Kongsi Emel 'Forward' tentang ilmu



Salam semua.
Sebenarnya jika nak di hitung ramai benar sahabat-sahabat kita yang tidak lokek untuk berkongsi ilmu dan pengetahuan baru. Mereka tidak segan untuk memkehadapankan (forward) email mahupun nasihat melalui yahoo mesengger (YM). Tidak istilah jemu dalam kamus hidup mereka.
Antaranya sahabat-sahabat Anem yang suka mengkehadapankan emel-emel kepada Anem adalah seperti halim ismail, a.firhati isamuddin, erolgenius, MaMaT CyBeR, nurul azrin, iza hafizah, siti asma, 04 maria, rashid shidae, siti rohani mohd yasin dan ramai lagi , yang Anem tak berkesempatan mengingat kesemua nama.Namun di kesempatan ini pula Anem mengambil sedikit email yang diForward seorang sahabat muslimin yang memiliki identiti di YM sebagai sekora86.Syukran jazilan.
Saidina Ali r.a pernah di tanya, "Antara ilmu dan harta, manakah yang
lebih penting?"

Dengan tegas Saidina Ali menjawab, "Ilmu tetap lebih penting dari harta
kerana:

* ilmu adalah peninggalan para anbia sedangkan harta adalah peninggalan
Firaun, Qarun dan konco-konconya
* ilmu memelihara kita tetapi harta terpaksa dipelihara
* harta akan berkurang apabila dibelanjakan sebaliknya ilmu akan
bertambah
* orang yang mempunyai harta akan dihisab, tetapi ilmu dapat memberi
pertolongan kepada tuannya di akhirat nanti
* harta akan menjadikan seseorang itu keras hatinya sebaliknya ilmu
adalah sebagai penawar dan penerang kegelapan hati
* manusia kadang-kadang menjadikan harta sebagai raja tetapi ilmu
menjadikan manusia lebih mengakui kedaifan dan kehambaan kepada Allah
* orang yang berharta kadang-kala digelar bakhil tetapi orang yang
berilmu akan dimuliakan
* harta lama-kelamaan akan binasa tetapi ilmu kekal abadi
* jika banyak harta banyaklah musuh sebaliknya akan banyak rakan dan
taulan jika banyak ILMU.. "
--
Hakikat HARTA: apa yang dimakan akan habis, apa yang dipakai akan
lusuh, apa yang disedekahkan sahaja akan menjadi bekalan di hari kemudian
nanti...

p/s:Terima kasih daun keladi ya(^_^)


2 yang menasihati:

  1. kak ima6:16 PM

    anem..
    ni plak msg yg forword2 tu..

    seorg wanita umpama...
    sekuntum bunga di taman..
    segar mewangi di pelosok dunia..
    setulus kasih sesuci embun..
    lembut wanita krn tutur katanye..
    mesra wanita krn senyumannya..
    cekal wanita krn beraninya...
    sabar wanita krn imannya..
    kasih wanita krn belaiannya..
    lemah wanita krn air matanya...
    ikhlas wanita krn simpaatinya..
    dendam wanita krn cemburunya...
    sayang wanita krn sifat azalinya.


    \^_^/

    ReplyDelete
  2. Terima kasih taw kak ima cyg..tenkiu2..(^_^)

    ReplyDelete

Untuk kesudian membaca dan memberi berkata-kata - saya berterima kasih.





Anem Arnamee © TERIMA KASIH ♥



click to te top