdoa lantas berharap memiliki seorang ’kakak’ yang benar-benar memberi anem perhatian sebagai adik kandung, serta sahabat baik pada anem di samping TERSANGAT memahami anem.Anem nak dia faham anem ni sensitif , gila-gila, anak emak, perlukan perhatian dan cakap laju macam roket.Tapi anem yakin ada sebab kenapa anem dilahirkan sebagai anak sulong...alhamdulillah..=)

Satu ketika dulu, anem terlalu terasa dengan insan yang bergelar kakak angkat atau mereka yang menganggap anem adik mereka ini, jika ada hal yang melibatkan peribadinya anem tak tahu,anem akan berasa kecil hati yang amat sangat sehingga anem terfikir anem tiada istimewanya lagi di hati dia.Anem merasa diri diabaikan, dipinggirkan malah dilupakan. Begitu teruk nya sikap anem nan satu itu.SENSITIF yg amat!!.

Tapi anem berfikir kembali, anem hanya ’adik angkat” yang belum tentunya di anggap adik, mungkin hanya pada nama sahaja, jadi anem perlu lah berpijak di bumi nyata, dan bersyukur dengan apa yang ada.Itu yang penting.Dan setiap manusia perlu ada ruang peribadinya sendiri, itu yang anem sedar sekarang ,apabila anem perlu kerap menyimpan rahsia kebelakangan ini, jadi pastinya anem semakin sedar hal yang demikian, anem perlu ada empati, anem perlu tahu bagaimana keadaan anem dalam situasi mereka, jangan terikat dengan persepsi sendiri dan pandangan anem sahaja.

Kadangkala juga anem merasa terlalu bod** jika anem mengharap mereka yang anem panggil, atau anggap sebagai kakak ini call anem, mustahil kadangkala, dan mesej anem bertanya khabar terlebih dahulu..satu ketika dulu.Kini anem sedar kenapa, bagaimana seseorang itu perlu mesej anem, perlu hubungi anem.Anem tahu itu bukanlah kayu pengukur kasih sayang mereka dan ada sebab kenapa perhatian kerapkali tidak tertumpah kepada diri ini.Satu yang harus diingat, mereka juga manusia biasa seperti anem...

Di ruangan ini, anem hanya ingin memohon maaf kepada insan yang bergelar KAKAK ini, kerana kadangkala anem terlalu menuntut perhatian, terlalu mengharap semuanya dikongsi bersama, terlalu berkeinginan untuk berada di kalangan mereka yang amat dikasihi dan selalu diingati oleh akak..Anem mohon maaf kerana selalu lupa diri...Sewajarnya anem sedar dan bersyukur kerana Akak sudi meminjamkan sedikit perhatian, menghulurkan secebis rasa sayang pada insan yang serba kekurangan ini...

Sesungguhnya hanya ALLAH sahaja yang dapat membalas budi, jasa, kasih sayang, pengorbanan , serta pemahaman akak terhadap adik akak selama ini... semoga ALLAH sentiasa membahagiakan akak anem di dunia dan di akhirat, insyaALLAH...TIADA APA YANG ANEM MAMPU BERI, MELAINKAN DOA DAN HARAPAN SEMOGA YANG TERBAIK SEMUANYA UNTUK AKAK,TERIMA KASIH UNTUK SEGALA-GALANYA ,KAK..
Tulus dari anem yang sayang sangat kat akak..=)


SAHABAT??

Anem tu pelik la..,Anem tu kenapa...,Takkan itu pun nak marah.., Anem tu sensitif sangatlah..., Kenapa Anem tu lambat beritahu..,Sampai hati Anem.., Anem,kami bukan nak marah....,Anem patutnya....,Anem tu blur r..., Anem buat kerja lambat...,Anem,berterus-teranglah....dan seterusnya....

Pelbagai.Macam-macam lagi telahan dan pandangan yang diberi untuk Anem, insan yang masih lagi banyak yang perlu dipelajari.Insan yang masih banyak ruang kosong perlu diisi.Sesungguhnya sikap Anem yang terlalu melayan serta mengikut perasaan itulah yang membawa kepada pelbagai perkara yang berikutnya.

Anem kadangkala nak tegur ramai orang, semua nak diubahnya,seolah-olah semua tak kena pada pandangan matanya.Pendapat dia sahaja betul lagaknya. Tapi sebenarnya Anem hanya menjadi seorang manusia yang berfikiran tidak terlalu terbuka.Tidak bersedia dan sukar menerima,ciri-ciri yang tak wajar wujud di era ingin mencari pekerjaan ini untuk anem.

