SULTAN JOHOR MANGKAT



Pada jam 9.45 pagi tadi (23 JANUARI 2010), sudah hampir 15000 orang kunjung ziarah bagi memberi penghormatan terakhir. Jenazah baginda akan disemadikan di Makam Diraja Bukit Mahmoodiah selepas zohor hari ini.

Manakala Yang Amat Berhormat Dato' Sri Najib Tun Razak,Tiba ke tanahair dari India lebih kurang jam 3.30 pagi tadi, sekarang (10.41 pagi) beliau dalam perjalanan ke Johor.
_____________________

Sultan Iskandar Ibni Almarhum Sultan Ismail,Sultan Johor, mangkat pada jam 7.15 malam 22 januari 2010, di Hospital Pakar Puteri Johor Bahru selepas memerintah hampir tiga dekad. Baginda berusia 77 tahun. Pengumuman kemangkatan baginda dibuat oleh Menteri Besar Johor, Datuk Seri Abdul Ghani Othman.

Baginda diputerakan di Istana Semayam, Johor Bahru pada 8 April 1932, dimasyhurkan sebagai Sultan Johor pada 11 Mei 1981.Tiga tahun kemudian  baginda dilantik sebagai Yang di-Pertuan Agong kelapan pada 15 November 1984.

Semasa hayat beliau, beliau sangat dikenali sebagai seorang raja yang tegas, penyayang dan berjiwa rakyat.

Salam takziah menjunjung kasih, jasa mu sentiasa dikenang, bukan sahaja rakyat Johor malah seluruh rakyat Malaysia.Al-fatihah. Sesungguhnya dari ALLAH kita datang, kepada ALLAH kita kembali, Kita Milik Dia.

p/s: Gambar milik malaysiakini.:D


11 yang menasihati:

  1. Takziah diucapkan kepada kaum kerabat kesultanan Johor di atas kemangkatan Almarhum Sultan Johor, Almutawakkil Alallah Sultan Iskandar Ibni Almarhum Sultan Ismail pada jam 7.15 malam kerana gering. ~Al-Fatihah~

    ReplyDelete
  2. diam-diam ubi2:55 PM

    semoga roh al marhum dicucuri rahmat..amin..patik sbg rakyat johor merasa kehilangan besar atas pemergian tuanku...ampun tuanku beribu-ribu ampun..

    ReplyDelete
  3. Al-Fatihah dan Takziah!

    ReplyDelete
  4. Tkziah..
    Muga tenang di sana

    ReplyDelete
  5. salam ziarah..
    Takziah di atas kemanGkatan tuanku sultan..m0ga r0hnya dicucuri rahmat

    ReplyDelete
  6. semoga ruhnya dirahmati Allah.

    ReplyDelete
  7. Anem, miliki buku2 ilmiaah karangan ikon2 terkenal seperti Dr. Fadzilah Kamsah, Ustaz Ismail Kamus, Ustazah Siti Norbahyah, Dr. Irfan Khairi dan lain2 lagi di http://stormreaders.net/zulfadhli sekarang!

    ReplyDelete
  8. meo188 , Ahmad Zulfadhli , diam-diam ubi, sI tEDI , izaFiz, PinQib, Azrai Ahmad Zamri, fareast , Moon Death Spell - al-fatihah.

    ReplyDelete

Untuk kesudian membaca dan memberi berkata-kata - saya berterima kasih.





Anem Arnamee © TERIMA KASIH ♥



click to te top