Salam. Hai. Saya Anem Arnamee. Terima kasih sudi datang, membaca mahupun berkongsi artikel blog ini. Maaf jika ada kekurangan & teguran amat dialu-alukan. Moga yang baik-baik selalu untuk kalian semua. Insya-Allah.

- Jika anda mahu sebarang kolaborasi/pengiklanan (review/ruang iklan) di blog ini boleh rujuk page ini.
- Jika ada pertanyaan lain, boleh mesej di facebook ANEM ARNAMEE atau e-melkan ke arnamee (at) gmail.com.

Setelah dua tahun kisah sedih itu


Dia senyum lewat hari itu memandang kami. Kami balas riak indah itu. Masa seakan terkaku seketika. Melihat wajah kedut itu tertawa dan kadangkala menahan senyum membuatkan kami terasa seakan mahu mencuri bahagia dia. Dia mengindahkan hati kami yang kerap gundah dengan pelbagai resam duniawi.

Namun hari itu sudah pergi jauh. Lari terperosok di lubuk jiwa hati kami. Dia berkali kata mahu pergi sendiri, minta ditinggalkan diri berkelana sepi. Kami sambut semula dengan gurauan mesra menyangka dia berseloka-seloka seadanya dia. 

Namun hakikatnya pada tarikh  6 Februari , namun pada dua tahun yang lalu dia benar-benar membawa diri, meninggalkan kami sepi. Menyahut panggilan kekasih hati. Dia Cik Yang yang kami kasihi, telah tiada lagi. Hanya kerinduan yang menemani kami seisi.


Semoga roh beliau ditempatkan dikalangan insan beriman bersama suami yang telah lama mendahului. Ya ALLAH, ampunilah dosa nendaku, Cik Yang yang sentiasa kami ingati.

Salam kejauhan daripada kami - yang bakal pergi jua nanti. Al-fatihah.
Kullu nafsin zaa iqotul maut- SETIAP yang bernyawa pasti akan mati (Ali-Imran  : 185)
Cerita penuh kisah sedih dua tahun lalu itu disini : Klik


11 yang menasihati

  1. dua tahun suda? kalau masih dikenang tu bagus la :D

    ReplyDelete
  2. Salam

    Al-fatihah untuk beliau. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalang orang yang beriman. Amin

    ReplyDelete
  3. Salam..alfatihah utk arwah cikyang
    semoga roh beliau ditmptkan dikalangan org2 yg beriman ..amin


    Baca ler: Kasihan budak tu

    ReplyDelete
  4. Al-Fatihah. semoga arwah ditempatkan bersama-sama org beriman..amin~~~

    ReplyDelete
  5. @Nescafe aisSalam, insyaallah encik..amin..harapmacam tu jugak :)

    ReplyDelete
  6. @atty'sSalam. al-fatihah. amin ya rabbal a'laminn:)

    ReplyDelete
  7. @aliesha kiranaAl-fatihah, doakan2 kita juga sama2 begitu :)

    ReplyDelete
  8. salam
    Al-Fatihah untuk beliau
    Semoga roh beliau ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman

    ReplyDelete
  9. @wazy
    Salam.al-fatihah. thanks ya, aminn:)


    @Hayati HamzahAlolo.rindu itu anugerah:)

    ReplyDelete

Untuk kesudian membaca dan memberi berkata-kata - saya berterima kasih.








Anem Arnamee © TERIMA KASIH ♥



click to te top