Nasib terkini rakyat dan pelajar Malaysia di Mesir dan ada apa dengan Hosni Mubarak ?


Pertama-tamanya diharap semua insan yang mempunyai ahli keluarga atau sahabat di Mesir di harap bertenang dan mendoakan yang terbaik. Malah, Anem juga turut mempunyai saudara yang belajar di sana , memaklumkan menerusi sms bahawa semua pelajar Malaysia di sana selamat, alhamdulillah. Cuma katanya memang berlaku rusuhan agak serius dan tentera berkawal dimana-mana. Kini mereka semua berkurung sahaja di kediaman masing-masing.

Untuk mengetahui perkembangan terkini pelajar Malaysia atau Rakyat Malaysia di Mesir boleh pergi ke:

Laman Blog Rasmi yang update semua berita terkini dari Mesir : [ Blog ]
Serta Facebook , klik Link ini > Selamatkan Pelajar dan Rakyat Kita di Mesir 

TERKINI ! (2 Februari 2011):




- Ada yang selamat balik, kapal TUDM dah berlepas ke sana untuk hantar bekalan makanan.
- setakat ini tiada laporan kes keselamatan pelajar2 Malaysia di sana, doakan supaya mereka sentiasa selamat.

Berita mahasiswi dirogol adalah palsu. Berita pelajar kena tembak di Tanta benar, tetapi dgn peluru getah yg terkena kaki. Beliau hanya meminta kita mendoakan mereka- Presiden PMRAM :)

p/s:Semua pelajar di Mesir terutamanya Mansurah mengharapkan doa dari kalian semua. Untuk elak maklumat2 yang xsahih, boleh terus call Pengerusi PCM Ahmad Azizi Md Jusoh +20110706817 atau Pengarah JAKSI Muhammad Imran Jaamat +2011 1015951

Cara lain hubungi : sini tips komunikasi ke sana.[sini ]

SISTEM INTERNET SUDAH MULA PULIH BAGI SESETANGAH MUHAFAZAH

Lain-lain hubungi Wisma Putra :
Boleh hubungi di talian 03-88892746 / 03-88874570 (Putrajaya), dan 00-202-37610013 sambungan 116, atau 00-202-37610164 (Kaherah) dan bercakap dengan Menteri Penasihat Saharudin Hassan, Setiausaha Kedua Samsul Kahar Kamarudin serta Setiausaha Ketiga Iskandar Harman.

___________________

Apa yang berlaku di Mesir sebenarnya? What's Going On In Egypt ?
 Protes , Rusuhan atau demonstrasi ini bermula pada hari Selasa, 25 Januari dan ia terinspirasi dengan revolusi yang berjaya di Tunisia , malah turut diberi sokongan oleh pemenang Nobel Keamanan Mohamed ElBaradei.- ribuan mula turun ke jalan untuk memprotes kemiskinan, pengangguran berleluasa, rasuah kerajaan dan kerajaan autokratik Presiden Hosni Mubarak (sekutu kuat Israel), yang telah memerintah negara selama 30 tahun. Ini adalah protes pertama pada berskala besar di Mesir / Egypt sejak tahun 1970-an.


Apa yang dibuat Kerajaan Hosni Mubarak yang tidak menepati janji itu adalah menyekat talian internet dan telefon ke luar, terpaksa memberi arahan perintah berkurung, malah stesyen TV al-Jazeera di Cairo juga diarah ditutup : namun masih boleh ditonton di sini [ klik ]

Bersolat di hadapan sebuah kereta kebal tentera Mesir sebagai protes terhadap rejim Presiden Hosni Mubarak di Tahrir Square di ibu negara Mesir, Kaherah,pada tarikh 30 Januari 2010.credit : [sini]


Tunisia: Gerakan demonstrasi bantahan dan rusuhan kerana wujudnya rasuah, penyelewengan dan penindasan secara berleluasa di Tunisia telah berjaya menggulingkan kerajaan Presiden Zine al-Abidine Ben Ali. Revolusi Tunisia itu bermula apabila seorang sarjana bernama Bouazizi membakar diri sebagai lambang protes terhadap kerajaan Tunisia yang gagal memperbaiki keadaan ekonomi dan menyediakan peluang pekerjaan. 




8 yang menasihati:

  1. kerana sebab lahir akibat, kerana peristiwa lahir sejarah. syabas tunisia, syabas mesir! mamat mubarak ini lah menuang konkrit dlm tanah di sempadan palestin.

    ReplyDelete
  2. yeke dorang akan dipindahkan ke Jeddah?
    Because I ada like anak buah study kat sana.
    Still can't contact her till now.
    Just hope everything will be ok. InshaAllah.
    May Allah SWT protect them all.

    ReplyDelete
  3. kejam juga presiden nie, aku rasa ade betolnye wt rusuhan macam nie..hmm

    BLOG GEMPAKZ SIOT

    ReplyDelete
  4. kita doakan semua saudara kita di sana selamat

    ReplyDelete
  5. aduh aii mcm mana la pelajar2 malaysia kat sana..semoga diaorg selamat la hendaknyer!!

    im following u :P

    Meh singgah: Aku Bawak Blk Jantan???!

    ReplyDelete
  6. ya Allah selamatkan mereka..amin

    ReplyDelete
  7. @Nailah Azman Ya, akan ke jeddah mulai malam ni:)

    ReplyDelete

Untuk kesudian membaca dan memberi berkata-kata - saya berterima kasih.





Anem Arnamee © TERIMA KASIH ♥



click to te top