PENTINGKE SMS, CALL, AWAK ?



-->
Rasa takut-takut mula menerjah hati tatkala minda mengilhamkan entri ini.

Takut-takut orang salah faham.

Firman Allah SWT yang bermaksud:
"Dan (juga) orang-orang yang apabila mengerjakan perbuatan keji atau menganiaya diri sendiri, mereka ingat akan Allah, lalu memohon ampun terhadap dosa-dosa mereka dan siapa lagi yang dapat mengampuni dosa selain daripada Allah?" (Surah Ali Imran ayat 135)

Ops.. kita hanya perlu takut dengan ALLAH.
Tapi hati manusia perlu dipelihara, jika hati sendiri ingin dijaga.

April lalu, Anem sekadar mengusik seorang rakan.
“Birthday Anem tak wish pun, call pun tak, sms pun tak ea?”
Anem bukan kisah sangat, tapi sebagai kawan yang rapat tak rapat, saja je Anem bertanya, walaupun yakin dia ada alasannya sendiri.

Lantas dia menjawab:

“Penting ke sms, call, wishes birthday tu? Orang tak ingat, dia ada alasannya sendiri. Anem ingatkan lah orang yang tak ingat. Kalau Anem rasa nak sms, call seseorang, Anem terus jer buat. Tak payah fikir sangat kenapa orang tu tak sms, call Anem. Banyak benda lagi kita patut fikir.”

Anem sedar Anem kadangkala kebudakan.
Hal remeh diperbesarkan.
Tapi itu dulu, kaki sentap!
Sikit-sikit merajuk.
Orang menyampah kan..?

Sekarang, insyaallah.
Anem terbuka menerima pendapat.
Doakan, insyaallah .
Tapi taklah ‘open-minded’
Halal itu nyata , yang haram itu nyata.
Matlamat tidak pernah menghalalkan cara,
Itu saja.

Baiklah, Anem cuba ingat ayat insan itu.
Jika rasa nak buat, buat!

Kalian, jika rasa nak komen, komen..!
Ops.. Terima kasih sayang dari hati Anem ea.♥♥

Istighfar yang Rasulullah s.a.w. amat gemari: "Subhanaka Allahumma wa bihamdika Allahumma Ighfirli. Innaka Antat-Tauwwabur Rahim" Yang bermaksud: "Maha suci Engkau (daripada sifat kekurangan), ya Allah Tuhanku, dan aku memuji Engkau wahai Tuhanku ampunilah (segala dosa)ku. Sesungguhnya Engkau Amat penerima taubat lagi Maha Penyayang."



23 yang menasihati:

  1. Hmmm...setuju2....pengalaman mematangkan kita

    ReplyDelete
  2. salam ziarah
    nice blog
    fllow my blog

    ReplyDelete
  3. Salam..

    ::::::::::::;
    awak,bteul kan?belajar dri pengalaman:)

    Tautan_Hati:
    Nurzy, Salam..^_^

    ReplyDelete
  4. Salam alaik,

    pengalaman itu mengajar kita erti kedewasaan.
    pengalaman yg buruk dijadikan sebagai noktah bidayah untuk tidak mengulanginya.

    ReplyDelete
  5. Penting,tetapi sering terlupa... so ingatkanlah...jangan merajuk dulu =)

    ReplyDelete
  6. Salam ziarah. Blog yang bermaklumat dan menarik.

    View Profile: Rantong™

    ReplyDelete
  7. yeap... what u said is true...

    ReplyDelete
  8. Salam:

    atifgazali@gmail.com:
    salam, naam -pengalaman itu guru kita^^

    Dr Amad:
    insyaallah. eheh^^

    Rantong:
    Sala kembali. terima kasih^^

    Adry:
    erm..terima kasih~~

    ReplyDelete
  9. salam arnamee...

    thanks visit my blog.. :). btw, leen suka entry ni sbb baru lepas melalui benda macam ni juga hari tu. masa baru mula2 sampai di malawi.

    ada one of my friends, sanggup bagi kata putus kat ym, saying this and that dengan emosi, tanpa mahu memahami apa yang leen go through. inilah issuenya. tak call. tak sms. tak wish or segala macam tak.

    ternyata bila arnamee amik keputusan utk bersikap matang, itulah yang terbaik. walaupun kita rasa terkilan. sbb tindakan yang matang adalah cermin jiwa kita. kawan leen tu suka provoke benda2 macam ni. leen penat nak kawan ngn dia. seriously. too demanding. dengan life masing yang dah berkerluarga, harus ada sifat understanding yang tinggi kalau nak berkawan. bukan ingat orang nak layan kita or pay attention kat kita macam kita puteri raja yang tak boleh disakiti (kawan leen lah ya) 24jam.

