Salam. Hai. Saya Anem Arnamee. Terima kasih sudi datang, membaca mahupun berkongsi artikel blog ini. Maaf jika ada kekurangan & teguran amat dialu-alukan. Moga yang baik-baik selalu untuk kalian semua. Insya-Allah.

- Jika anda mahu sebarang kolaborasi/pengiklanan (review/ruang iklan) di blog ini boleh rujuk page ini.
- Jika ada pertanyaan lain, boleh mesej di facebook ANEM ARNAMEE atau e-melkan ke arnamee (at) gmail.com.

PLKN DI USIA 23 : PRO & KONTRA | BILA PENANGGUHAN PLKN LAPOR DIRI

Buat julung kali Anem mengaku secara terbuka Anem pergi PLKN masa on hiatus 3 bulan tempoh hari, untuk pengambilan kumpulan 3, siri ke 7. Jika Anem di usia 18 tahun, Anem bangga dan seronok, pastinya. Namun bila usia menjangkau ke angka 23, perlu pula berada di sana 3 bulan, macam-macam di fikirkan.

SEBELUM TU:
Penangguhan PLKN [Sebelum usia 35] boleh dibuat atas syarat: 
Yang menduduki peperiksaan penting di bawah Akta Pendidikan.
Mereka yang sedang menuntut di dalam sistem persekolahan di dalam atau di luar negara.
Mereka yang mengalamai kesusahan luar biasa mengikut keadaan tertentu.

Manakala boleh memohon pengecualian PLKN atas sebab: 
Orang yang bercelaru mental.
Orang yang telah diperakukan oleh Pegawai Perubatan Kerajaan mengalami kecacatan fizikal.
Orang yang menjalani hukuman pemenjaraan.
Orang yang menjalani tahanan.
Orang yang menjalani rawatan dan pemulihan.
Orang yang menjalani tahanan di bawah Akta Kanak-Kanak 2001.
Orang yang menghidapi penyakit yang boleh membawa maut.
Orang yang menghidapi penyakit berjangkit (penyakit membawa maut).

***

Baiklah, Boleh baca PRO / KONTRA pengalaman PLKN Anem di bawah. Terima kasih.

PROnya :
Ini adalah kebaikan Program latihan khidmat Negara [PLKN] secara peribadi dari sisi Anem:

- Mendidik kita untuk lebih patriotik. Jika selama ni kita jenis selamba badak bila dengar lagu Negaraku. Di sini, kita akan lebih menghargai sejarah, dan pantang mendengar lagu kebangsaan, kita akan berdiri megah!
- Menjadikan kita lebih menjaga kesihatan. Jika di rumah, nak bersenam tiada masa, nak makan dengan penuh rutin apatah lagi, tapi kat sini itu memang dijaga, makan 6 kali sehari, riadah tiap pagi dan petang, pastinya untuk diet, dan sihat, bukanlah masalah besar jika kita bersungguh!
Displin: baiklah, ini tujuan utama selain mahu buat kita rasa lebih sayang negara, PLKN ini juga membentuk diri kita supaya bangun awal pagi, datang tepat pada waktu, ikut peraturan diberi serta menjaga kebersihan dan kesihatan.
- Kita akan jumpa orang yang betul-betul kita jarang jumpa, waktu itulah, kali pertama nampak benda pelik-pelik, kali pertama jumpa orang yang unik-unik, macam-macam. Antara lain, kita akan menikmati  loghat negeri yang berbeza, perangai degil manusia yang berleluasa, serta penyatuan budaya yang penuh warna.
- Banyak aktiviti yang  gempak - rasanya ramai dah tahu ni. [Ada menembak, flying fox, kem wirajaya- bermalam di hutan, berkayak]
- Kebaikan popular pastinya menambah kenalan atau meraih cinta monyet di kalangan adik-adik.


KONTRAnya.
Ini adalah dari sisi yang Anem lihat dan mahu komen tentang PLKN:

