Salam. Hai. Saya Anem Arnamee. Terima kasih sudi datang, membaca mahupun berkongsi artikel blog ini. Maaf jika ada kekurangan & teguran amat dialu-alukan. Moga yang baik-baik selalu untuk kalian semua. Insya-Allah.

- Jika anda mahu sebarang kolaborasi/pengiklanan (review/ruang iklan) di blog ini boleh rujuk page ini.
- Jika ada pertanyaan lain, boleh mesej di facebook ANEM ARNAMEE atau e-melkan ke arnamee (at) gmail.com.

Atok yang selalu buat pengumuman raya dan puasa tu [ Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malaysia] dah bersara dah !


Waktu raya dan puasa akan datang, kita akan saksikan orang lain pula menggantikan 'Atok' atau Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja yang telah menjadi kesayangan dan penantian seisi keluarga dan masyarakat islam di Malaysia, untuk membuat pengumuman, yang akan memberitahu kita bila kita kan beraya atau puasa mengikut anak bulan, atau rukyah itu.

Jadi : jangan lupa menyaksikan Dokumentari khas yang akan  akan menemui penonton di TV1, pada 9 Januari, pukul 6 petang. Dokumentari ini sebagai sumbangsih bagi menghargai jasa Engku Tan Sri yang telah berkhidmat selama 22 tahun dan bersara secara rasminya pada 7 Januari 2011.

Ingat lagi  :
"Cepat-cepat Atok tu dah keluar!" Kelam kabut kami seisi keluarga, masing-masing mahu duduk depan.
"Kuatkan lagi, kuatkan! " Along minta Adik kuatkan volume tv sikit.
Semua merenung sampai tembus tv. Habis pengumuman mulalah masing-masing nak mengaku,  
"kan dah kata tadi, raya lusa,!" Dan dan sambung kerja balik.
Engku Tan Sri Ibrahim Engku Ngah, 79 tahun, Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja yang telah berkhidmat selama 22 tahun. Mula menjawat jawatan itu pada 1 Januari 1989 menggantikan Datuk Ahmad Zainal Abidin Muhammad Yusof. Bersara secara rasmi pada 7 Januari 2011.

Terima kasih Atok Engku Tan Sri dari kami.

UPDATE;
BESUT . Disember 2012 - Bekas Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Engku Tan Sri Ibrahim Engku Ngah, 80, meninggal dunia di Hospital Selayang, Selangor Selasa kira-kira pukul 8.30 malam.
Ia disahkan oleh adik Allahyarham Engku Taib kepada Bernama di sini.
Jenazah Allahyarham dijangka dikebumikan pada pukul 11 pagi Rabu di Tanah Perkuburan Bukit Kiara.
Allahyarham yang dilahirkan pada 15 April 1932 di Besut meninggalkan seorang balu Tengku Zahab dan enam orang anak, empat daripadanya lelaki.
Allahyarham memegang jawatan Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja selama 22 tahun mulai tahun 1989 hingga 2011. (Sumber)


-- BERNAMA

Inalillahi wa inna ilaihi rojiun. Al-fatihah.
______________________

Sumber
Manakala Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja yang baru ialah Datuk Syed Danial Syed Ahmad, 66 tahun yang akan mula mengambil alih tugas berkuat kuasa pada 10 Januari 2011 ini.

___________________


6 yang menasihati

  1. wah... dh tukar ekh...

    ReplyDelete
  2. alaaaa
    dah tak best lah kalau atok ni dah takde

    ReplyDelete
  3. laa dah bersara?
    sape la ganti nanti kan
    hehe

    ReplyDelete
  4. lolh , dia dah bersara . tak dapat laa nak tgok lg muka kool dy yg orang duk tunggu every yr :P

    ReplyDelete
  5. @unieMARKS :) Kan..dia sentiasa cool masa bagi pengumuman. rindu nanti:)

    ReplyDelete

Untuk kesudian membaca dan memberi berkata-kata - saya berterima kasih.








Anem Arnamee © TERIMA KASIH ♥



click to te top