Salam. Hai. Saya Anem Arnamee. Terima kasih sudi datang, membaca mahupun berkongsi artikel blog ini. Maaf jika ada kekurangan & teguran amat dialu-alukan. Moga yang baik-baik selalu untuk kalian semua. Insya-Allah.

- Jika anda mahu sebarang kolaborasi/pengiklanan (review/ruang iklan) di blog ini boleh rujuk page ini.
- Jika ada pertanyaan lain, boleh mesej di facebook ANEM ARNAMEE atau e-melkan ke arnamee (at) gmail.com.

Kenangan di Kolej Matrikulasi Melaka (KMM)


Senang tak masuk matrik? Bestkah masuk Matrik sampai Budak Matrik dicop berlagak? Nah! Kalau start masuk Universiti, benda pertama orang tanya, 'dulu belajar mana? 'Pastu adalah wujud perbandingan antara awak lepasan matrik, diploma mahupun STPM. Eh! Tahu tak yang penting - Bukan 'awak dulu belajar mana, tapi awak dapat kerja ke tak lepas belajar ni'. Cuma, buktikan nanti. OK, taknak membebel dah.

Apa yang paling best, kadangkala dekat matriklah, tahun paling singkat, sebab ada yang first time berdikari, atau kali pertama berjauhan dari family. Malahan yang first time cintan cintun pun kekadang inilah tempatnya weh! Dan ini juga kekadang jadi tempat pertama belajar untuk bergaya dan kenal dunia luar (ada kelas dinamika kemahiran gitu), cayolah! Yang penting, bukan senang dapat masuk matrik, jadi yang berpeluang, belajar rajin-rajin tau!

Senang tak masuk matrik? Tak susah, jika dah study betul-betul. Lagi banyak A, lulus semua = kredit semua, dan menyerlah dalam aspek samaada sains  [kimia, biologi,fizik] mahupun akaun + ekonomi. Apapun bergantung pada rezeki juga. Dan minat!

Baiklah, ini kenangan Anem masa belajar di Kolej Matrikulasi Melaka sesi 2004-2005. KMM ni terletak di Londang, Melaka. Matrik tua. Biarlah dak dak lain kutuk macam-macam, tapi ini tempat menimba ilmu yang tetap cun bagi Anem.

Roomates:

Mujur dua roomates Anem ni sangat cool (Idi dan Yan ). Kenangan tak boleh lupa, bila
jam loceng bilik kami bunyi sampai bilik hujung, tapi kami bertiga tidur mati tak sedo-sedo. Dak bilik lain yang ketuk pintu, kejutkan. Haish. Pun tak boleh lupa, bila malam-malam giliran bilik kami baca Al-Mulk, haha, masing-masing kelu bila part baca doa penutup. Nakal weh! Jangan tiru begini ya adik-adik.

Buat Puspa Idyani atau Idi, dan Nur Azianty [Yan@ kenit], rindu betul dekat korang!

Dak wings: B3, Aras 2,
Bilik nombor enam. Wing satu lagi pun gempak dan cun tau! Jangan tak tahu antara aras pun boleh ada saingan. Saingan paling kuat dan memang antara aras yang havoc lagi kecoh pastinya aras 3 itu. Apapun satu blok tetap rock'in. Kes-kes kenangan di situ adalah kes terpencil dak dak nakal yang kelakar saja bila ingat balik. Normal gitu. Baru nak up! Ops.

Kelas A2P2 tersayang. Kelas ni memang giler ngam. Saingan tu,  normallah babe!

Plus+ Iza, Cda, Shida, Kenit, Ida, Su dan Anem: kami team outing, team solat jemaah, team tengok tv cop cop tempat (eh), team kutuk ngumpat (dosa ni!) dan  team lepak-lepak sambil makan.

Sekian, kenangan lalu. Yang baik kita jadikan sempadan.
Facebook Kolej Matrikulasi Melaka (KMM) : [Kliksini]

P/s: Haish! Dak matrik sekarang ni dah ada mesin basuh. Tak aci weh!



17 yang menasihati

  1. hai akak anem .. sy dulu KMM gak . 2008/2009 .. rindu matrik londang

    ReplyDelete
  2. kenangan terindah! best..;-)

    ReplyDelete
  3. same2, matrik melaka gak..hehe
    slh sorg dlm pic tu kalo x salah pupa idyani kan..

    ReplyDelete
  4. Anonymous1:11 AM

    kak anem lak bile nk kawen,hehe2...

    ReplyDelete
  5. best ea matrik ? huuu ~ :P

    ReplyDelete
  6. ehh kak anem matrik melaka ye?
    sy pun same.
    rupanya tradisi baca al-Mulk gilir2 setiap bilik tu dah dibuat dari dulu ye
    aah matrik dah ada mesin basuh hihi
    :p

    budak matrik tak berlagak lah kak
    baik2 saja
    ;D

    ReplyDelete
  7. ye ar kot sbb matrik ni la tmpat bljar pling susah mesia kotttt

    =)

    ReplyDelete
  8. hai thanks sweety :)

    ReplyDelete
  9. akak dolu blajo KMPP tapi laa ni kilija di KMK...matrik mmg da best laaa... ;)

    ReplyDelete
  10. wah-wah. kenangan ni semua.
    hehe. sy bukan budak matrik. kih3!

    :)

    ReplyDelete
  11. memori dulu ditinggalkan tapi tetap jadi kenangan.

    ReplyDelete
  12. kamu di tag oleh cik lekit http://duniamelekitku.blogspot.com/2011/01/contest-gambar-tak-nampak-muka-paling.html

    ReplyDelete
  13. @syarifah radiah ibrahim A'ah yang, dri dulu tradisi tu wujud. Ish, nak mesin basuh jugak. Hihi. akakpun xberlagak,dik:P

    ReplyDelete
  14. argh tempat yang buang saya dulu. batch atas setahun. uitm juga terbaik

    ReplyDelete
  15. Anonymous4:41 PM

    akumuzikFilem...tak baik kata begitu....semua tempat yang kita belajar adalah terbaik...perkataan uitm terbaik...adalah subjektif..apa ukuran UITM terbaik ?.saya adalah antara batch yang terawal KMM...saya masuk KMM di zaman penuh kesusahan...serba serbi.. yelah KMM baru saja di buka...kawan-kawan saya ramai masuk UITM buat diploma...lepas habis belajar...manakala saya pilih KMM...memang ramaila bangga sangat dengan UITMnya...dan semacam memperlekehkan sikit budak pilih matrik ...tapi selepas 10 tahun saya jumpa diorang ...yang bangga dengan UITM dulu...banyaknya tak kemana...saya pulak.....sekarang alhamdulillah.dengan jawatan Pengurus Kewangan GLC ....insyaallah dalam proses buat PHD..dan kebanyakkah kawan-kawan matrik saya jadi PTD,Juruaudit bank. dan syarikat ternama....dan banyak lagi.... malah ada ada dah jadi usahawan yang berjaya...sebabtu kita ingat di mana kita belajar adalah terbaik...jangan terlalu bangga dengan u yang kita belajar..sehingga memperlihat tempat orang lain belajar kurang bagus

    ReplyDelete
  16. Ok. ini yang buat nak nangis ni. Saya batch pertama matrix start setahun sahaja. tahun 2001. huhu... Rindu

    ReplyDelete

Untuk kesudian membaca dan memberi berkata-kata - saya berterima kasih.








Anem Arnamee © TERIMA KASIH ♥



click to te top