BLOG KAMU POYO!



BLOG KAMU POYO!

Ya, Anem akui hampir benar kata sahabat muslimin Anem itu, walaupun dia menegaskan itu hanya satu gurauan.Anem di blog tidak begitu serupa seperti penampilan Anem sebenar.Anem sebenar masih mencari diri sendiri . Malahan penulisan blog ini adalah berlandaskan apa yang dia baca, apa yang dia telah lalui dan apa yang dia dinasihati sepanjang 23 tahun ini. Kadangkala hati meronta-ronta untuk berubah, namun setiap amalan masih lagi memerlukan istiqamah dan kekuatan iman dalam merubah diri menjadi lebih baik, InsyaALLAH.

Rasullullah S.A.W Bersabda:
“Perintahkan kebaikan meskipun kamu tidak mengamalkannya dan
Larangkan kemungkaran walaupun kamu tidak menjauhi seluruhnya

Sebenarnya, Dia malu, walaupun bersekolah kain hijau selama lima tahun, dia masih lagi tidak bertudung labuh. Namun Alhamdulillah, masih menutupi sewajarnya dalam syariah.

Dia semakin malu, apabila melihat sahabatnya yang bersekolah kain biru dan menetap di Kuala Lumpur , saban waktu tidak mengenal jemu dengan solat sunat Dhuhanya.

Dia bertambah malu , apabila ramai adik-adiknya di laman social terkenal, Facebook, seawal usia sudah rasa diri bertuhan.MasyaALLAH, hebat sungguh hati-hati mereka.

Malah dia kagum melihat sahabat perempuannya yang sanggup berkorban kasih dengan cinta hatinya hanya kerana menolak lelaki itu untuk memegang tangannya.Katanya itu haram.Namun nafsu kadangkala menghalalkan yang haram.Nauzubillah.

Anem? Masih lagi sendiri terus memohon tarbiah dari Pencipta, mentajdid diri, mencari Cinta yang Sempurna.

Rasanya semua orang ingin memiliki pasangan hidup yang bukan sahaja memahami, menerima seadanya malah dapat membimbing diri.Siapa yang tidak mahu ke syurga,bukan?Apatah lagi dengan orang tersayang.

Kita bukannya tersangat jahil, tidak dapat membezakan yang haram dan halal. Dan kita bukan jenis pak turut dengan ikut apa orang lain lakukan.Kita masih lagi sempat menjadi insan yang lebih baik.Malah Arrahman Arrahim juga masih menerima taubat kita selagi roh tak sampai ke rongga leher.Jadi mari kita saling ingat-mengingatkan, saling membimbing. Mengapa harus digadai masa depan di dunia yang kekal hanya untuk berbahagia di dunia fana?.Berpaut pada Redhanya, insyaALLAH , ketenangan itu pasti akan bersama.

Sahabat semua,Ayuh! Mari kita mencari dan memiliki Cinta Yang Sempurna, dengan IzinNYA.

P/S: Maaf ya semua, kalau saya ni berlagak alim atau macam baik, sebab saya memang bukan budak yang betul-betul baik, cuma baru nak jadi budak baik..


35 yang menasihati:

  1. mohd khairizal5:23 PM

    alhamdulillah..... Semoga kite dikurniakan cinta yg kekal dan yg paling sempurna...
    p/s: lagu ni btul2 buat hati aku tersentuh...

    ReplyDelete
  2. salam awak..thnks ea sudi jenguk..
    maaf susah2 jer..

    insyaallah..=)

    lgu inteam ni

    (^_^)

    ReplyDelete
  3. yer..

    semoga kite mendapat cinta yang sempurna..

    insyaAllah..

    lagu background anem ni sangat besh..
    (:

    ReplyDelete
  4. lydiarayyan :
    tenqiu.2..=)

    ezo;
    insyaALLAH, wan..
    syukran2..ehehe
    (^_^)

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum..

    Buat adik..