- Sebagai manusia biasa, bosan itu tak diundang namun percayalah seronoknya kamu akan jumpa sisi kanak-kanak kamu di sini. Cuma style pengajaran, 'agak comel' dan maybe ada pengulangan macam dekat kolej atau BTN, so kawan-kawan geng tangguh get ready!
- Pernah ditegur jangan pakai lipstick, alamak! Anem beritahu Anem pakai pelembab bibir, sampai sudah cikgu tak percaya, ingat tau kawan-kawan ini bukan tempat bergaya!
- Benar ada yang terdiri daripada kami dah bekerjaya, lulusan universiti bagai, tapi tak semua dari kami tahu kawad dan mungkin masih lemah dalam banyak aspek, perlu diajar lagilah kami ni,macam adik-adik lain tu. Tak semudah itu semua mudah mampu memimpin. Jadi, ajarilah kami.
-  Diam ketika berada di dalam kelas, bukan bermaksud tidak berminat, namun kadangkala kami ingin memberi peluang kepada yang lebih muda merasa jawatan-jawatan yang ada, bercakap, beri mereka semua ruang memberi pendapat sepuas-puasnya dalam semua modul-modul yang tersedia, ini kerana sebahagian besar dari kami SUDAH berpeluang memegang beberapa jawatan, puas berbicara dan melibatkan diri dalam presentation di kolej / universiti mahupun tempat kerja kami. Cuma yang pasti, adakalanya pelbagai perkara yang berlegar di fikiran SESETENGAH daripada kami, membuatkan ada yang hilang fokus ketika cikgu mengajar. [Fikir bila nak mula cari kerja, fikir keluarga yang dijaga mahupun masalah di luar yang mengganggu jiwa].- Maaflah.

*Anem Mengakulah: Seronok berperanan sebagai KAKAK/ ABANG kepada adik-adik dan dapat berkawan dengan cikgu-cikgu yang ikhlas, yang lebih kurang sebaya ni, banyak manfaatnya. Alhamdulilllah.


Note: Seronok dapat tahu PLKN tak buat time bulan ramadhan dah. Seronoknya korang! Banyak aktiviti boleh buat nanti. Tapi bulan ramadhan yang best, bila aktiviti kerohanian ditekankan. Indah juga tau!

Sekian, X- assist squad Bravo 2010.
BARIS, BARIS SEDIA!

p/s : Memang ada yang degil, buat hal, nakal-nakal, kesian juga pada jurulatih, tapi yang pasti Anem dengan kawan-kawan Anem budak baik tau ! Haha. Maaf jika tersilap bicara. Terima kasih.




20 yang menasihati

  1. yup,kami bdk baik!!!=)

    ReplyDelete
  2. Perasaan sama kalau ke mana-mana bengkel/kursus-bagi peluanglah kat orang lain

    p/s:wah promot blog kat plkn?

    ReplyDelete
  3. Kak Fas...haha...kembar Kak Anem!

    ReplyDelete
  4. Anonymous9:54 AM

    suke g plkn!!!

    ReplyDelete
  5. huhuhu. weh nak tau tak salah sebab aku taknak gi plkn?

    sbb aku keje ngan team outdoor. aku dah bosan masuk hutan jadah2 sume.
    wuuuu.

    skrg umur aku dah 20 masa utk jaga diri. wuuu aku taknak gi ! ahahahaha

    ReplyDelete
  6. bestnya anem..
    beruntung dapat PLKN..
    kita tak pernah dapat pun..
    teringin juga nak pergi..
    tak acilah.. dia orang pilih kasih..huh..
    huhuhu..

    ReplyDelete
  7. PLKN mmg de best!
    kite pn bekas wirawati..
    kalo dpt p lg skali mmg syok..
    sape2 yg xdpt p mmg rugi besaq..

    ReplyDelete
  8. Salam...wahh...PLKN~
    Jadikan ia kenangan yang ta mungkin berulang...
    baik pahit mahupun manis, smuanya adalah lipatan sejarah...
    Yang pahit jadikan pengajaran, yang manis jadikan memori terindah..okkay sayang =)

    ReplyDelete
  9. @muhammad fakhruddin
    Itulah pasal. Ops, mana ade.haha:P

    ReplyDelete
  10. @sickchild Haha. Nak wat lagu mano. Umur 35 baru leh lepas, sekali kena , paksa relah melaluinya jika xrela pun yang :P

    ReplyDelete
  11. @Faarihin Alolo. bukan pilih kasih, dia pilih secara rawak. Adik Anem dapat pengecualian sebab adik anem istimewa Faa :)

    ReplyDelete
  12. @Suriati Suhaimi Wah x wirawati ya! kental ni !:)

    ReplyDelete
  13. @ArtEyNatEyrA~ Salam. ok sayang, insyaallah akan tersemat :)

    ReplyDelete
  14. yey BRAVO !! kita sama kompeni..haha

    ReplyDelete
  15. Anonymous10:18 AM

    Tumpang tanya biasanya lepas tamat tarikh untk pnangguhan dia akn serapkn ke kmpulan mana? 2 atau 3

    ReplyDelete

Untuk kesudian membaca dan memberi berkata-kata - saya berterima kasih.








Anem Arnamee © TERIMA KASIH ♥



click to te top