[ Laman Utama ]
|Diri Kita|Untuk Hati|Semasa|FOTO&IT|USMku|Saya?|
 Kad Raya & Awards 

♥ Salam semua, terima kasih kerana sudi datang, baca, beri nasihat (komen), ditambah lagi sudi follow,, UNDI , terima kasih sangat, syg :)- Sayang kamu-kamu fillah ^_@

   Hukum tengok Muzik-muzik?


Lewat itu dia menegur lamunan.

"Anem, Anem, nak tanyalah. Apa pendapat Anem tentang Separuh akhir muzik-muzik 2009 tu?"

Spontan ku jawab,
"Anem kalau boleh nak perempuan pergi final Anugerah Juara Lagu 24 (AJL ) tu nanti  , bayangkan dalam 30 calon tu, banyak solo lelaki dengan indie band je. Anem kalau tak Stacy, Yuna ke, kan? Tapi Misha pun ok juga, "

"Pelik!" Jerkahnya. Buat muka.

"Pelik? Apa yang pelik?" Sambil mataku melilau , mencari peristiwa aneh.

"Taklah, ingat Anem nak cakap tak patut tengok, jangan layan ke, alah kira dari segi hukum lah,"

Daku bungkam, jeda melontar ayat.

"Beginilah, yang halal itu nyata, yang haram itu nyata. Bagi Anem , mengadili insan adalah tanggungjawab tuhan, Dia yang esa. Tanggungjawab kita sebagai insan ni berbuat baik (amar maaruf), dan menjauhi yang batil (nahi munkar), ya, itulah yang patut kita buat." Diriku tenang dalam debar, pertanyaan dia mula menyerbu aqal.

"Eh, lain nadanya Nem. Tak macam pemilik Arnamee blogspot je," perlinya, ikhlas.

"Erm, ikhlasnya Anem takkan cakap banyak tentang benda yang Anem tak tahu sangat, itu munafik namanya. Lagipun Anem sendiri masih mencari redhaNya, berusaha menjadi  lebih baik. Kiranya masih dalam mood 'searching' lagi," Diriku berpeluh, hampir patah lidah menyusun kata.

Firman ALLAH:
"Amat besar kemurkaan disisi ALLAH sekiranya kamu memperkatakan sesuatu yang tidak kamu lakukan."
(Surah al-Saff 61:3)


"Jadi, maksudnya Anem tengok muzik-muziklah ni?" Tanyanya lagi.

"Ada Anem kata TAK?"

"Owh..ok"

Dia hampa, persoalannya buat anem tanpa silu mengaku, ya! Sesungguhnya benarlah quote dari malajalah SOLUSI itu -'mujahadah itu pahit kerana syurga itu manis' !

Selalu Anem berdoa dan berharap agar semua insan diberi hidayahNYA, dan menjadi lebih baik, dengan izinNYA- Amin ya Rab:)

p/s: Tetap mengharapkan yang terbaik dari finalis gadis melayu akhir, walaupun Kawan Anem- Bee tak mempunyai rezeki untuk sampai ke situ ^_@

Wallahua'lam ;)

54 yang menasihati:

dh lame tak layan muzik2...

ade lagi ke? huhuuhuhu

November 4, 2009 2:53 PM

owhh..
muzik2~
its jus entertainment tok release tnsiOn kn...
klu niat kte lain mst jd haram bnda 2..btl x anem?
ap2 pon blk pd niat...

November 4, 2009 4:44 PM

Sekadar nak berkongsi pandangan. Maaf sebab takda kaitan dengan muzik-muzik dan pos di atas hehe. Cuma tentang hal niat sebab selalu saya dengar jika niat OK everything is OK. Bagaimana jika contohnya (maaf bagi contoh ekstreme sikit), parti buih bercampur lelaki dan perempuan bagi mengutip derma kebajikan.

