Salam. Hai. Saya Anem Arnamee. Terima kasih sudi datang, membaca mahupun berkongsi artikel blog ini. Maaf jika ada kekurangan & teguran amat dialu-alukan. Moga yang baik-baik selalu untuk kalian semua. Insya-Allah.

- Jika anda mahu sebarang kolaborasi/pengiklanan (review/ruang iklan) di blog ini boleh rujuk page ini.
- Jika ada pertanyaan lain, boleh mesej di facebook ANEM ARNAMEE atau e-melkan ke arnamee (at) gmail.com.

Cemburu itu juga satu motivasi


Dalam hidup ini kadangkala lah kan kita fikir kenapa kita tak jadi macam orang yang kita salute habis tu, atau kenapa kita tak dapat layanan macam tu, kenapa kita takde rupa yang cun macam that person, kenapa kita tak boleh jadi alim macam insan tu, kenapa kita tak disayangi orang macam orang tu and so on. Memanglah nama pun manusia selalu pandang indah pada rezeki orang lain sampai kadang-kadang tak terlihat apa yang dia ada. Ikhlasnya, bagi Anem cemburu juga adalah satu motivasi sebenarnya, asalkan bukan hasad dengki dan iri hati yang keterlaluan. Lorongkan ke arah kebaikan, pastinya membawa ke pada jalan yang lebih indah.
Cemburu : Bila kawan kita ada ramai kawan yang lebih disayangi
Ini sangat normal. Terutama kalau kita masih berjiwa muda. Cemburu dalam persahabatan apatah lagi jika terlalu rapat. Dia rapat dengan kita, kalau boleh kita nak kongkong atau conquer dia sorang - ohoo ! Maaf , sangat tak adil sebenarnya. Sebagai manusia kamu tidak memiliki sesuatu itu secara mutlak,ingat tu. Jadi kita kena sedar, kawan kita juga berhak berkawan dan rapat dengan orang lain.Biar dia selesa kawan dengan kita. Kita pun dia tak control, kenapa kita perlu tahan-tahan dia. Tak wajarkan ? Bab cemburu ni mula serius if masuk bab hati terutama kalau dah masuk term 'angkat-angkat' , contohnya macam anem, if sahabat baik anem ada sahabat baik yang lain, jika itu lebih menggembirakan dia, dia bahagia, sebagai sahabat, kita pun bahagia. Siapa tak bangga,orang kita sayang ada juga orang lain yang sayang dia. Maksudnya kawan kita tu hot stuff. Jadi enjoylah, kawan dia, kawan kita juga. Kan ,indah hidup ni .Sementara saja hidup ni, entah bila kita akan pergi, berkongsilah, bersahabatlah sepuasnya :)
"Sesungguhnya orang mukmin itu bersaudara, oleh itu damaikanlah antara kedua saudaramu dan bertaqwalah kepada Allah supaya kamu mendapat rahmat". (Surah al-Hujurat : ayat 10)
Cemburu : bila kita ada kekurangan yang sukar untuk di atasi, tapi nak berubah
Semua manusia ada hati nak jadi lebih baik. Kita secara peribadi pastinya mahu menjadi lagi baik. Dari segi sikap, atau perilaku ,kadangkala kita tertanya-tanya, 'kenapa aku tak boleh jadi rajin macam dia', atau 'bila aku nak selalu pergi surau ,macam dia', ''aku pun nak orang sayang aku macam dia' . Misalnya kalau nak cantik pula macam orang yang kita suka tengok tu, belajar untuk jaga kebersihan,kemas-kemasan diri dulu, then baru ambil berat soal gaya dan penjagaan wajah. 
Kalau bab nak berubah jadi baik -Nak seribu daya,jadi usahakan. Memang if dah jadi habit susah sikit,tapi kitakan ada tuhan yang sentiasa bersama-sama, perlahan-lahan insyaallah,kan ?
Contoh : if tabiat suka delay solat - perbaikinya. Ada niat nak jadi baik , kenapa tak mulakan dengan aspek tiang agama, jadi mulakan,insyaallah .Dah masuk waktu solat, mulakan sekarang, solat di awal waktu. Make-up tu bila-bila boleh diperbaharui yang.Ops..
Cemburu : kawan lagi bagus prestasi kerja atau pelajarannya
Ini normal. Nak kaya dulu, nak naik dulu, pastu mula pandang slack, semua orang tak betul. Rasa nak jatuhkan, bentes kaki orang, dan buat cerita tak betul tentang orang tu. Woit! Cemburu tu bagus, usahakan untuk up dan kaya jugak macam orang tu, boleh ? Jangan sesekali gunakan taktik tak baik, atau kutuk mereka yang dah berusaha dengan cara yang elok, apa yang penting, jadikan rasa cemburu tu sebagai niat untuk menjalin persaingan yang sihat. 'Kau ingat kau seorang boleh cemerlang?"- so, apa tunggu lagi, usaha lagi, jom !
"Jauhilah kamu akan sifat dengki kerana sifat dengki akan memakan kebaikan kamu sepertimana api memakan kayu, atau sabdanya memakan rumput ". (Hadis riwayat Abu Daud)
Cemburu : Bila orang lagi popular dari kita
Ok, industri semasa sangat dibayangi konon popular ini best, yelah orang kenal, mesti dapat banyak kemudahan, kesenangan,macam indah di puji dan mesti kita rasa beliau dah kaya dan da sangat berjaya dah tu. Kita tak fikir banyak benda dia korbankan untuk jadi macam tu.Kadangkala sampai satu tahap beliau pun tak berapa selesa dan mahu jadi yang biasa-biasa juga. Jadi adalah indah jika hidup ini sederhana saja, kan? Tapi jika dah rezeki kita untuk jadi popular, kongsilah ilmu sebanyaknya, insyaallah mungkin itu adalah amal jariah yang paling cool dalam hidup ni.

