Salam. Hai. Saya Anem Arnamee. Terima kasih sudi datang, membaca mahupun berkongsi artikel blog ini. Maaf jika ada kekurangan & teguran amat dialu-alukan. Moga yang baik-baik selalu untuk kalian semua. Insya-Allah.

- Jika anda mahu sebarang kolaborasi/pengiklanan (review/ruang iklan) di blog ini boleh rujuk page ini.
- Jika ada pertanyaan lain, boleh mesej di facebook ANEM ARNAMEE atau e-melkan ke arnamee (at) gmail.com.

(Catatan) Sampai bila diduga diuji Ya ALLAH?

gambar ini dari SINI
Sabda Rasulullah S.A.W, “Tidaklah seseorang mukmin dilanda kecemasan, kelelahan dan kesedihan, melainkan ALLAH akan menghapuskan kesalahan-kesalahannya.”
“Sakitnya, asyik lemah saja ni, sampai bila nak macam ni? Dah-dahla,” Bicara seseorang daripada kejauhan. Perwatakan beliau yang ceria, aktif dan jarang sakit itu membuatkan beliau mengeluh tatkala melalui sedikit kepahitan.

Ayat beliau tadi seakan ’putus asa’. Ayat tadi tu, ditujukan pada siapa? Wallahua’lam. Mungkin pula jika kita diduga sesuatu yang kita tak suka dalam tempoh yang agak lama, mungkin iman kita lagi diuji teruk. Paling mungkin, lihat-lihat kita siap maki hamun lagi mereka yang bersusah payah menjaga kita. Tiada yang mustahil.

Wallahua’lam.
Astaghfirullahala’zim.

Buat semua insan yang sedang sakit, semoga kalian diberi kekuatan dan semoga cepat sembuh. InsyaALLAHutaala.

Oh ya, berbalik kepada persoalan ~ SAMPAI BILA?

Sesungguhnya seluruh kehidupan adalah ujian. Selagi hidup kita perlu bersedia menghadapi kemungkinan. Jadilah hamba yang beriman, yang redha, yang akan bangkit tanpa pernah menyerah, dan tidak akan putus asa dengan mudah.

Itulah kita,kan? Insya-Allah. Amin.
Nak indah? Tenang saja selalu?

Urm, rasanya, jika nak menyeberangi ke seberang tambak, perlulah melalui lautan dahulu, bukan? Ada tak lautan tidak bergelora, kawan-kawan? Wallahua’lam.

Belum cuba, belum tahu kan.
Tak menariklah hidup jika semua lancar memanjang, nama pun kehidupan, sementara saja pun semua ini.

Hargailah, hayatilah.
Selamat mencuba, eh, tak, selamat berlayar!

Anem: semuanya indah dan best dekat syurga, jom semua siap-siap pergi sana! (^_^)


13 yang menasihati

  1. Kebetulan sedang baca buku Qada wa Qadar, dalamnya ada menyebut:

    "Benar, ada banyak kesusahan dan keburukkan yang Allah ciptakan tetapi tetap yang seronok dan baik itu lebih banyak."

    Sihat lebih banyak dari sakit. Hidup lebih ramai dari yang mati. Gembira lebih banyak dari sedih.

    Tak sampai separuh lagi baca buku ni dah tenang rasanya. Alhamdulillah.

    ReplyDelete
  2. salam perjuangan islam...

    ermm..menarik tulisan ni. sampai bila? sampai hujung nyawa. kematian dlm husnul khatimah, inshaAllah.

    ReplyDelete
  3. RdhanZ;

    Salam. Alhamdulillah . menariknya naskah tersebut. benar , ALLAH byk memberi, cuma insan yg lemah mcm anem ni kdgkala alpa menghargai. astaghfirullahala'zim.Syukran ya..;)

    ibnu yazid:

    salam perjuangan kembali.insyaallah. ia pasti;)

    ReplyDelete
  4. Anonymous2:02 AM

    assalamualaikum...

    hmm ble x klu sy kata..
    sihat tu ujian,
    sakit tu kenikmatan..

    bila kita sihat kita selalu byk lupa nikmat..kurang mesyukuri..
    kalau sakit, baru ingat ujian yg pernah dtg ( 5 sblm 5)..

    tegur kalau silap..
    blm pandai bercakap..
    blm tahu berkata..

    nanti sy maklumkan blog sy..
    sdg dlm pmbinaan lbhraya..
    **wink

    ReplyDelete
  5. assalamualaikum..

    Bersyukur kepada Allah kerana kita diuji dan itu bermakna kita insan terpilih dan disayangi Allah untuk diuji seteguh mana keimanan kita kepada Allah..jgn putus asa..tingkatkan keimanan dan redha dgn setiap ketentuan Allah..

    Sesungguhnya janji2 Allah cukup benar..insyaAllah syurga menanti baginorang-orang yang sabar dan beriman..:)Allah Ma'ana,insyaAllah..:)

    ReplyDelete
  6. zue:

    alaikummussalam..

    dik,jika akak dapat menyulusuri hati insan tersebut, ingin akak katakan yang serupa demikian ke dalam hatinya, agar dia bisa mengerti maksud perjuangan dalam kehidupan..tapi akak hanya mampu berharap dan berdoa..
    p/s; sedang ea..okke..i'll wait.

    nurhuda_cahaya petunjuk:

    salam.. insyaallah ..sememangnya ALLAH sentiasa bersama kita.terima kasih ea.semoga kita semua kuat dan tak mudah putus asa, insyaallah;)

    ReplyDelete
  7. Salam,
    Hidup ini adalah perjuangan, apa yang penting kesetiaan kita pada perjuangan. Dan sebaik-baik perjuangan ialah menegakkan Agama Allah.

    Selebihnya adalah dugaan dan rempah ratus dalam membina kehidupan untuk menuju ke akhirat.

    Jangan dikesali apa yang terjadi, syukurilah selalu akan nikmatnya. setiap kejadian pasti ada hikmatnya. Ingat janji NYA.

    Nice blog 'cool'

    ReplyDelete
  8. zaidi:

    salam. insyaallah, kita semua akan menjadi hamba yang lebih bersyukur dan belajar dari sekeliling.

    terima kasih kerana sudi memberi pendapat yg indah ini;)

    ReplyDelete
  9. Terima kasih kerana mengingatkan diri yg kadang2 terlupa!

    ReplyDelete
  10. Manusia terkadang akan bahagia bila senang, tetapi amat sikit sekali merasai bahagia bila ditimpa kesusahan..

    ReplyDelete
  11. aKu..DiA...kAmU :
    insyaallah, mari sama2 mengingatkan;)

    Ibnurashidi :
    manusia sememangnya insan yg 'lupa'
    ..

    ReplyDelete
  12. salam...
    nenek saya cukup marah kalau kita mengeluh bila sakit. telan ubat pun dia marah. Katanya...kesakitan itu satu nikmat dr Allah...jadi..nikmatilah... sehingga sekarang nenek saya masih ada. Umurnya mencecah 80an. tp masih steady...sbb dia sentiasa menghargai dan menghayati nikmat Allah...

    ReplyDelete
  13. @toyi : Salam.Alhamdulillah, sesungguhnya beliau amat menikmati kehidupan. semoga terus beroleh keberkatan ,insyaALLAH :)

    ReplyDelete

Untuk kesudian membaca dan memberi berkata-kata - saya berterima kasih.








Anem Arnamee © TERIMA KASIH ♥



click to te top