Persoalan untuk difikirkan, adakah Pencipta dan Pemilik sekalian alam ini yang telah meletakkan batas pergaulan antara lelaki dan perempuan akan suka pada acara yang niatnya murni itu? Wallahua'lam :)

November 4, 2009 4:58 PM

dia hanya memberi pandangan dan nasihat terpulang pada kita untuk terima atau tidak dan sekurang-kurangnya dia sudah menjalakan tanggungjawab,

sememang benar tuhan yang menilai kita tapi kita juga sebagai manusia yang di jadikan khalifah di muka bumi ini maka kita ada tanggungjawab jika tidak allah tidak menurunkan nabi-nabinya

suka atau tidak kita terima dengan seadanya, jgn pandang siapa yang beri menegur tapi apa yang di tergur..

maaf andai apa yang pakcik cakap ini meyinggung perasaan kamu...

pakcik pun dah lama tak tengok muzik-muzik nie semenjak lagu rock dah jadi lagu jiwang hehehe

November 4, 2009 5:17 PM

white ibanez 2..giler la yuna..mhl bebe

November 4, 2009 5:25 PM

dunia yg semakin kompleks.nk buat urusan seharian pun susah pasal ada riba'

November 4, 2009 6:12 PM

hmm..anem..sebenarnya persekitaran yang membuatkan sesuatu yg bagi kita haram dan tak sokong satu masa dulu mula menapis2 sedikit demi sedikit.kadang2 mahu jaga hati, tetapi akhirnya hati kita pun terbuka untuk menerima..ini pengalaman saya sendiri..

November 4, 2009 6:44 PM

well, bg kak inas (pon masih dlm zon 'searching'), antara ayat yg bg goosebump spnjg waktu adlh 'niat tidak menghalalkan cara'.

and 1 lg,
kak inas selalu dinasihati supaya tanam sifat benci kpd perkara yg Allah tak suka, tanam sifat sayang kpd perkara yg Allah suka. anem rase, hiburan percampuran lelaki dan perempuan, Allah suka ke tak?

p/s: kak inas mmg byk kelehaman lg..

November 4, 2009 8:30 PM

tibe2 tgerak hati nk bukak blog anem..
mengadili insan itu t/jwb Tuhan..
buatkn diri ini t'sentak..
krn bru shj diri ini m'pertikai sesuatu kata2 yg diucapkn pdku dlu walhal si penasihat itu bpaling dr kata2nye..

November 4, 2009 8:53 PM

meo188 , ada lagi, jumaat malam ni;p

~@k1 is @utuMn!~ , niat3:)

alFaisal , setuju, itu yg kerap dri fikirkan:)

mamai , setuju pcik, lihat apa yg dinasihatinya, tq;)

AzRi , kan, cun owh benda tu;p

Ro Zhaf Zeck , huhu, mencbar:)

Solehah , betul syg, perlahan2, insyallah:)

^inas^ sokong, kak inas syg, itu yg bermain di fikiran anem, terima kasih, sama2 lah kita, perit owh mujahadah, tpi insyaallah:)

EyEdA , adat syg, pengalaman byk mengajar, sabar:)

November 4, 2009 9:03 PM

lamernyer x tengok muzik2 tewwww.. uhuhu

November 4, 2009 9:54 PM

tepuk dada tanya hati...
aku pun xtau nak ckap ape...

November 4, 2009 10:15 PM

Saya kesini buat ngucapin makasih udah mampir ke blog saya.

kapan2 kalau ada waktu mampir2 ya..!!

fb Arnamee udah saya add, diapprove ya...!!!

November 4, 2009 11:23 PM

erm....iva pon dah lama xtgk rancangan2 macam tuh...ntah ar....semuanya pon bergantung pada niat kita....

November 5, 2009 12:27 AM

Salam Sayang,
How are you today..?

LOL suka Stacy..
Berpotensi..

Take care dear..

