Mahu berhijrah dan berubah


Apabila taqwim hampir mula menjejak ke awal muharram, terbisik di kamar hati membuahkan satu azam.Walaupun azam itu bukan hanya untuk tahun baru, namun seakan harus juga ada pada setiap awal tahun.Azamku? Azam yang saban tahun terbungkam di bustan dhamir ini.

Ingin menjadi lebih baik,insyaALLAH.

Berhijrah.

Ketika waktu mencecah hujung tahun , pasti, ramai yang bercita-cita dan mempunyai pelbagai mimpi untuk direalisasikan daripada lena yang panjang. Tidak mahu dikalahkan oleh fantasi nafsu, pasti ramai yang ingin bangkit daripada kegagalan semalam, bangun daripada kesilapan silam dan bingkas daripada kehancuran lama. Mahu lebih berjaya dari memperoleh kejayaan sedia ada. Mahu menetapkan matlamat seiring umur yang masih lagi berbaki. Segalanya mahu yang terbaik.

Insyaallah, dengan istiqamah dan berusaha tanpa mengenal apa itu erti putus asa dan kecewa, sememangnya kita mampu melakukan sesuatu yang lebih baik daripada apa yang kita jangka.

’Semoga ALLAH TAALA merahmati kepada yang suka melihat pada diri sendiri , memerhatikan keadaannya dan suka menangisi kerana banyaknya dosa yang diperbuatnya.’


Tapi..

Semua insan mampu mengumpul azam, layak berbicara besar, tapi kegagalan untuk menetapi apa yang diniatkan di hati itu, tetap kerap berlaku pada kebanyakan.

Mengapa ya?

Tanyalah radar keimanan di hati kita, adakah ia telah sesungguhnya berusaha? Adakah ia telah menyerahkan semuanya pada ALLAH yg maha kuasa? Adakah ia telah berdoa siang dan malamnya sehingga menitis air mata ikhlas? Adakah ia benar-benar melakukan apa yang disebut ramai sebagai ’yang terbaik’ ?

Dan mungkin ALLAH memakbulkan dengan memberi sesuatu yang lebih baik untuk kita, yang kita perlu walaupun mungkin yang kita tak mahu. Dia Maha mengetahui sesuatu.Namun ramai dari kita tak perasan.

Sememangnya banyak lagi yang perlu diselongkari. Hati kita ni,sangat rapuh. Bila-bila masa ia akan meradang kecewa. Hati juga mudah menangis hiba. Saat waktu tertentu, hati juga mampu membangkit rasa. Mampu untuk gagal, mampu juga untuk berjaya.

Jadi kepada yang berazam, persiapkan hati untuk berjuang.
Bukannya perlu dihantar ke Khidmat Negara, mahupun di Palestin sana.
Tetapi terlebih dahulu bersedia berjuang untuk melawan nafsu sendiri .


’Dan bertaubatlah kamu, sekalian kepada ALLAH,
wahai orang-orang yang beriman,
supaya kamu berjaya.’
(An-nur:31)

Keep on istiqamah ..
Anda mampu melakukannya ..
Selamat menyambut tahun baru 1930 hijrah dan selamat menunaikan azam..=)

Yakinilah, insyaallah..

(^_^)


7 yang menasihati:

  1. slm maal hjrah :)

    ReplyDelete
  2. SALAM MAAL HIJRAH cutie~

    ReplyDelete
  3. salam maal hijrah..
    salam penghijrahan 1430 H,
    moga kita semua sentiasa berada di bawah lembayung rahmat Allah, insyaallah...

    can I link u up?..;)
    syukran..

    ReplyDelete
  4. wah..makin cantik la kamu ni..dari yg dulu tu..

    ReplyDelete
  5. ALhamdulillah.
    syukran ya..=)

    ReplyDelete
  6. Awk la tu ya? Kurniaan ALLAH.. Jaga baik2.. Jangan Lupakan DIA.. Yakin dan rasa kekuasaan ALLAH dan Istiqamah di jalanNya.. Moga2 dalam rahmatNya sentiasa..

    ReplyDelete
  7. Assiddiq
    insyaallah. terima kasih kamu.:)

    ReplyDelete

Untuk kesudian membaca dan memberi berkata-kata - saya berterima kasih.





Anem Arnamee © TERIMA KASIH ♥



click to te top