    InsyaAllah cinta itu akan datang pada hati-hati orang yang beriman..moga Allah akan sentiasa memberi kita peluang merasai kasih sayangNYA pada hamba-hambaNYA...:)

    ReplyDelete
  6. nurhuda_cahayapetunjuk:

    Alaikummussalam Akak..

    InsyaALLAH..masih mencari..erm..
    terima kasih akak..

    May ALLAH bless you~
    (^_^)

    ReplyDelete
  7. Ya Allah..
    pe yang nak dikesahkan Aneem..
    ni kan blog Aneem..
    so tulis jela..
    niat baik kan..
    nak share ngan orang ramai..
    so better teruskan :D

    ReplyDelete
  8. Hanya DIA yang kekal ABADI

    ReplyDelete
  9. mahsyar90:

    thnks dik..insyaallah ..
    (^_^)

    alif-mikail :
    KITA MILIK DIA..=)

    ReplyDelete
  10. ole2 utk tuan rumah nih...

    ReplyDelete
  11. Baguslah..cahaya-cahaya keinsafan sudah mula menjengah diri..semoga berkekalan hatta ketika roh di kerongkong sekali pun..Ingatlah, setiap menasihati itu tandanya Allah SWT masih sayangkan kita. Kita patut berasa sedih bila tiada orang mengingatkan...

    P/S : Hidangan masih tersedia..silalah datang menjamu.

    ReplyDelete
  12. @LiYaNNuaR:
    ole2..?ihik..=)tq2..

    Ibnurashidi:
    Alhamdulillah..terima kasih yer..
    insyaallah,berterusan..=)

    p/s;tak sabar nak bersantap di sana, akan dtg,insyaallah=)

    ReplyDelete
  13. Ass. cinta yang sempurna adalah puncak kenikmatan cinta yang tertinggi dari segala cinta yang ada., dan semoga kita bisa meraih cinta yang hakiki itu. amin

    ReplyDelete
  14. Waalaikummussalam..

    amin.
    benar itu.sesungguhnya.terima kasih ya sudi bgi komentar..=)

    ReplyDelete
  15. samalah dgn sis..
    sedang cuba menjadi yang terbaik..

    ReplyDelete
  16. nice. marilah kita sama sama cari cinta yang sempurna =)

    ReplyDelete
  17. carilah kasih yg kekal selamanya
    yg ada hanyalah pada-Nya
    ....
    .....
    -lagu Raihan, igt cikit2 jer heee...
    :)

    ReplyDelete
  18. kalau keinginan utk berubah ditambah dengan keazaman yang tinggi, insyaAllah akan tercapai.. ;)

    ReplyDelete
  19. Anem..

    Kamu baik. Hingga membuatkn sy segan berada bsebelahan kamu..huhu..btw akak tag kamu juin contest..=)

    miz ya!

    ReplyDelete
  20. Anonymous1:23 PM

    salam, baguslah kalau kamu dah sedar. lega bila kamu cakap masih mencari diri sebenar. saya antara kawan kamu sgt bersyukur. semoga kamu jaga penulisan, perasaan, pertuturan kamu selepas ini dan semoga kamu menjadi yang lebih baik dari ini.

    ReplyDelete
  21. salam anem, tahniah la ye org jeram hihi

    ReplyDelete
  22. salam, wut a great blog i found!

    jgn malu utk melangkah satu tapak lagi dalam decide apa yg kita nak buat dlm khidupan...

    babe, u shud be proud! :)

    ReplyDelete
  23. anem.mohon di copy thread ini ye

    ReplyDelete
  24. yang benar tu harus disampaikan walau sepatah.
    tak kisah la kamu ni baek ke tak.

    ReplyDelete
  25. @DaHLia

    alhamdulillah, jom sama2

    ReplyDelete
  26. @izaFiza

    allahuakbar, biase je kak.

    ReplyDelete

Untuk kesudian membaca dan memberi berkata-kata - saya berterima kasih.





Anem Arnamee © TERIMA KASIH ♥



click to te top