November 5, 2009 12:44 AM

huhu
betul
kite tgk jer lah..
sepertimana kite mendengar radio
urusan lain biar Dia yang menilai nyerr

November 5, 2009 1:18 AM

muzik2....?

dulu best la layan
skang ni...ntah ler..
mcm tak ada mood nak nengok.....

November 5, 2009 2:01 AM

kali ni nak tgk muzik2...nak tgk yunalis perform jerkk...yang lain2 tu tgk kat you tube jer la..

November 5, 2009 3:39 AM

en_me , lame ea?;p

~0~ , sedang tanya hati ;)

Triunt sama2, pasti, dengan izinNYA:)

iva saionji , BETUL SYG:)

LotsOfLove-Pearls , Sihat LOL, yerp, go stacy, go:)

tengku_fir21 , begitula fir, mari kita serah pada Dia:)

♠ y.a.n.i.e putrajaya ♠ itulah kan, kekangan mase, tgok mood juga:)

alvin takda rumah harga 8juta story.... , kan? tak sabo;p

November 5, 2009 4:46 AM

Salam Arnamee..

Tak salah utk mendengar muzik selagi tidak melalaikan kita dari mengingati Allah sehingga meninggalkan waktu sembahyang dan ianya juga mestilah tidak ada percampuran antara lelaki dan perempuan dan bukan muhrim kita dan ..rasa2nya ada ke peraturan macam tu kat majlis anugerah seperti itu...fikir2kanlah...

Islam itu sangat sempurna..segala2nya ada peraturan dan hikmah yang tersembunyi dan sememangnya semua yang dilarang dan diharamkan oleh Allah pastinya bersebab..Allahuakbar !!

November 5, 2009 5:34 AM

dah lama x tgk muzik2.
zaman2 sekolah dulu rajinlah

November 5, 2009 7:09 AM

hye salam jengah..nice blog...kite tkr link k....

November 5, 2009 7:33 AM

muzik2 mengikut perspektif islam memang haram.. wanita2 yang menyanyi secara jelas mendedahkan auratnya iaitu suara dan tubuh badannya pade lelaki yang tak berhak mendengar dan melihatnya..

psst: anem, bile nak exchange link nie.. =)

November 5, 2009 8:05 AM

salam kembara anem..

hukumnye mudah sahaja..

jgn keterlaluan..

keterlaluan membawa kepada leka..

kelekaan dan kealpaan adalah fitnah iblis..

x dinafikan ada pelancong ku tergadai nyawa kerana lupe akan hukom ni..

taa..

November 5, 2009 9:24 AM

Salam...

Nyanyian haram didasarkan pada dalil-dalil yang mengharamkan nyanyian, iaitu nyanyian yang disertai dengan kemaksiatan atau kemunkaran, baik berupa perkataan (qaul), perbuatan (fi’il), atau sarana (asy-yâ’), misalnya disertai khamr, zina, penampakan aurat, ikhtilath (campur baur lelaki–wanita), atau syairnya yang bertentangan dengan syara’, misalnya mengajak pacaran, mendukung pergaulan bebas dan sebagainya.

November 5, 2009 2:45 PM

kak erin blom cukup pandai untuk komen..
hehehee..
tp gatai gak nak taip huhuhu

~dan blom cukup baek~lebih tepat

November 5, 2009 4:58 PM

rina lame dh x tgk muzik2 tuh....
eheh.....
majalah SOLUSI rajin gak bace....
ade mcm2 yg kite xthu slama ni yg tlh d lakukan.....
erm.......

November 5, 2009 9:33 PM

salam ^_^

"Tanpa petunjuk yang betul,
manusia akan dihanyutkan oleh dunia
yang penuh tipu daya."

