LAYAK SOMBONG ?



"Berlaku Zuhudlah engkau di dalam dunia,nescaya engkau disenangi ALLAH dan berlaku zuhudlah pada apa yg ada di sisi manusia,Nescaya engkau akan disenangi manusia." (H.R. Ibnu Majah dari Sahl Bin Salad R.A)


"Mentang-mentang cantik, sombong ea,"

"Biasalah orang kaya memang berlagak sikit ,"

"Dia kan budak pandai, tu dia buat tak tahu je dengan kita,"

____________

Betulke mereka semua ini (yang kaya raya, cantik gila, bijak pandai)
layak untuk menyombong ? Persepsi masyarakat dan diri kita kebiasaannya menyebut :


"Patutlah dia tu sombong"
"Biasalah.."


Ikhlasnya mereka yang mempunyai kelebihan ini pun tak terfikir dan kadangkala tak mahu pun demikian (sombong dan riak) . Dengan kelebihan itu, mereka sebenarnya sedang diuji. Apa yang membezakan kita adalah taqwa, bukan kelebihan material berkenaan. Yang penting, bagaimana cara kita manfaatkannya bukan? Bersyukurlah dengan apa yang ada (selagi ada, semua tu bersifat sementara ja).

Mereka yang tersasar menjadi sombong perlu diingatkan , tapi pada yang merasa kekurangan, jangan berburuk sangka dan dengki pula, perlu usaha lebih, sabar dengan dugaan, hari kita akan menjelang tiba juga. Rezeki ALLAH tentukan :)

__________________________


Sekiranya Allah menghendaki, nescaya kamu dijadikan-Nya satu umat (saja), tetapi Allah hendak menguji kamu terhadap pemberian-nya kepadamu, maka berlumba-lumbalah berbuat kebajikan. Hanya kepada Allah-lah kembali kamu semua, lalu diberitahukan-Nya kepadamu apa yang telah kamu perselisihkan.” [Surah Al-maidah:48]


__________________________


11 yang menasihati:

  1. follow sudah:)
    afwan:)

    ReplyDelete
  2. Moga2 kita terselamat dari kesombongan.. Moga2 dalam rahmatNya sentiasa

    ReplyDelete
  3. insyaallah , semoga:)

    ReplyDelete
  4. Zaman kita ni byk dugaan kan? Tp tu la.. Kita ada ALLAH.. Selalu la bergantung pada ALLAH.. Jangan lepas..Dengan izinNya juga..

    ReplyDelete
  5. gpp sombong asal kita bener2 menguasai apa yg kita 'sombongin'... selama itu duniawi, tp ketika berangkat ke tahap berikutnya, ukhrowi, maka hanya Tuhanlah yang patut bersombong ria :)

    ReplyDelete
  6. Sumtimes org salah persepsi. Kengkadang bila kite lebih mengenali seseorg, baru kite sedar org itu sbenarnye langsung x sombong. Sedangkan awal2 dulu, die nampak sangat sombong di mata kita. Mungkin sebab dia kaya, awal2 lagi kita dah ada pendapat sendiri tentang nya ...

    ReplyDelete
  7. salam:

    Assiddiq, insyaallah.selalu lah bergantung padaNYA:)

    genial, YA , PERLU SELLAU PIKIRIN UKHRAWi:)

    Precious, tak kenal maka tak cinta. persepsi tak semestinya betul,kak:)

    ReplyDelete
  8. Salam..Kekadang org tersalah tafsir gak sombong nih. Mcm sorg tu mmg pmalu. tmbah2 lg ngn pmpuan. die xbyk ckp, tp ske snym jek n then the others ckp bdk tu mmg sombong..cane plak nih???

    ReplyDelete
  9. ALLAH mengetahui apa yg ada dlm ati kita. belajar senyum, bila tnye tu, jawab, cuba berbaik-baik dan bantu-membantu, insyaallah perlahan-lahan akan difahami dan diterima.

    *masih belajar senyum + PR :)

    ReplyDelete
  10. apa sangat lah kita ni.. Allah saja yang layak untuk menyombong.. kita sekadar manusia hina tak de benda nak disombongkan.

    tetapi pernah dengar, sombong kepada orang yang sombong adalah sedekah.. :)

    ReplyDelete

Untuk kesudian membaca dan memberi berkata-kata - saya berterima kasih.





Anem Arnamee © TERIMA KASIH ♥



click to te top