Banjir 2010 : Negeri kamu kena?


Memandangkan penghujung 2010 bakal tiba, musim tengkujuh telah pun menampakkan wajahnya di khalayak.Sehingga entri ini ditaip [3 nov] , ramai mangsa banjir telah dipindahkan , malahan  banjir di utara dan sebahagian kawasan pantai timur ini telah mengorban satu nyawa. Iaitu satu kejadian berlaku di Padang Terap, seorang remaja 13 tahun ,maut apabila lemas ketika memancing.Manakala di Jitra, seorang warga emas Jerman telah hilang dikhuatiri lemas ketika cuba keluar rumah untuk mencari tempat berlindung .


Malah 21 sekolah di Perlis telah pun ditutup dan peperiksaan akhir ditangguh. Walaupun hujan yang bermula Sabtu lalu sudah berhenti awal pagi ini , namun di bandar Kangar paras banjir terus meningkat.


Di Kedah pula, banjir dilaporkan semakin buruk .Antara jalan yang ditutup:


-Sembilan jalan di Padang Terap
-Beberapa jalan dan laluan utama termasuk di Lebuh Raya Utara-Selatan (PLUS) ditutup kerana ditenggelami air termasuk di Jitra, Changlun dan laluan lebuh raya PLUS menghala ke Bukit Kayu Hitam dan Universiti Utara Malaysia (UUM) di Sintok. Kubang Pasu adalah daerah paling terus dilanda banjir.


Kelantan juga mulai banjir terutama di Tumpat, Rantau Panjang, Kota Bharu. Begitu juga negeri Terengganu.


Kepada korang semua, sila pastikan keselamatan diri, keluarga, anak-anak, adik-adik serta jiran korang
di musim hujan atau banjir ni terjamin. Lebih baik mencegah daripada menyesal tak sudah. Tabahkan hati menghadapi bencana alam ini,sesungguhnya apa yang kita lalui bersesuaian dengan kesanggupan kita.Jangan leka-leka, jaga diri ya! 

p/s: Kawasan korang banjir tak?


.


13 yang menasihati:

  1. Alhamdulillah......harap cepatlah bencana ni berakhir...

    ReplyDelete
  2. esok nak pegi kota bharu ..harap2 selamat sampai..

    ReplyDelete
  3. orang luar tak dapat masuk UUM, orang UUM tak dapat keluar. T^T
    waaa~ UUM pun naik air jugak. dekat sesebahagian tempat la. :) alhamdulillah, dah surut.

    ReplyDelete
  4. kecian ada kwn buat pjj kat UUM, nk xam kena tunda kot

    ReplyDelete
  5. kena.. sekrang da surut

    ReplyDelete
  6. KL tak banjir. haha..

    kampung kat Johor. dulu ntah tahun bila pun johor penah kena bah besar. eii. tanak tragedi tu berulang.

    ReplyDelete
  7. jgn lupa ye, kl pnh banjir 1 ketika dulu haha, x mustahil nk jadik lg

    ReplyDelete
  8. Anonymous11:11 PM

    sy bru kna bnjir dkt alor star ni

    ReplyDelete
  9. salam dik ^_*

    takziah yg mnghadapinya dan ingat ALLAH sedang menguji kita

    ReplyDelete
  10. Anonymous4:13 PM

    setakat nie terenggnu nie sebelah besut jer yg kena banjir tapi balak banjir jugak seluruh negeri..pasal angin monsun dan musim dah nak datang tpi ikut ramalan biasa mungkin lepas purnama nie tau lepas raya haji...ripin ganu melapurkan.

    ReplyDelete
  11. tak banjir! alhamdulilahhh....

    kesian la sampai meragut nyawa.. hermmm.

    ReplyDelete
  12. Terima kasih semua sudi menjawab :)

    ReplyDelete

Untuk kesudian membaca dan memberi berkata-kata - saya berterima kasih.





Anem Arnamee © TERIMA KASIH ♥



click to te top