PENAFIAN

Selain daripada catatan sendiri , artikel di blog ini mungkin adalah berdasarkan sumber lain ( ada dinyatakan di hujung artikel ). Rujukan utama adalah Al-Quran dan As-Sunnah. Selain daripada itu adalah ilmu daripada mak abah , para guru , ustaz, ustazah , sahabat serta beberapa perkongsian melalui majalah JOM , juga majalah SOLUSI . Cubalah beli , pasti tak rugi. Serius.

Atok yang selalu buat pengumuman raya dan puasa tu [ Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malaysia] dah bersara dah !



Waktu raya dan puasa akan datang, kita akan saksikan orang lain pula menggantikan 'Atok' atau Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja yang telah menjadi kesayangan dan penantian seisi keluarga dan masyarakat islam di Malaysia, untuk membuat pengumuman, yang akan memberitahu kita bila kita kan beraya atau puasa mengikut anak bulan, atau rukyah itu.

Jadi : jangan lupa menyaksikan Dokumentari khas yang akan  akan menemui penonton di TV1, pada 9 Januari, pukul 6 petang.
Dokumentari ini sebagai sumbangsih bagi menghargai jasa Engku Tan Sri yang telah berkhidmat selama 22 tahun dan bersara secara rasminya pada 7 Januari 2011.


Ingat lagi  :
"Cepat-cepat Atok tu dah keluar!" Kelam kabut kami seisi keluarga, masing-masing mahu duduk depan.
"Kuatkan lagi, kuatkan! " Along minta Adik kuatkan volume tv sikit.
Semua merenung sampai tembus tv.Habis pengumuman mulalah masing-masing nak mengaku,  
"kan dah kata tadi, raya lusa,!". Dan dan sambung kerja balik.

 

Engku Tan Sri Ibrahim Engku Ngah, 79 tahun, Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja yang telah berkhidmat selama 22 tahun. Mula menjawat jawatan itu pada 1 Januari 1989 menggantikan Datuk Ahmad Zainal Abidin Muhammad Yusof. Bersara secara rasmi pada 7 Januari 2011.

Terima kasih Atok Engku Tan Sri dari kami .
______________________


Manakala Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja yang baru ialah Datuk Syed Danial Syed Ahmad, 66 tahun yang akan mula mengambil alih tugas berkuat kuasa pada 10 Januari 2011 ini.

____________________

P/S : Macam best bila baca Sinosip drama Ustaz Amirul di slot Zehra [kliksini].



6 yang menasihati:

  1. wah... dh tukar ekh...

    ReplyDelete
  2. alaaaa
    dah tak best lah kalau atok ni dah takde

    ReplyDelete
  3. laa dah bersara?
    sape la ganti nanti kan
    hehe

    ReplyDelete
  4. lolh , dia dah bersara . tak dapat laa nak tgok lg muka kool dy yg orang duk tunggu every yr :P

    ReplyDelete
  5. @unieMARKS :) Kan..dia sentiasa cool masa bagi pengumuman. rindu nanti:)

    ReplyDelete

Untuk kesudian membaca dan memberi berkata-kata - saya berterima kasih.


Protected by Copyscape Plagiarism DetectionPersonal Blogs :)
Diubahsuai oleh : Anem Arnamee