Salam. Hai. Saya Anem Arnamee. Terima kasih sudi datang, membaca mahupun berkongsi artikel blog ini. Maaf jika ada kekurangan & teguran amat dialu-alukan. Moga yang baik-baik selalu untuk kalian semua. Insya-Allah.

- Jika anda mahu sebarang kolaborasi/pengiklanan (review/ruang iklan) di blog ini boleh rujuk page ini.
- Jika ada pertanyaan lain, boleh mesej di facebook ANEM ARNAMEE atau e-melkan ke arnamee (at) gmail.com.

Penyembuhan dan Pemergian.


“Wahai orang-orang beriman, mintalah pertolongan (kepada ALLAH ) dengan sabar dan menunaikan solat”~ Al-Baqarah;153

Hati bagai disiat-siat.
Nyilu rasa pada sesuatu yang BARU diterima itu.

Pernah bukan, kita TERASA hati yang amat?
Pada seseorang atau sesuatu atas perkara yang telah berlaku?

Pernah bukan kita rasa sakit anggota badan yang sangat?
Tak tertahan rasa pilu?

Sehingga terlontar dari mulut yang hina,
"bukan kita pinta itu berlaku",
Tapi
Bukankah pilihan di tangan kita,
Kita ada aqal,bukan? Wallahua’lam.

Benar, kesakitan itu adalah sebuah proses
Proses penyembuhan yang dinamakan kafarah.
Penebus dosa-dosa lalu.
Sama ada tempoh itu cepat atau lambat,
Sekarang atau nanti.

Yang penting itu adalah ujian keimanan.
Medan tempur bak Gaza yang dimuntahi peluru.

Kadangkala seseorang itu kelihatan bijak sekali bercakap,
Tapi kuatkah hatinya menempuh dugaan?
Masih bergaya sopankah tatkala diuji iman?
Wallahua'lam.



Baru-baru ini, Anem menerima mesej dari anakanda
Almarhum MOHAMAD BIN KASSIM, beliau telah pergi menghadap Ilahi.
Inalillahiwainailaihirajiun.
Al-Fatihah.
Kita perlu redha dengan ketentuan-NYA.
Kenangan mengindahkan kita,
Tapi perjalanan masih jauh telah lama menunggu kita.

Jom teruskan perjalanan ..jauh tapi dekat lagi ini.
Periksa minyak ,cukup tak, minyak hitam? Enjin ok? Air bateri? Cukai jalan masih hidup lagi? Viper ok? Penghawa dingin?
Jika semua dah sedia. Pakai tali pinggang keledar, baca basmallah.
Vroomm...
Semoga kita menjumpai hentian iman yang hakiki.
Insya-ALLAH.

Kullu Am Wa Antum Bilkhair.

22 yang menasihati

  1. salam ya anem,syukrn sbb ziarah mein(my) blog.
    masyaAllah,hebatnya blog nti..sehebatnya tuannya:)
    artikel2 nti sgt bagus,lbh bagus dr ana punya blog.
    selamat berjihad dgn tinta tarbiah yg mahal ini..i like ur blog!

    ReplyDelete
  2. ya,masih byk lg yg perlu diperbaiki..byk yg prlu diservis balik.mga pengakhiran sebaik-baik pengakhirn!

    ReplyDelete
  3. Anonymous9:05 PM

    salam ziarah....thanks 4 visit my page...nice knowing you...

    ReplyDelete
  4. arnamee~

    salam...
    thanks singgah kat blog yanie

    (^_^)

    ♥Yanie Putrajaya♥
    *********************************

    ReplyDelete
  5. salam kenal...

    kadangkala Allah hilangkan sekejap matahari
    kemudian DIA datangkan pula guruh dan kilat
    puas kita menangis mencari mana matahari
    rupanya Allah nak hadiahkan kita pelangi

    ReplyDelete
  6. hanisah yusra [BPDQ]:
    salam hanisah..insyaallah selamat berjuang.jazakallahu khayran;)

    matt:
    nice to see u here ..;)
    salam..

    [yAN!e][pUTraJAya] :
    salam yanie..terima kasih kembali;)

    ReplyDelete
  7. naz ilyn:
    syukran for those nice poems..;)
    terima kasih sudi berkongsi ea;)

    ReplyDelete
  8. yang cantik itu budi
    yang indah itu bahasa

    jiwa dan tulisan
    adalah bukti ketulusan

    doa buat kamu.

    ReplyDelete
  9. *GB*:

    pujian buat sempadan..
    keji buat pedoman..

    terima kasih *GB*,
    doa untuk kamu.;)

    ReplyDelete
  10. Salam..

    setiap manusia pasti merasai mati..
    Ayuh mari kita service diri selalu..

    ReplyDelete
  11. Ibnurashidi:

    Salam. Ayuh..bersama2 semua;)

    ReplyDelete
  12. Kematian memang membingungkan.

    Namun, bak kata orang Mesir tatkala berdepan dengan kematian,

    "Al-baqa'u lillah!" (Kekal itu milik Allah!)

    Dan dijawab dengan,

    "Wan ni'matu billah!" (Dan ni'mat itu dari Allah!)

    ReplyDelete
  13. RdhanZ:
    Jazakumullahu khayran.
    indah..(^_^)

    ReplyDelete
  14. :)
    thnx for visiting my lame blog.
    salam ziarah~~

    ReplyDelete
  15. umairah:
    terima kasih kembali.salam ukhwah;)

    ReplyDelete
  16. Salam,
    Nice blog dik, selamat berusaha. Moga terus berjaya.

    ReplyDelete
  17. sedih nye tzkirah anem ni..but ape2 pun..kuatkan hati kite sama2..semoga menjumpai hak sebenr nya

    ReplyDelete
  18. zaidi:
    Salm a.zaidi.insyaallah.amin

    ateh:
    insyallah .terima kasih ea.;)

    ReplyDelete
  19. Anonymous8:26 AM

    Salam juang..semoga terus istiqamah memberi!

    ReplyDelete
  20. assalammualaikom dik arnamee, moga sihat sejahtera hendaknya... insyallah

    nukilan atau catatan yang baik sederhana dalam menyampaikan maksud, moga yang hadir mendapat manafaat.

    jumpa lag9i dik dan teruskan usaha yang baik dalam menyampoaikan peringatan Allah.

    moga diberkathi dan diredhai...insyallah.

    ReplyDelete
  21. assalamualaikum anem..
    salam perjuangan..
    saya nak bertanya sesuatu mgkin tempatnya agak tak sesuai tp sy harap anem sudi menjawab..
    anem join mercy ke???boleh tak cta serba sedikit tentang mercy??saya teringin nak join tapi sy tak tahu sangat pasal mercy so nak tnya pendapat anem ckit..lagi satu cmna nak join mercy ye??

    ReplyDelete
  22. Syahidah:
    salam perjuangan kembali. insyaallah semoga makin ramai yang sudi menerima. apapun lilahhitaala.;)

    zamrie:
    salam.insyaallah a.zamrie.
    nukilan ikhlas dari hati untuk mereka yang sentiasa memerhati.
    insyaallah.:)

    a.s.m.a:
    alaikummussalam. anem jumpa awakkat blog awak ea;)

    salam..

    ReplyDelete

Untuk kesudian membaca dan memberi berkata-kata - saya berterima kasih.








Anem Arnamee © TERIMA KASIH ♥



click to te top