Salam. Hai. Saya Anem Arnamee. Terima kasih sudi datang, membaca mahupun berkongsi artikel blog ini. Maaf jika ada kekurangan & teguran amat dialu-alukan. Moga yang baik-baik selalu untuk kalian semua. Insya-Allah.

- Jika anda mahu sebarang kolaborasi/pengiklanan (review/ruang iklan) di blog ini boleh rujuk page ini.
- Jika ada pertanyaan lain, boleh mesej di facebook ANEM ARNAMEE atau e-melkan ke arnamee (at) gmail.com.

(Catatan) Tak semua faham dia


Satu sms masuk,
"Kaumbuatapa?", jawabku, "di rumah, tengok tv."
"Iturumahorangkamupergi?", jawabku "taklah, hari ni duduk rumah."

Mulai hari pertemuan terakhir kami, setiap minggu pasti dia akan hantar sms. Malah dialah insan pertama call untuk mengucapkan selamat hari raya."Ai ling kakak, selamat hari rayaa!" Jeritnya sambil ketawa kecil.

Kisah Dia bermula begini,

Satu: Bising di bangunan depan ni, ada pergaduhan kecil mereka cakap. Anem memang tak ambil port sangat. Seorang tu, menangis, seorang tenang saja. Malam tu hal diorang settle. Tapi tak habis lagi, esok, yang menangis malam tadi sambung berdiri menangis kat luar, habis semua orang dengar, blok lain pun. Belum hal-hal lain yang ikut fahaman dia dan kesukaan dia lagi.

Dua:  Tak lama tu lepas dia mengadu ramai tak suka dia, salah faham dengan kawan-kawan yang rapat dengan dia, sampai la ni, tak tahu apa kesudahannya.

"Dia , kalau tanya suka ulang-ulang meh, dah tanya, tanya lagi."
"Kalau dia itu salah, dia minta maaf harini, esok buat lagi, tidak faham juga."
        Complain teman-temannya.

Tiga:  Hari tu, dalam satu aktiviti, kira klimakslah cerita kat situ, sampai buat orang tension dengan perangai dia, dia buat sesuatu yang tak wajar dibuat dengan sengaja, kira sakit hatilah kalau orang mengalaminya. Tapi dia yang istimewa tu, tanpa sedar itu satu kesilapan, menangis dimarah, dan baru tahu itu salah. Tapi dah memang dia istimewa. Dia bukan kisah orang marah dia, dia bukan ingat apa salah dia, esok buat lagi dan lusa dia minta maaf. Demikianlah seterusnya, ulang-ulang.

Itulah insan bergelar Mee Yieng, masa dengan dia mengingatkan Anem pada Adik Anem yang istimewa, Hafiz. Bila ada insan yang ambil serius dengan akhlak dia, Anem dengan emo jugak cakap, "korang, janganlah macam tu, nak ke anak ke, adik korang macam dia?"

Yes! Emo lebihkan Anem. Tapi teringat ayat sorang dak tu, masa bas dia nak gerak haritu, dak tu cakap, "Mee Yieng! Maaf selalu kutuk kau" - sebab lepas ni mungkin akan susah sesama mereka ini nak jumpa another Mee Yieng, diorang kata, "harap-harap takkan jumpa!" Dalam hati Anem, "Ish, korang ni!"
Rasullullah SAW Bersabda: "Sayangilah orang-orang yang ada di bumi, nescaya kamu disayangi oleh orang yang dilangit [yakni para malaikat]."- Hadis Riwayat At-Thabrani 
Mee Yieng, tak semua faham kamu, dik! Akak pun.
Maaflah, akak pun bukan baik sangat.

 Take care. Rindu.

End.


9 yang menasihati

  1. setiap manusia tk sama... dia istimewa . takde sebab nk salahkan dia.. walaopon kdg2 sakit dihati ada..

    byk2 sabar jer melayan org seperti mee yieng.. kalau org tk leh paham.. kita wat2 paham dan cuba terima karakter dia sedikit demi sedikit. mybe lama2 leh paham. uhuhu

    ReplyDelete
  2. Nufahuhu.salam syg.thanks .itu lah .. saya, kami semua cuba buat, buat2 faham, sebenarnya boleh lebih faham,lebih sabar dengan dia, asalkan diberi masa, insyaallah,keserasian tu mampu wujud:)

    ReplyDelete
  3. Salam,

    Setiap orang ada kelebihannya..

    Cinta dan bencilah seseorang sekadarnya. kelak dia mungkin akan menjadi sahabat, dan mungkin jugak akan jadi musuh.

    Namun, bila ketiadaan seseorang yang kita rasa tak penting akan keberadaannya di sisi, baru kita rasa sunyi. Sebenarnya dialah sahabat kita.

    Salam Dari Ajaib Benar
    http://ajaibbenar.blogspot.com

    ReplyDelete
  4. salam ziarah..
    lama betul tak bertandang =)
    hmM, betul la tu..
    sayangi semua

    ReplyDelete
  5. that's what we call life....wlupn orgpn tak layan dia sbaik mna,wlupn kdang2 sdiri rsa tak sbar dgn kerenah dia...but we definitely learn smthing from that.ksmpulan:jgn tau nk mngata org je,hahaha..ktapn tak sperfect mna

    ReplyDelete
  6. singgah sini, nice entry :)

    ReplyDelete
  7. tsk.. special nyer enrty ni.. x patut kalau dia begado, smua kawan3 jd x suka kan

    ReplyDelete
  8. no body perfect kan ? :)

    ReplyDelete
  9. Betul semua, kita pun xsempurna mana:)

    ReplyDelete

Untuk kesudian membaca dan memberi berkata-kata - saya berterima kasih.








Anem Arnamee © TERIMA KASIH ♥



click to te top