Salam. Hai. Saya Anem Arnamee. Terima kasih sudi datang, membaca mahupun berkongsi artikel blog ini. Maaf jika ada kekurangan & teguran amat dialu-alukan. Moga yang baik-baik selalu untuk kalian semua. Insya-Allah.

- Jika anda mahu sebarang kolaborasi/pengiklanan (review/ruang iklan) di blog ini boleh rujuk page ini.
- Jika ada pertanyaan lain, boleh mesej di facebook ANEM ARNAMEE atau e-melkan ke arnamee (at) gmail.com.

Idola Kecil vs Adik-adikku, Nur kasih vs Cinta Tikar Sejadah


Ia satu perkembangan yang sengit tapi sangat sihat. Mengapa? Kerana persamaan dalam konsep, namun sangat berbeza melalui garapan .Tunjang dan natijahnya juga agak berlainan.

Rancangan Idola kecil

Rasa malu alah bila sehingga kini, masih ada kanak-kanak kecil meminta nombor telefon Azzam dan Dayana, melalui talian sms Rancangan Nasi Lemak Kopi O di tv9. Masakan tidak, yang minta kanak-kanak juga, apakah alasan rasionalnya, masih tidak diketahui. Apa pun mereka berdua telah pun menjadi pelakon. Malah wajah Azzam yang dulu, masih boleh dilihat di iklan "minta tolong ayah sembelihkan ayam ni" hampir saban hari.

Rancangan Adik-Adikku 

Rancangan ini memang konsep ala-ala idola kecil, namun natijah dan persembahannya jauh berbeza, menekankan konsep beragama, ada taranum, pidato, bercerita, sesekali bernasyid dan marhaban, sangat menyentuh perasaan, rasanya siapa tak menonton, memang sangatlah rugi, ia ke udara pada jam 630 petang isnin hingga jumaat dan ulangan 930 pagi isnin-jumaat di TV1. Sangat seronok, ibarat kata-kata , "sejuk perut ibu mengandung".- Alhamdulillah. Nah, ini rancangan yang dinanti-nanti.

"Adik-adikku, insyaallah , boleh!"

MUSIM KEDUA KEMBALI :




Lirik Lagu Tema Adik-Adikku, InsyaAllah Boleh

Adik-adik anak soleh,
Adik-adik serba boleh,
Adik-adik akhlak yang mulia,
Senyum ceria semua orang suka.

Berkasih sayang sesama insan,
Taat Allah dan Rasul,
Kasihkan ibu bapa.

Beramal soleh di mana saja,
Berjuang dan berkorban,
Untuk agama...
Adik-adikku, Insya Allah Boleh!!

Drama Nur kasih 

Sampai hari ni, masih terkesan tempias watak Nur pada Tiz Zaqyah, malah populariti beliau seiring dengan Fizz Fairuz (Aidil), Remy Ishak (Adam), yang akhirnya tercalon dalam kategori pelakon drama popular dalam abp09.

Drama bersiri Cinta Tikar Sejadah

Drama ni memang best. Namun siarannya hanya hari ahad. Apa yang bezanya, watak heroin, wanita utama yang dipegang Rafidah (juara pantene dulu), ialah watak perempuan bertudung islamik yang agak sedikit garang, namun seorang guru yang penyayang, sangat selesa dilihat. Agak berbeza dengan watak Nur yang lemah-lembut dan selalu mengalah. Kiranya jika dulu kita selalu menangis, menonton Cinta Tikar Sejadah pula boleh buat kita ketawa, apatah lagi watak hero yang dipegang Farid Kamil yang banyak tidak tahu tentang adat kampung dan ketinggalan dalam soal ibadah, seringkali menggeletek hati-hati kita. Malah Bob Lokman yang memegang watak Tokba juga sangat menyerlah dalam drama ini.

Apapun, kita memilih tontonan kita.

12 yang menasihati

  1. tiz zakiyah tue lawa ...


    **kes adik syafia tue mmg mnyayat ati , yg lebih mnyakitkan hati kita suma bersedih atas kebodohan org lain sedang dorang tak rase apa ....

    sampai hati begitu sekali kat anak tue ...semoga rohnya aman , pasti dia d tempatkan tempat yang baik d SisiNya ...

    ReplyDelete
  2. minat semua citer yg awak sebutkan..
    Idola Kecil, Adik-adikku, Nur Kasih, Cinta Tikar Sejadah..

    ReplyDelete
  3. e. indah tiz memang lawa:)
    p/s:memang sedih sgt, e.alfatihah untuk adik yg didera kejamoleh teman lelaki ibunya itu.insyaallah,moga rohnya aman,amin:D

    puterapescado ,wah,bagus2.sokong drama tempatan, buatan malaysia :)

    ReplyDelete
  4. i suka lagu nur kasih :) haha

    ReplyDelete
  5. WAHH. X LAYAN CITER BINTANG KECIL
    ADA X TAU LAMAN WEB MANA LEH DONLOAD MUVI SLAIN TORRENT>

    ReplyDelete
  6. drama hidup yang hilang

    ReplyDelete
  7. mmg kesian adik pia tu..

    ReplyDelete
  8. Anonymous2:29 PM

    suke cite cinta tikar sejadah..kdg2 dye bt lawak..haha~

    ReplyDelete
  9. salam kpd sis arnamee.....

    1. Auna tak suke tgk idola kecil...
    hihihi tak minat....walaupon ramai kate aril tuu hensom....
    2.suke tgk adik-adikku ....
    3.suke gak tgk nur kasih ttpi terlalu sedehhhh...|_|
    4.lawak and best tgk cite cinta tikar sejadah.....suke tgk farid kamil...

    ReplyDelete
  10. suka idola kecil degan nur kasih..

    ReplyDelete
  11. naz , haha. best memang best :)

    PinQib , idola kecil bukan bintang kecil sayang :), selain torrent boleh download guna - bit comet,lime wire, ares - banyak movie di - http://www.irfree.com/ :D

    mamai , drama yang dirindu ...

    fikaryna ,itulah,kasihan kan :)

    sara ;) , itulah kan,kelakar .hehe:)

    ♥Raidatul Auna , wah banyak sama minat Auna ni. erm,minat farid kamil,ya?:p

    colourful life , bgus,sokonglah industri kita:D

    ReplyDelete
  12. Anonymous7:59 PM

    Best sangat adik2ku...rasa insaf sebentar....

    ReplyDelete

Untuk kesudian membaca dan memberi berkata-kata - saya berterima kasih.








Anem Arnamee © TERIMA KASIH ♥



click to te top