    open minded bukan bererti hanya pada benda2 mengarut yang arnamee fikirkan tu. but more to how to cope things in many many many ways. Allah beri kita perasaan utk menghargai antara satu sama lain. bukan untuk melukai antara satu sama lain... kan? tak ada salah jika kita yang memulakan.

    even leen ngn kawan2 rapat leen kan, bila diorg lupe birthday, terus sms sound tepek "weiiiii lupe ke korangggg!" macam tu. no heart feelings kan? lebih cool kan? diorg pun berlapan hati nak kawan ngn kita...

    anem teruskan bersangka baik dengan kawan sendiri ya? jangan fikir bukan2. kita buat part kita. bersangka baik. selebihnya, serah pada Allah... jangan risau banyak2.. sekali kita sayangkan perkara2 yang Allah suka, dua puluh juta kali Allah akan rahmati kita dengan setiap kasih sayang yang terdapat di atas muka bumi ini..

    kan?

    nice blogging dear..
    keep the ayat2 al-Quran.
    tambah ilmu..

    ReplyDelete
  10. Ingin memberi sekalung pujian...
    Blog ini
    ***INDAH DIMATA INDAH DIHATI***

    Tahniah

    :)

    ReplyDelete
  11. yurp.
    mungkin kita perlu saling mengingati

    ReplyDelete
  12. Salam:

    buat *GB*:
    terima kasih dari Anem:)
    erm, blog kamu lagi romantis~indah^^

    Bunga Nordin:
    itu pasti:)

    dan.buat:

    Kak Leen:

    erm, terima kasih atas kunjungan akak.
    ^^

    akak,gitulah , anem fikir semasaknya, sampai bila anem harus demikian sedangkan umur makin lanjut,kawan2 pergi dan datang.
    persahabatan perlu ada persefahaman berlandaskan keikhlasan:)

    anem mahu mereka faham anem, jadi perlu sebaliknya.insyaallah akak, anem cuba. utk terus memahami, menerima dan mematangkan dri.

    itu lah ayatnya - the key - bersangka baik^^


    doakan.. may ALLAH bless you:)

    ReplyDelete
  13. Salam ukhti,

    Ummu Ad-Darda’ berkata, sesungguhnya Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda yang maksudnya :

    “Doa seorang muslim bagi saudaranya yang tidak hadir adalah mustajab. Di sisi kepalanya ada malaikat yang diwakilkan setiap kali dia berdoa bagi saudaranya itu. Malaikat yang diwakilkan itu pula berkata: “Amin, dan bagimu seumpama (yang didoakan).”
    [Hadis riwayat Muslim]

    Kadangkala yang tak nampak tu sebenarnya lebih berharga...

    wallahua'lam
    segala puji hanya bagi Allah, Tuhan sekalian alam

    ReplyDelete
  14. Salam traveller:

    syukran sudi singgah dan menitip sedikit bingkisan buat anem:)

    ya,betul- doa buat saudara tanpa pengetahua adalah lebih mustajab:)

    wallahualam..^^

    ReplyDelete
  15. pengalamn mengajar kita erti kehidupn...

    ReplyDelete
  16. Assalamualaikum,

    Salam kunjungan dari saya.

    Apalah sangat pada ucapan itu, cukuplah kita berdoa untuk kesejahteraan diri dan umat Islam seluruhnya, lalu mendapat keampunan dan kerahmatan dariNYA. Itu sudah melebihi segalanya.

    Kalau tuan rumah kelapangan, sudi-sudikanlah ke laman webblog saya untuk bertukar pendapat dan link. Insya'Allah, moga mendapat manfaat berguna.

    Sila klik:-
    Kembara Sufi Mencari Aspirasi

    ReplyDelete
  17. Aalaikummussalam..

    terima kasih saudara , sudi berkunjung^^
    ya, benar, doa itu lebih indah:)

    insyaallah, pasti:)

    ReplyDelete
  18. SMS tu malas skit.. biasa nak jimat kdt je nak sms nih.. :D

    ReplyDelete
  19. setujuuu sangat! hehehe
    hai kita dtg ni :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. hai Ana , terima kasih awak:)

      Delete

Untuk kesudian membaca dan memberi berkata-kata - saya berterima kasih.





Anem Arnamee © TERIMA KASIH ♥



click to te top