Anem kadangkala tertanya-tanya,mengapa Anem sukar menerima arahan dari orang lain,bagi Anem orang yang bercakap nada mengarah(bukan menyuruh atau memujuk cara baik) ,anem akan tiba-tiba terasa dengan kata-katanya yang biasa itu.Sedangkan kadangkala nada orang itu memang kategori biasa pun.Lagi satu anem sukar menerima pandangan orang yang terlalu telus(berikutan kesensitivitian anem), biarlah pandangan itu lembut dan berasas anem lebih mudah menerimanya.

Sejujurnya siapa yang ingin memiliki sahabat yang suka mengata belakang-belakang (kaki umpat) atau talam dua muka??Memang tiada, tapi sememangnya manusia itu wujud di dunia ini.Anem perlu bersedia dan tawakal kepada Ilahi di atas perkara yang berlaku.Semua itu ada hikmahnya,
Anem perlu kuat dan belajar juga menyimpan rahsia dan cerita dari semua sahabat.Anem perlu faham, makin nak kiamat akan banyaklah munculnya syaitan dan sikap baik diri kita yang saling menentang..dan yang paling penting kita sama-sama berdoa agar kiat saling menjaga..Sesungguhnya jika kita saling menjaga,pastinya tiada siapa akan terasa...

HARAPAN
Anem berdoa sangat akan ada sinar dari seorang sahabat yang terlalu ego dan moody itu,akan ada perubahan daripada dia untuk berbaik2 dengan mereka yang lain.Malah akan diperolehi hidayah bagi dia dan kita semua untuk lebih mendekatkan diri dengan Maha Pencipta.Semoga semuanya beroleh keberkatan dariNYA.Anem juga berdoa semoga rakan anem seorang LAGI itu tidak terlalu membawa sikapnya yang selfish itu,dan hanya datang di kala memerlukan pertolongan, walaupun anem sedar kebanyakannya orang yang datang kepada dia untuk meminta tolong.Nauzubillahiminzalik.Selain itu Anem juga berharap akan ada fahaman dari seseorang itu untuk menerima hakikat bahawa Anem lebih mudah menerima satu bentuk ajakan, nasihat berhikmah, daripada satu bentuk arahan, daripada satu bentuk pertanyaan yang agak mempertikaikan.Anem sedar dia sangat baik dan bertanggungjawab.Namun anem memerlukan masa menuntut fahaman, harap dia juga begitu.Selain itu Anem memohon maaf kepada insan yang agak rapat dengan anem seorang itu, jika selalu memperkecilkan, mempertikaikan malah kadangkala menafikan hak beliau dalam membuat keputusan dan memilih kawan , anem mohon maaf jika anem berkelakuan tidak rasional begitu, mungkin kerana terlalu sayang dan inginkan perhatian, kadangkala anem bertindak luar kawalan.Jika anem melampau, pertikaikan lah pula cara anem yang tidak ada betulnya abatitu,anem sedia..

Di ruangan yang sedikit ini,anem memohon sekali lagi kemaafan daripada mereka yang selama ini kurang senang dan terasa serta kehairanan dengan sikap anem ini.Mohon maaf sangat, sesungguhnya setiap manusia melakukan kesilapan, maafkan anem dan sesungguhnya anem juga sudah memaafkan kalian..Anem sayang semua..=)





17 yang menasihati:

  1. *KECIL HATI
    kita manusia biasa.tak lepas dari melakukn salah n silap.n tol gak kot anem ckp 2.kita mmg ssh nk memahami dr sndiri.kdg2 owg lbh memahami kita brbnding diri sndiri.

    *MENUNTUT FAHAMAN
    Hmm..terima la owg len seadanya.spy owg pon leh terima kita seadanya.
    *KAKAK??
    Amat mendalam ayat neh "Dan setiap manusia perlu ada ruang peribadinya sendiri,itu yang anem sedar sekarang ,apabila anem perlu kerap
    menyimpan rahsia kebelakangan ini, jadi pastinya anem semakin sedar
    hal yang demikian, anem perlu ada empati, anem perlu tahu bagaimana
    keadaan anem dalam situasi mereka,
    jangan terikat dengan persepsi sendiri dan pandangan anem sahaja."

    *SAHABAT
    Sabar je la anem..kuatkan semangat anem..anem boleh..susah kita nak
    cari owg yang betol-betol boleh menyenangi hati dan perasaan kita.
    setiap yang berlaku ada sebab disebaliknya.

