Salam. Hai. Saya Anem Arnamee. Terima kasih sudi datang, membaca mahupun berkongsi artikel blog ini. Maaf jika ada kekurangan & teguran amat dialu-alukan. Moga yang baik-baik selalu untuk kalian semua. Insya-Allah.

- Jika anda mahu sebarang kolaborasi/pengiklanan (review/ruang iklan) di blog ini boleh rujuk page ini.
- Jika ada pertanyaan lain, boleh mesej di facebook ANEM ARNAMEE atau e-melkan ke arnamee (at) gmail.com.

Aku: inikah 1 Malaysia?

Beberapa minggu saya on hiatus, pelbagai kenangan di sekeliling yang menyentuh sanubari saya. Gembira, suka dan bahagia menjadi warga Malaysia. Ikhlasnya, ini antara 'rasa' pertama saya menjiwai nilai sebenar yang dikatakan 1 Malaysia itu. Dengan tema hari kemerdekaan Malaysia, satu Malaysia, menjana transformasi, diri saya tertarik dengan perubahan situasi sementara, yang mungkin bagi orang lain adalah biasa. Namun, bukan bagi saya. Mari, saya kongsikan:



Es tu suka lagu RINDIANI!

"Es, amboi panggil tak dengar, sibuk dengar lagu!" Usik saya kepada sahabat berbangsa India itu.

"Maaflah, pakai earphone, Es tak dengar" katanya sopan, saya mengusiknya sambil menari-nari kecil 

"Eh! dalam ni ada satu lagu melayu,", Es menghulurkan handphonenya kepadaku. 

"RINDIANI, SLAM!, hatiku berkata .

"Ini lagu favourite Es!" Mengakui itu adalah satu-satunya lagu melayu dalam handphonenya, diriku tersenyum bangga!

CIK PHOEBE mahu lagu Aku ada kamu, Adira!

"Ai ling, ini lagu apa?" tanya roomate ku yang berbangsa Cina itu apabila terdengar lagu itu ke udara. Ai ling adalah nama cina ku yang dipanggil mereka.

"Lagu Adira, aku ada kamu!" Jawabku.

"Kamu ada? Bluetooth pada saya!" Pintanya girang, bila saya mengangguk kecil.

Sejak itu kedengaran beliau selalu memainkan lagu itu di handphonenya :)

Bila Suha dan Uma berpuasa!

"Esok, kamu kejut saya pagi, saya mahu bangun, itu makan pagi," Suha meminta tolong lembut.

"Oh, nak sahur, ya?" tanya ku tersenyum.

"Ya, saya mahu itu puasa, Uma pun." katanya tersenyum pada satu malam.

Berhari-hari juga dua kawan berbangsa India itu bertahan melakukan ibadah puasa, mereka boleh, inikan pula kita!

Cantiknya mereka berbaju kurung!

"Cantiknya kamu semua pakai itu baju kurung, saya mahu juga, saya mahu pinjam!" Shi berminat untuk sama-sama pakai.

"Saya pun, saya mahu pinjam" Phoebe menyampuk comel.

Setelah bertanya-tanya, mereka pun turut serta memakai baju kebangsaan kita itu. Cukup manis!


SEMANGAT ! Hmm. Rindu.

p/s: Selamat hari Malaysia pada 16 September lalu. Kamek sayang kitak! Malaysia boleh, bah! :)


3 yang menasihati

  1. kalau di sarawak, 1 malaysianya lagi nampak. 1st raya je kenalan cina dah datang rumah. bukan 1 family je, bahkan kalau boleh, 1 keturunan dorang nak bawak beraya ke rumah silap2 1hari je dah abis kek lapis. dorang suka mkn kek lapis n biskut raya n kari ayam. kalau jalan raya, jalan sekali dengan geng2 cina. begitu jugak kalau tahun baru cina or gawai dayak or christmas..semua raya boleh sambut sama2 :D


    tak pernah lupa kejadian 4 thn dulu kawan cina yang datang umah tanya kari masih ada lagi tak. tapi sayang kari dah abis sebab dia datang raya ke2.nasib baik dia dpt gak mkn kari umah kawan lain.huhu

    ReplyDelete
  2. she_mah,

    wah! bestnya raya sne. indah. nak jugak! jarang makan kek lapis sni. makan kari ayam ya, sana? erm.. cian kawan tu, nasib baiklah.

    thanks tau, sudi share crita:)

    ReplyDelete

Untuk kesudian membaca dan memberi berkata-kata - saya berterima kasih.








Anem Arnamee © TERIMA KASIH ♥



click to te top