Salam. Hai. Saya Anem Arnamee. Terima kasih sudi datang, membaca mahupun berkongsi artikel blog ini. Maaf jika ada kekurangan & teguran amat dialu-alukan. Moga yang baik-baik selalu untuk kalian semua. Insya-Allah.

- Jika anda mahu sebarang kolaborasi/pengiklanan (review/ruang iklan) di blog ini boleh rujuk page ini.
- Jika ada pertanyaan lain, boleh mesej di facebook ANEM ARNAMEE atau e-melkan ke arnamee (at) gmail.com.

Kamu Budak Sekolah Agama !? : Sekolah Agama Menengah Jeram ( SAMJ ) yang kurindui .


Salam. Entah , mula dari matrik, sampai U, sampai la ni, ada yang xpercaya bila Anem cakap Anem dulu bersekolah agama. Kenapa? Sebab Anem ni agak gila-gila sedikit ke? Atau sebab dress up mahupun cara cakap Anem? Kadang-kadang tu wujud juga pelbagai pandangan skeptikal lain yang kurang menyenangkan . Mereka memang harap yang baik-baik sahaja sebab budak sekolah agama ni bawa nama agama (memang tanggungjawab agak lebih di situ), tapi, bukan ke yang tak sekolah agama pun dah memang bawa nama agama semenjak lahir . Wallahua'lam. Maaf . Hurm..Nah gambar tahun 2003 ,masa Anem  form 5.

Ginilah, dulu Anem bersekolah di Sekolah Agama Menengah Jeram [SAMJ] , sebuah sekolah asrama harian yang terletak di tepi jalan  Daerah Kuala Selangor [laluan Klang-Teluk Intan]. Mari Anem kongsi apa yang menarik di sana dulu:

7 kenangan peribadi yang Anem tak boleh lupa sepanjang Anem belajar di SAMJ sesi 1999-2003 :

* Mengajar mendidik jiwa dengan solat berjemaah, berusrah, mengaji al-quran dan lebih berdisplin. Paling nakal pun salin jawapan homework add math Julia dengan Rafeah time tu, nasib baik exam lulus owh. Hihi.

*Ustaz ustazah sangat tegas . Paling tak dapat lupa, pastinya Ustaz Hafiz, dia akan marah atau menghukum sesiapa yang nampak sangat tak serius dalam kelas Bahasa Arabnya! Anem paling tak dapat lupa bila Ros Faizah [Jaja] suka bebeno memanggil nama Anem untuk terjemah bahasa arab kat depan time kelas BA ustaz Hafiz tu, kesannya Anem dapat A2 Bahasa Arab tinggi , SPM. Tak jadi nak marah Jaja tau bila tengok result ! :)

*Lagi best sedare mara Anem : Raja Mahadi [Kini di Cairo], Raja Mohd Taufiq, Raja Aklema, Raja Najwa Munira Ashikin, Raja Idham Shahrul - semua sekolah sama juga ! Kami pergi sekolah naik basikal ramai-ramai taw!

*Pernah salah faham dengan Akak kelas Al-Farabi time tu, kebetulan Anem minat nak jadikan dia akak angkat, muka sebijik macam Siti Nordiana time tu, entah macam mana ada saudara anem xsengaja terguna nama Anem kacau sepupu akak tu yang sekolah situ juga, dah tu Anem yang kena marah depan lebih 10 orang kawan kakak tu kat depan kelas dia . Anem paling tak dapat lupa ayat dia , "Kau cakap betul-betul, kau jangan nak tipu aku "- Anem senyum je bila ingat balik. Kenangan yang mematangkan- tapi Anem tak marah sedare Anem tu pun, apatah lagi nak marah kakak tu, hidup kena saling memaafkan, happy2 , beb ! :)


*Ok, bab tak boleh blah bila wujud perbandingan . Dengar cerita ada tag team : Budak Asrama vs budak luar, Budak yang cikgu selalu sebut vs dengan yang biasa-biasa je , tapi Alhamdulillah lah, Anem rasa kawan-kawan Anem time tu semua best, baik yang asrama ke,luar ke, dalam list ke, tak ke - semua cool gila!

*Macam biasalah ramai budak-budak ,time kat sekolah menengah lah mula dah syok sendiri, utus surat, mula belajar sayang-menyayang, main-main kirim salam, akak angkat, adik angkat, gaduh-gaduh sayang, tapi ia agak terkawal, sekolah kain hijau katakan- time tu ! Tapi best bila dengar Ibnu Hubain kahwin dengan kawan kitorang jugak : Afiah [rujuk artikel lama ;sini] , satu SAMJ tu !


* Last tapi tak berapa last, bila hubungan Anem dengan kawan-kawan SAMJ berpanjangan : macam Anem dengan Hidayatul Haslin dan Siti Norimani, kami sampai ditakdirkan dapat matrik sama tau lepas tu , dah lah masa form 4 dengan form 5 duduk satu baris :). Dan bila akak angkat pertama Anem : Zurayani M.Shahari masih tak lost contact dengan Anem sampai sekarang .Kira dah 7 tahun dah kami keep in touch each other :) - alhamdulillah .

