KENA BALIK KAT KITA ..

ulat.

"Rabbmu lebih mengetahui apa yang ada dalam hatimu; jika kamu orang-orang yang baik, maka sesungguhnya Dia Maha Pengampun bagi orang-orang yang bertaubat". (Al-Isra’ [17]: 25)




Di luar masih dingin. Kuat angin menampar muka kecilku ini. Tatkala itu hati terusik dek kenangan lalu, yang tak sampai dua marhalah pun berteleku di istana hati.


Pelbagai topik dan sumbangsaran di semenjak beberapa bulan yang lalu tergiang di telinga anem. Terutama pada hari ibu yang lalu, anem tersentuh dengan sentuhan bersahaja Abby Fana dengan topik 'ibu saya marah kalau' . Gelak kecil disulami rasa sebak menyinari hari anem pada tanggal itu.


Namun baru ni, tak semena, malah tidak terlintas pun Anem akan 'terpikat' pada topik yang dibuahkan oleh Anne Shigim (DJ hotfm yang sangat ) iaitu "What goes around comes around" . Apa yang pernah terjadi atau kita buat pada orang lain, kena kita balik.


Erm, Anem rasa ramai pernah mengalami, malah hati Anem sendiri tak terkecuali. Mulanya tak terfikir, tapi bila dah lalui, erm..


Klik untuk bacaan selanjutnya


Gini, Anem ni sangat panas baran dahulu, cepat marah, tak tak tentu alasan Anem akan mula menjerkah adik anem - satu-satunya dan istimewa pula. Anem akan beri dia arahan itu ini. Sedangkan dia pula, walaupun nakal dan ikut katanya sahaja, itu memang kelemahannya, masakan tidak, baru sebentar tadi anem mengenakannya, selepas itu dia baik semula dengan anem , seolah tiada apa berlaku, ikhlasnya hati dia.

Kemudian Anem mula melangkah ke alam kerja. Dan Agak tragik, Anem bertemu dengan seorang insan yang Anem tak salah dimarahinya, sering mencari salah, dimarahinya Anem depan insan lain, dia membuatkan kita takut bukan hormat dengan dia. Walaupun dia agak 'bos' dan berlainan agama dengan Anem, dia perlu sedar Anem insan yang tetap ada harga diri, perlu di hormati, Anem tak kisah dibuli, disuruh itu ini di awal pekerjaan, namun jangan merendahkan diri ini sehingga waktu solat pun agak berkira.

Tatkala itu, nah! Padan muka Anem, buat lagi kat adik macam tu, buat lagi kat orang lain macam tu, kenalah anem terima akibatnya. Memandangkan Anem kurang kuat, ya , Anem pengganggur semula sekarang ditambah pula masalah peribadi ..

Ya Allah ; dinginkanlah hati yang terbakar dengan kesejukan iman.
Ya Tuhan kami, ampunilah kami
dan kepada Engkaulah tempat kembali.



Someone once said:

"What goes around comes around."

Work like you don't need the money. Love like you've never been hurt.
Dance like nobody's watching. Sing like nobody's listening.
Live like it's Heaven on Earth.


9 yang menasihati:

  1. rasa macam betul quotation ni....memang banyak sgt benda bila kt buat kt orang tu kena kt kita balk...tak kiralah benda baik ataupun buruk

    ReplyDelete
  2. Salam Saudara Saiful,

    betul..itula kan, hidup ini berputar-putar..
    :)

    ReplyDelete
  3. salam...
    firstly, terima kasih sbb sudi melawat blog sy yg xseberapa tu. Harap akak bersabar la ye. Itu la dugaan yg Allah bg bile kite dh kerja.

    Btw, boleh sy pgl akak ni kak anem? sy pun xsure umur akak brp,tp umur sy 21 thun. Sbb dlm entri ni, akak tulis dh kerja. So, maybe umur lg tua dr sy. Kalau sy silap, minta maaf ye.

    ReplyDelete
  4. Peace Loverz11:26 PM

    salam anem....
    sbr bebyk ye anem....
    stiap yg kite lakukan ade sbb nye....
    tnpa kite sedar...
    kite bknlh insan sempurna...
    kite hanya insan biasa yang tak sepi dari melakukan kesilapan.... moga Allah kan sentiasa mengampunkan segala kesilapan dan kealpaan kite ni.....
    insyaALLAH....
    semoge kite slalu mnd4 ptunjukNya... ;)

    ReplyDelete
  5. Salam..

    hidayah hussin:

    terima kasih kembali, dik:)
    insyaallah dik..;)
    tak kisah,umur akk bru 22, sebenarnya^^

    Peace Loverz:

    salam rina cyg..
    terima kasih ea..

    sudi jenguk..
    sememgnya kita bukan lah mencari kesempurnaan, malah seringkali melakukan kesilapan..

    insyaallah, amin..
    sama2 lah kita..

    jazakallahu khayran , rina;)
    may ALLAH bless us;)

    ReplyDelete
  6. salam ukhwah...
    terima kasih singgah blog aku...

    fi'amma'nillah...

    ReplyDelete
  7. Salam rozinorazali..

    terima kasih kembali:)

    ReplyDelete

Untuk kesudian membaca dan memberi berkata-kata - saya berterima kasih.





Anem Arnamee © TERIMA KASIH ♥



click to te top