Salam. Hai. Saya Anem Arnamee. Terima kasih sudi datang, membaca mahupun berkongsi artikel blog ini. Maaf jika ada kekurangan & teguran amat dialu-alukan. Moga yang baik-baik selalu untuk kalian semua. Insya-Allah.

- Jika anda mahu sebarang kolaborasi/pengiklanan (review/ruang iklan) di blog ini boleh rujuk page ini.
- Jika ada pertanyaan lain, boleh mesej di facebook ANEM ARNAMEE atau e-melkan ke arnamee (at) gmail.com.

Tahniah Yuna, kamu main piano sangat baik dalam AJL 25!

Kali ini, dengan ketiadaan Yuna dalam senarai pemenang Anugerah Juara Lagu 25 (AJL 25), telah membuatkan peminat Yuna serta kipas susah matinya terkesima seketika, sedih mungkin tak dapat lihat joget victory Yuna yang comel pada malam itu. Namun semua ditentukan Tuhan, rezeki masuk bertanding, dan dapat perform well lebih harus disyukuri - bukan senang tau nak berpeluang naik pentas berprestij itu.


Cinta Sempurna - memang itu antara lagu terbaik yang Yuna cipta. Dengan alunan piano yang simple, dan bergantung pada vokal secara asasnya, Yuna berjaya membuatkan ia nampak besar (grand) dan awesome dengan kerjasama band Yuna (Adil, Efry, Pa'an), dan orkestra bimbingan Dato' Haji Ramli MS itu. Malah sedikit gimik dan penghayatan daripada anak encik Zarai ini, lagu itu tetap ada kelebihan dan keindahannya yang tersendiri. Ya! Seorang yang nampak dulu macam ' boyish, santai dan plain' dalam lagu Dan Sebenarnya, membuktikan pada kita, dia 'sudah pandai untuk main-main dengan feel dia dah', OK !Hihi.

Tahniah! Melodi yang berputik daripada jari-jemari kamu itu, sangat cantik. Tak nampak kurangnya pun, cuma melodi lagu lain, terutamanya melodi Tolong Ingatkan Aku yang dikarang gadis lulusan LAW itu , adalah lebih baik pada malam itu, Alis! Ini semua soal rezekikan. Apapun.

Kami tetap berbangga dengan kamu !

Oh ya, jika kita  berbicara tentang Yuna - pastinya kita tidak akan lari juga untuk berkata tentang fashionnya, lebih berani dan trendy sekarang, Yuna sekali lagi mengenakan feyen rekaan Syomir Izwa. Yerp! Yang reka baju ala watak assasin creed sempena Shout Awards 2010 itu! Yuna tetap Yuna, anggun seperti selalu. Thumbs up!

Sekali lagi, tahniah buat Yuna! Melangkah ke AJL 25 dengan bergaya, alunan piano yang kedengaran mesra, penghayatan yang lebih daripada biasa, sudah cukup memberikan 'kemenangan' dalam hati kami - peminat-peminat kamu. Cuba lagi lain kali, ya, kita cuba perbaiki apa yang kurang 

Baiklah semua, jika rezeki berpihak pada Yuna dan dia tercalon top5 ABPBH nanti, undilah Yuna nanti ya. Dan All the best untuk Yuna di UK nanti, untuk menyiapkan serta mempromosikan album penuh berbahasa Inggerisnya di sana. Sekian,  tahniah untuk lagu pemenang AJL 25: Tolong Ingatkan Aku - Ana Raffali : which is  kawan Yuna, yang mula dari bawah juga, serta pandai bermain gitar :)

p/s: Makin cun gaya tudung Yuna sekarang.

Kredit Gambar : Facebook Yuna



9 yang menasihati

  1. kagum kot bile tgk yuna men piano !

    ReplyDelete
  2. tudung Yuna skang gaya Myaasaa~

    :)

    ReplyDelete
  3. mmg best tgok yuna smlm . rasa _____ bila dgr dy nyanyi smlm ~

    ReplyDelete
  4. Anonymous6:52 PM

    undi yuna tyme ABPBH...yuna byk peminat der

    ReplyDelete
  5. Anonymous9:42 PM

    adat bertanding ada menang dan kalah..papepon mmg yuna besh!..

    ReplyDelete
  6. yuna cantik as always :)

    ReplyDelete
  7. suka ana n yuna ....: )

    ReplyDelete
  8. suka semua. sebab semua bagus. :)

    ReplyDelete

Untuk kesudian membaca dan memberi berkata-kata - saya berterima kasih.








Anem Arnamee © TERIMA KASIH ♥



click to te top