**majalah solusi**

November 6, 2009 6:08 AM

bila kita melayan sesuatu yg haram hukumnya lalu kita menidakkannya itu yg jadi amat teruk lagi kesan dosanya.ibarat bila x solat cakap pula solat itu x perlu.dibimbangi boeh terbatal isam kita.tp lain pula jika dia x solat then bila orng tegur maka kita hnya berdiam diri.maka dosanya hnyalah sbb x solat.kerna tidak pula menidakkan bnda yg wajib.sama a jg dm kes ni.tidak pula menafikan yg haram waaupun mungkin kita turut sama teribat..tp kalau boleh elakkan kedua-duanya.

ada sy dngr pndpt ustaz azhar idrus.perempuan haram hukumnya menyanyi dan jg nasyid skalipun.bila dh haram maka haram jg lah gajinya sebagai seorang artis dan akan haram jugalah bagi si lelaki yg mendengar suaranya.dan akan haram juga la majlis tersebut maka haram jg lah sesiapa yg mengunjunginya.

jika untuk lelaki pula makruh hukumnya jika mereka menyanyi lagu2 cinta selagi tidak memuji bentuk tubuh badan atau fizikal wanita.dan jika mereka memuji bentuk tubuh badan wanita ataupun fizikalnya maka haram hukumnya nyanyian tersebut.contohnya liriknya berbunyi begini"mata kamu yg cantik,tubuh kamu yang menggoda,jelingan matamu yg meresahkan hati"..maka haramlah hukumnya jika ada perkara2 seumpama itu..

mudah2an ilmu yg baek itu kita kongsi2kn bersama.insyarallah
:)

November 6, 2009 6:25 AM

lagu yang bagus didengar
yang bisa membangkitkan keyakinan akan Tuhan, dan kehidupan

adalah hal yang baik untuk diperdengarkan... maybe seh Mee..

November 6, 2009 7:45 AM

KURANG FAHAM.
MUSIK HAROM?
SEMOGA ALLOH MENGAMPUNI DOSA2 KITA.
SEMOGA ALLOH BERI KITA PETUNJUK YG BENAR.
SEMOGA KITA KIAN BERTAQWA.
BANYAK MUSLIMUN YG SHOLAT TAK HAFAL TERJEMAHAN FATIHAH.

November 6, 2009 9:19 AM

zai , Salam akak, pastinya, insyallah, masih muhasabah driri ni:)
ALLAHuakbar!

sI tEDI , a'ah, sekrg, ntahlah,hehe;p

Hisham , insyallah:)

Putra Al-Maliki, betul2:)

ekopelancongan , salam eko, nauzibillah

Abd Razak Salam, terima kasih ya:)

eRiNsZ, alolo, okke wat sudi komen,tq akak;p

Peace Loverz , sme lah kite yg;p

cun09 , salam, ye syg:)

syahbandar87, salam, terima kasih saudara, mudah-mudahan, indah perkongsian, sedikit tersedar;p

elmoudy , benar, trimas ya:)

November 6, 2009 9:21 AM

MZ ARIFIN,ini sebuah rancangan hiburan di malaysia:)
jawapan ada di kalangan komentar sana ya:)

November 6, 2009 9:22 AM

yang tentunya, muzik2 makin bosan..

tapi.. tengok la kalu nak.. tapi rasenye macam tk boleh an ? mcm syahbandar87 cakapkan. hm. betul jugak.

November 6, 2009 2:39 PM

ades xtgk plak smlm...
huhuhu...hope sgt Yuna menang

November 6, 2009 3:01 PM

muzik2 nih dah lama tak tgk.. tp tidak le anti pada hiburan.. cuma layan hiburan2 yang sihat je la....

November 6, 2009 10:00 PM

Hazari., itula dik, wallahulam:) byk benarnya dia ckp:)

«♪Ruff♪» ,dan sebenarnya;)

November 6, 2009 10:07 PM

dotblogspotdotkom,, alhamdulillah , bgus pakcik neh:)

November 6, 2009 10:07 PM

tak tengok pun~
malas dah~
huhuhu~

November 6, 2009 11:04 PM

salam anem..

dah lama tak layan muzik2 ni.. cume ada satu malam tu tertengok pula.. tapi tak tumpu sgt... sbab rasa macam dah tak best aje.. huhuhu.. (^__^)


p/s: anem jadi cikgu ke??