Ok, if bab cemburu dalam cinta , maybe dalam entri-entri lain pula Anem akan kupas. Tapi tak tahu lagi bila. Terima kasih kerana sudi membaca. Silakan komen jika rasa nak tambah .

Sekian, salam maulidur rasul 1432 hijrah untuk semua.

" Kadang-kadang ALLAH sembunyikan matahari, DIA datangkan hujan petir. Kita bersedih dan tertanya tanya ke mana hilangnya matahari, rupa-rupanya Allah nak hadiahkan kita pelangi yang indah. "

19 yang menasihati

  1. cemburu biar bertempat kalau cemburu kerana nafsu memang merempat

    ReplyDelete
  2. cemburu ke arh memotivasikan diri itu lah lagi bagos :)

    ReplyDelete
  3. salam maulidur rasul

    salah kee kalu cemburu utk kebaikan...

    **moge sihat**

    ReplyDelete
  4. rindu untuk berasa cemburu..sudah lama tidak cemburu..

    ReplyDelete
  5. asalkan positive,,,semuanya akan menjadi baik..cemburu itu baik jika kita setakan dengan niat yg baik...InsyaAllah

    ReplyDelete
  6. assalamualaikum dik
    alahai rindunya nak menjjejak ke sini.
    dulu masa kak pregnant kan anak,
    sekitar 2007 dulu
    selalu lah ke sini
    jadi silent reader je
    sebab masa tu akak takde blog.
    dik,betullah kan,cemburu ni suatu perasaan yang tak terduga.
    erm,baru 2 hari lepas akak tunjukkan blog akak kpd salah seorang rakan sekrja akak(sebelum ni akak tak pernah beritahu kawan skerja yg akak ada blog peribadi, cuma blog educational je yg diorang tahu akak ada)
    tapi rupanya...adalah lebih baik akak tak beritahu blog akak kpd kawan sekerja.:(

    ReplyDelete
  7. Anonymous10:25 AM

    cemburu lam prsahabatan itu mmg sentiase ada,hukhuk2...

    ReplyDelete
  8. @mamai Wah ! falsafah tu pakcik . :)

    ReplyDelete
  9. @cun09Salam sis. eheh,sangat tak salah :)

    ReplyDelete
  10. @izwanyusof Wah ! seronok jugak jika hati sebersih itu :)

    ReplyDelete
  11. @Dinda Iva Insyaallah, asalkan positifkan dinda :)

    ReplyDelete
  12. @ummu
    Alaikummussalam akak.
    ya ALLAH, sangattak sangka, lama dah tu, kak.

    Terima kasih sudi datang dan membaca lagi. Kan.perasaan tu bagus. tapi tak bagus bila cemburu jadi benci.

    Sabar tau ,kak. kuatkan semangat:)

    ReplyDelete
  13. @senydreamHuhu. itu normal,takde, xbest pulak dik :)

    ReplyDelete
  14. Hurm,, cemburu nie boleh jd pergaduhan plak kn..
    tersentuh plak ble bce entry nie.. sbb sy dah alami situasi mcm nie..
    skang ramai yg da pndang serong kat sy n skang sy digelar sbg perampas bestfren org..
    adeh, nk kwn pun ade cemburu ke??
    stresss!

    ReplyDelete
  15. hai. nak tanya lah. klu memang wujud rasa cemburu bila sahabat rapat kita mula rapat dengan kawan lain, macam mana nak elak eh? apa patut buat bila rasa tu datang?kadang kita sedar cemburu tu boleh buat kita n sahabat rapat tu gaduh. tp nak buang tu macam mana ye?

    ReplyDelete
  16. Disebabkan tak dpt nak kawal perasaan masa nampak kawan rapat gila dengan org lain , saya terus menangis masa tu juga ... sejak hari tu saya da tak kawan dgn dia .. mungkin bgi dia saya mengongkong hidup dia ... so, kawal emosi .. jgn tnjuk sgt yg kita jeles ... jeles tak tentu pasal ...

    ReplyDelete
  17. Terima kasih sbb tulis nasihat2 ni..perasaan cemburu tu mmg sngat payah untk dibuang..

    ReplyDelete
  18. Salah ke kalau cemburu kawan kita ada kawan lain sampai lupakan kita?

    ReplyDelete

Untuk kesudian membaca dan memberi berkata-kata - saya berterima kasih.








Anem Arnamee © TERIMA KASIH ♥



click to te top