    *HARAPAN
    Setiap owg ade kelebihan n kelemahan masing2. So,kena la terima seadanya.selagi kita tempatkan teman kita dekat di hati kita..insyaAllah..kite tetap setia dlm hati mereka..

    Maafkan Fiza kalau ade salah silap sepnjng kita kenal..mengenali seorg kwn n adik bernama WAN HANIM sgt bermakna bagi Fiza..jgn wiso Anem..Kami semua pon cayang anem=)

    ReplyDelete
  2. i luv u 2.. :hugs:

    ReplyDelete
  3. dun wuri akak,anem owez syg akak wat ever pun,insyaALLAH..
    cyg akak..


    ayu,muah..=p

    ReplyDelete
  4. yayakult12:25 AM

    Do you know how hard it is to pleased everybody around us, don't you? it's certainly not as simple as word. and even if you tried your best and you still failed, it's not actually your fault. its their's. so dun be too pleased with everybody because in the end, it'll double hurt you.

    you are too nice with people, anem. akak tk ckp itu tk bagus. it is good actually to have such manner tp for god sake, tlg pikir diri sendiri jugak. anem dh besar and akak tau anem dh bule pikir mana baik and mana yg buruk utk diri anem. jgn anggap anem bodoh sbb terlalu mharap. anem tk bodoh. org2 tu jek (mcm akak) yg bodoh sbb tk pandai mhargai keikhlasan anem. im sorry, sis.

    i know and you know that i love you. its just akak tadek peluang nk rapat dgn anem mcm akak2 anem yg lain. i might be the last people on your list.it's okay. akak tetap doakan anem berjaya dunia akhirat.

    you are such a nice girl. but please dun be too nice. it's bad for health. hehe.
    no, mksd akak, klau kita baik tp org pijak kepala kita, whats the point kn? so, baik dgn org yg baik dgn kita and jgn terlalu baik dgn org yg kita tau dia tk baik dgn kita.

    anem nehh kecik sajorr. so senang jek org nk buli. so klau org buli, dush dush balik kepala dia okeh. tp itu klau sampai la nk pkl kepala dia. klau tk smpai, anem pijak je lah kaki dia okeh? hehe.

    sayang adik akak nehh.
    :p

    ReplyDelete
  5. akak...thnks..terharu sgt bce komen akak ..sudi gak akak jenguk blog nie..

    erm..sblum pape,anem nak wish terima kasih kat akak kerana sudi menganggap anem sbg adik akak selama ni..=)

    akak,gini r anem ,anem ,insyaallah akan wat yg terbaek bg dri anem,dan anem akan ingat pesan akak cyg..

    akak,windu akak cgt..dun 4get me okkeh..suh encek joshua jge akak leklok..muah..=)

    ReplyDelete
  6. wahwah..
    menariknye penulisan anem..
    hehe..salam.. :D

    ReplyDelete
  7. thanks khaleef..salam..=)

    ReplyDelete
  8. cantiknye edit gamba.. :D
    ni mesti pandai berphotoshop kan?
    hehe..

    ReplyDelete
  9. tenqiu
    ..
    blajo subjek dier kat u,wak..=p

    ReplyDelete
  10. salam anem... baru jerk kenal anem, rasanya anem ni pangkat adik nih.. ^-^ memang menarik penulisan anem, luahan rasa melegakan...tentu... lega gak diri ini membacanya. eloklah, usah dipendam, kelak merana diri. take care n selamat senyum... n_n

    ReplyDelete
  11. Salam..

    ni akak ea anem panggil , kak Ary , eheh. selamat kenal akak, itulah makin pendam, makin x tenang, alhamdulillah dah kini, thnks akk syg :)

    ReplyDelete
  12. salam..
    kak..teyra ske part 'kakakk??'..
    nape lama2 teyra rasa, kta byak persamaan??
    membaca log2 akk menuntut teyra utk mngenali akk lebih lagi...

    ReplyDelete
  13. NatEy bLur~
    Salam adik sayang.
    alolo. mari teus bekenalan tau:)

    ReplyDelete
  14. as salam...saya follower terbaru blog nie..for the first time i read this blog..the word that came out from my mouth is "wow..very nice blog and full of meaning behind each word"..and i would like to be your follower...nice blog kak !!

    ReplyDelete
  15. @abdullah gazalisalam dik. Thanks. sudi2 lah nasihatdan tunjuk ajar, akak masih belajar :)

    Thanks sudi follow blog xseberapa ni:)

    ReplyDelete

Untuk kesudian membaca dan memberi berkata-kata - saya berterima kasih.





Anem Arnamee © TERIMA KASIH ♥



click to te top