Firman Allah s.w.t yang bermaksud :
" Sebenarnya orang-orang yang beriman itu adalah bersaudara, maka damaikanlah di antara dua saudara kamu ( yang bertelingkah ) itu dan bertakwalah kepada Allah supaya kamu beroleh rahmat. "
(Surah Al-Hujuraat ayat 10)
Memandangkan ada FB, lagi memudahkan perhubungan sekarang. Tapi Anem segan kalau diorang nak buat reunion,just imagine, semua dah senang sekarang,dah kahwin, Anem jauh ketinggalan. Tapi sangat rindu ni. Wallahua'lam.

Link Facebook  : SAMJ

P/S: Insyaallah, sedang dalam proses memperbaiki dan mencari diri,jom usaha sama-sama !

23 yang menasihati

  1. anem igt jaja.....jaja pun dah x igt ble jaja sebut name anem......tp yg pasti bkn niat nk kne kn anem ye.....

    ReplyDelete
  2. hooooo kisah lama tuuuu :D kompem kalau ingat ko sengeh2 sendiri lol :D

    ReplyDelete
  3. bestkan alam persekolahan..rindunya..ohw penah study kat jeram eh...kanda kampungnya area jeramlah...

    ReplyDelete
  4. Wah, traffic blog ni agak tinggi ye sebab tersenarai dalam popular post kat gengblogger. Seronok baca entry ni.. teringat zaman skolah dulu duk asrama. Fly asrama, kawan kena buang asrama pun ada. ha3.



    Top 5 Entry Wajib Baca:

    Belajar SEO : Bukti Keyword Pada Tittle Jana Traffic

    Kesilapan Blogger Membuat Exchange Links!!

    SEO Tips : Bukti Keyword Gambar Tingkatkan Traffic Blog

    Kesilapan Besar Blogger Ketika Memberi Komen

    How to Download All Pictures in Facebook Albums

    ReplyDelete
  5. aku pun budak SAMJ gak..batch 2000-2004 hehe.. x sangke le jumpe kt gengblogger erk.. rindu zaman skola dulu..

    ReplyDelete
  6. SAMJ ye..
    kite nh kire satu sekutu la gak...
    sye dak SAMBES..
    tau x???
    hehe

    ReplyDelete
  7. Anonymous11:48 PM

    rindu kan pd kenangan2 dlu..dlu mak pon suh sy masuk sek agama tpi sy xmau xthu la sb ape,bebudak lom mtang lgi mse tu,huhu2..

    ReplyDelete
  8. sy budak skolah agama jugak..windunya zaman skolah..=)

    ReplyDelete
  9. @faizahitu anem tahu lah sygg , butsgt berbaloi <3

    ReplyDelete
  10. @Dinda Ivawah,sekampung dengan sikanda sis :)

    ReplyDelete
  11. @Mr DahaAlhamdulillah, dapat juga post ni tempat kat popular pos tu :)

    ReplyDelete
  12. @deedeeWah, satu sekolah kite. sebaya lah ni <3

    ReplyDelete
  13. @hanaTahu, popular sekolah tu, yg:)

    ReplyDelete
  14. @senydreamhuhu.tapi seriusly sgt best sekolahagama, dik:)

    ReplyDelete
  15. @izaFizakan sis, sngat rindu owh:)

    ReplyDelete
  16. now me is in SAMJ ... form 4 gitu ... SMA this year

    ReplyDelete
  17. rindu samj...99-00..hhaha..rosfaizah

    ReplyDelete
  18. TILL JANNAT.

    ReplyDelete
  19. ade syarat wajib ke nak masok SAMJ ni?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam. Sekarang saya tak pasti sistemnya bagaimana. Ikut pengalaman saya dulu, lama dah beberapa tahun dulu, dia akan lihat quota berapa orang nak masuk tahun tu. Jadi akan wujud perbandingan keputusan peperiksaan. Contoh kalau dari sebuah sekolah tu ada 4 pelajar saja layak masuk SAMJ, dan 5 orang memohon, maka dalam 5 tu siapa yang keputusan UPSR dan SPRA (PSRA) lebih baik akan paling dipilih. Wallahua'lam.

      Boleh rujuk link facebook yang saya dah update di penulisan ini untuk pertanyaan lanjut. Maaf dan terima kasih.

      Delete
  20. Anem. Jemput hadir Prog Tautan Kasih SAMj 2016 pada 27 Ogos 2016.
    Hubungi Ust ngisa - PK Pentd. - 0137675059
    Ajak rakan-rakan yang lain.
    T kasih.

    ReplyDelete

Untuk kesudian membaca dan memberi berkata-kata - saya berterima kasih.








Anem Arnamee © TERIMA KASIH ♥



click to te top