Dugaan bersahabat : Berpisah Ketika Hidup


Hari menunjukkan kesiangan dalam pekat awan hitam. Jam berdetak menandakan wajar kulelap segera. Tapi diri melarang, kerana memikirkan masa depan keseorangan.Rasa mahu ikut serta, tapi tak mahu tipu, ku tak terdaya. Tak terdaya menjadi manusia seperti dia. Dia yang ada rasa. Rasa mahu menjadi insan  yang mengenal cinta Tuhan.Dia yang bersedia kembali ke landasan. Landasan lurus yang penuh dengan keindahan.

"Kita perlu ada tujuan !" Lontarnya ikhlas.
Aku bungkam.Sendu . 
Rindu pula makin memekik.
Kuluah pada alam, kulihat makin kelam.
Kuluah pada mereka, kulihat mereka mengata.
Kuluah pada yang benar berjiwa, dia suruh aku merasa.
Merasa dengan aqal, rasa dengan iman.
Sayu.
Dia, insan baik yang berjaya mencuri hati dan rasa.
Kini, dia minta kuubah cara.
'Jangan terus demikian, nanti dilaknat tuhan!'
Aku diam. Aku bukan wanita berjiwa kental.
Harap sekeping dua pujukan dari khayalan,
namun dia nekad mahu lari pergi.

Ku perlu kamu ! : Sayu, dia tak mendengar.
Katanya : kita kena kejar syurga, bukan terus jadi lemah dan gila.

Nah, lagu sedih ni, untuk awak, dengar tau :
Lirik Teman Terima Kasih: Zawazi
bertemu dan berpisah
adat dunia
kita hanya merancang
tuhan yg menentukan
begitu beratnya nak ku relakan
perpisahanmu ini
hanya tuhan yg tahu
aku mendoakanmu
agar bahagia selalu
disepanjang hayatmu
meski hanya untuk seketika
kehadiranmu menyentuh rasa
kau terlalu bermakna
pada hati dan jiwa
kau insan istimewa yg berjasa
terima kasih teman
harapan yg kau berikan
terima kasih teman
doa yang dikau kirimkan

ciptaan: Rosli ahmad
nyanyian : zawazi
__________________

 "Janganlah mengalah sebelum berusaha."

" Serahlah diri kepada ALLAH lebih bermakna daripada menyerahkan diri kepada manusia."

Surah Al-Baqarah Ayat 216 :
“Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.”

Setiap manusia diduga dengan pelbagai cara dan ujian. Lain-lain. Ada yang diduga dengan musibah kehidupan, ada yang di duga dengan kerinduan. Ada yang diduga dengan perpisahan .Ada yang diduga dengan persekitaran. Dan ada juga yang diduga dari aspek sikap: contohnya: bila korang baik, korang akan diduga dengan angin-angin keburukan, jika korang kuat, sikit pun korang tak tumbang atau terpengaruh , jika iman korang lemah,  korang akan goyah. Asalnya korang lurus , kemungkinan boleh menjadi senget dan bengkang bengkong.

Bagaimana mahu menghadapi perpisahahan ketika hidup. 

-Tetapkan dari hati yang ia datang dari ALLAH
-Menahan dan mengawal diri dengan sifat sabar
-Banyakkan doa dan zikir
-Tetap berusaha untuk mengatasi kelemahan itu
-Segera bertaubat lantas bertawakal kepada ALLAH

-Alihkan perhatian dari mengingati sesuatu yang menyedihkan, kenangkan 1001 keindahan, insyaallah kelak akan muncul senyuman ! Belajar sibukkan hati :)
___________________

"Allah tahu apa yang kita tak tahu, Allah mengerti tika kita buntu, dan Allah lebih menyayangi kita lebih dari yang kita tahu"- ini pesan awak !"
Kita saling mendoakan, ya? Jaga diri selalu tau.Jangan lupakan saya ya. Sahabat, saya sayang awak sangat .



18 yang menasihati:

  1. iAllah . neway, suka entry neh .

    ReplyDelete
  2. huhuu , syg my friends gak . nice entry !
    tak tau laa buleh jadik sekuat tuh or tak . huuu

    ReplyDelete
  3. x pe la....perpisahan itu suatu adat. Tp asalkan persahabtan tu kekal lama kan??

    new entry:
    http://shairazisaidin.blogspot.com/2011/01/oh-bruno-mars-is-coming-to-town-im.html

    ReplyDelete
  4. nape ni akak sedey jek?...papepon sy suke lagu ni,mmg syahdu:)

    ReplyDelete
  5. Anonymous4:52 AM

    I'm new here @ arnamee.blogspot.com and want say hi to all the guys/gals of this board!

    ReplyDelete
  6. salam bertemu! Hari ini kita bertemu, ntah bila kita akan berpisah! kan kan

    ReplyDelete
  7. salam..arnamee
    hmm memg perpisahan itu menyakitkan..mcm sy baru2 ni nak kata berpisah tidaklah jugak tetapi berlaku kerenggangan..hmm sedih yela dulu dia baik ngn kita tp sekarang...x lagi..

    ReplyDelete
  8. Anonymous1:06 AM

    Perpisahan itu pasti ada!
    Memang kita akn berjumpa dengan ramaiii manusia..
    memang ramai..
    Dan dalm ramai2, mesti akan bertemu insan yg akan menjadi sgt rapat dengan kita, yg sgt kita sayang..
    Tapi, siapa kita utk tahu 'dia' adalah org yg benar2 terbaek utk kita?
    Maka, itu sebenarnya makna perpisahan, supaya kita bertemu dengan org yg lebih baik dari sebelumnya... =)
    kita MILIK DIA awk..DIA Maha Mengetahui =)
    A.N

    ReplyDelete
  9. @Shairazi SaidinInsyaallah, harap demikian juga:)

    ReplyDelete
  10. @MaRdHatILLah(Fatahiyyah)Kan...sangat2..tapi entahlah,semua telah ditetapkan..:)

    ReplyDelete
  11. @Anonymous

    A.N,insyaallah semoga sikap optimistik,aura, keyakinan dan doa2 yg ada pada ayat-ayat awak ini, akan menjadi satu semngat juga buat saya, doakan ya:)

    ReplyDelete
  12. salam
    tadi cari kat google untuk lirik lagu Zawazi -Teman Terima Kasih
    terus jumpa kat blog anem
    mintak izin share ek lirik lagu ni

    ReplyDelete

Untuk kesudian membaca dan memberi berkata-kata - saya berterima kasih.





Anem Arnamee © TERIMA KASIH ♥



click to te top