November 7, 2009 2:35 AM

arnamee..
kte pun da lama x mengikuti.jarang tengok tv skrg..huhu xde masa.

November 7, 2009 3:08 AM

leh jd kn pengajaran n panduan bace majalah SOLUSI tu....
erm....
mudah2an..... ;)

November 7, 2009 5:58 PM

assalammualaikum

dah tua2 ni rasa benda2 tu membuang masa je...sebab masa dah tua ni rasa masa makin singkat

November 7, 2009 6:54 PM

selalu layan gitar sendiri bila sunyi..

tq singgah anaklaut

November 8, 2009 1:10 AM

Salam anem,kebetulan sy pun bincang pasal muzik kat blog saya.
http://ijoks2009.blogspot.com/2009/11/rock-islamik.html

November 8, 2009 8:05 AM

tgk utk suke2 je....hihihikk

November 8, 2009 9:49 AM

gua xtengok.
xsempat!
hgee~

November 8, 2009 6:40 PM

LORD ZARA 札拉 , huhu, malas?;p

Faarihin , salam, tulah biasa2 je yg:)
p/s: cikgu?, taklah;p

lanz_evo7 , takep tak tengok pun:)

Peace Loverz , insyaallah syg:)

a kl citizen , alaikummussalam, tahu takpe akak anem pun demikian:p

anaklaut , saya pun minat dengar org main gitar:)

ijoks2009 , akn sye pergi kelak:)

LuVidA^^ , smelah:)

November 8, 2009 7:06 PM

♥chentaMAYA™, ngee, eheh;p

November 8, 2009 7:07 PM

salam,


suatu perkara yang tak baik kita akan dapat rasa sendiri,hati kita tak sedap.itu pun kalau hati kita x keras sangat.
jujurnya,saya pun tengok muzik2 lepas nurkasih hari tuh,boleh rasa lah macamana lepas tu, rasa jauh dari Allah,nak buat ibadat pun malas.
lagi satu,benda nie,lagha dan tak nampak satu pun kebaikan untuk akhirat kita.mujahadah itu memang payah..
tepuk dada,tanyalah iman kita.;)

November 8, 2009 8:12 PM

muhayniey

Salam :)

benar, erm, sukar3, tapi insyaallah:)

November 8, 2009 9:25 PM

;)

November 12, 2009 7:10 AM

sebenarnya tanyalah pada diri sendiri mengapa perlu dilihat muzik itu....
tahukah kalian sekiranya kita menonton muzik2 itu maka rating chart akan bertambah.....maka producer akan berkata..."ini sudah bagus...." maka kan ditambahkan lagi muzik2 yang akan melalaikan anak2 muda zaman kini....ketahuilah ANDA lah yang sebenarnya yang menggalakkan penambahan muzik ditanah air ini....maka untuk itu turunkanlah rating sehingga tiada lagi rating......
sebenarnya rezki yang diterima oleh mereka yang membawa muzik yang melalaikan adalah diragukan...sebabnya pencarian rezki itu tidak membawa keberkatan....FIKIRKANLAH kiranya rezki itu diberi makan minum pada keluarga??? tidakkah itu tergolong dari rezki syubahah....
bukankan kita disuruh agar mencari rezki halal dan tai'ibah??? maka seharusnya kita jangan bersekongkol bersama mereka....fikirkanlah.....

November 16, 2009 5:59 PM

"Salahuddin" , indahnya bila fikir,takot,huhu

November 17, 2009 9:38 AM

Newer Post Older Post Home

 



|Halaqah|I Luv Islam|OhIslam|Al-mansuqie Tips|IBRAHzine|Satu Umat|
______________________________________
Ini adalah hasil edit sikit-sikit oleh Anem. Arnamee™ © 2009