Salam. Hai. Saya Anem. Minat membaca, menulis dan mengambil gambar. Terima kasih sudi datang, membaca mahupun berkongsi artikel blog ini. Jika ada teguran, cadangan atau pendapat, boleh tinggalkan di ruangan komen. Moga yang baik-baik selalu untuk kalian. :)

E-mail: arnamee@gmail.com


Tips Panjang Umur


Ada tiga golongan insan sama ada yang berpenyakit, mereka telah berusia mahupun mereka yang sememangnya tergolong dalam insan yang selalu memikirkan tentang masa depan akhiratnya - inilah insan yang selalu menyebut tentang kematian. Sewajarnya perlu, kerana zikr-almaut bukan sahaja membuat kita menjadi insan lebih baik, malah menjaga hubungan kita dengan semua orang dan dengan Allah pastinya.
"Setiap yang berada di atasnya adalah binasa," [Surah Ar-Rahman 55:26]
Tapi tak pula kata jika dah tahu sakit atau rasa tak sedap, dah putus asa. Maksudnya yang sakit perlu berubat, yang gagal, perlu bangkit. Bangkit dalam gagalnya mencari kerja, bangun daripada terus jatuh dihina manusia, bangun daripada terus tersungkur dalam hubungan cinta, kuatkan hati untuk terus mendaki setelah jatuh dan cedera disambar duka. Kenapa perlu kita terlalu lemah, sedangkan ada lagi lemah?

Janganlah sampai terus berhenti, kawan. Dan jangan sesekali terfikir nak bunuh diri. Tolong,jangan. Ramai sayang kamu. Ramai - yang kamu tak pernah lihat depan mata. Sila bangkit sekarang, sebelum terlambat dan ditertawakan.

Baiklah ini dia, Tip-tip panjang umur.


1. Amal jariah.

Rasullullah bersabda bermaksud, "Sesungguhnya amal soleh yang akan menyusul seorang Mukmin setelah dia meninggal dunia kelak ialah ilmu yang dia ajar dan sebarkan, anak soleh yang dia tinggalkan, mushaf Al-Quran yang dia wariskan, masjid yang dia bangunkan, rumah tempat singgah musafir yang didirikan, air sungai [irigasi] yang dia alirkan, dan sedekah yang dia keluarkan kala sihat dan masih hidup. Semua ini akan menyusul dirinya ketika dia meninggal dunia kelak." [Riwayat Ibn Majah dan al-Baihaqi].

2.Jihad.

Sesiapa yang mati syahid yakni berjihad di jalan ALLAH, sesungguhnya pelbagai kenikmatan yang telah dijanjikan untuk mereka yang hidup di alam lain itu.

3.Lailatulqadar.

Sesungguhnya indahnya jika dapat memperolehi amalan berganda jika berhasil menemui lailatulqadar yang beribadah pada malam tersebut beerti beribadah seribu tahun.

4. Elak Maksiat dan Perbanyakkan ketaatan.

Jagalah ALLAH, ALLAH akan menjagamu. Mengabaikan ALLAH, ALLAH akan mengabaikanmu. Maksudnya, kiranya jika kita ikhlas, dan taat melakukan ibadah kepada ALLAH, Yakni menjaga hak-hak ALLAH, ikut suruhan-suruhannya serta meninggalkan larangan-NyA, PASTINYA Allah akan menjaga hambanya semula, insya-Allah dengan diberi kesihatan yang baik serta menjaga aqidahnya.

5.Siraturrahim.

Orang yang suka menyambung siraturrahim, insya-Allah panjang umurnya.

6.Doa.

Doalah supaya hidup dapat dimanfaatkan dengan kualiti, bukan kuantiti. Ibarat lagu, jika hidup seribu tahun, tidak solat, tiada maknanya.

7.Berbuat Kebaikan.

Rasullullah s.a.w bersabda yang bermaksud," Tidak ditolak qada' kecuali dengan doa dan tidak bertambah umur kecuali dengan kebaikan ." (Riwayat al-Tirmizi no.2139)- Menurut al-Tirmizi hadis ini hasan gharib.

p/s: Bila tambahnya umur, kematian pun makin dekat.


p/s:Saya suka baca buku. Ini tips dari majalah solusi. :)




10 yang menasihati:

Untuk kesudian membaca dan memberi berkata-kata - saya berterima kasih.





Anem Arnamee © TERIMA KASIH ♥



click to te top