Salam. Hai. Saya Anem Arnamee. Terima kasih sudi datang, membaca mahupun berkongsi artikel blog ini. Maaf jika ada kekurangan & teguran amat dialu-alukan. Moga yang baik-baik selalu untuk kalian semua. Insya-Allah.

- Jika anda mahu sebarang kolaborasi/pengiklanan (review/ruang iklan) di blog ini boleh rujuk page ini.
- Jika ada pertanyaan lain, boleh mesej di facebook ANEM ARNAMEE atau e-melkan ke arnamee (at) gmail.com.

Al-fatihah buat jiwa-jiwa muda yang telah pergi


Assalamualaikum. Kematian dan Kepergian adalah sesuatu yang pasti. Sesuatu yang datang akan pergi.Namun masa kita, kita belum pasti. Ajal tidak mengenal usia. Belum tentu yang tua akan pergi dulu.  Selagi hidup bermuhasabahlah selalu.

Agak tidak terlambat untuk Anem menitipkan salam takziah kepada keluarga adik Kamalia Kamaruzzaman yang berusia 16 tahun (pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sultan Abdul Razak, Selekoh ) yang baru meninggal dunia pada 20 Mac lalu kerana penyakit LEUKIMIA. Serta seorang lagi insan, Qaseh Nuur Xerra bt Adam Kher, yang meninggal dunia beberapa hari kemudian, berusia 24 tahun,student master in Forensic psychology, Australia dan beliau juga adalah peminat setia Khir Rahman.


Kamalia- kisah beliau pernah keluar dalam surat khabar. [utusan : sini dan sini ]


Xerra- Kisah anak yatim piatu yang gagah melawan penyakit seorang diri di Australia mampu menjadi motivasi ramai insan . [Baca ceritanya : klik sini]

Amalan untuk dihadiahkan kepada mereka yang telah pergi [arwah / almarhum ]

-Doakan mereka agar mendapat rahmat dan keampunan
-melaksanakan janji,wasiat dan amanah
-hormati sahabat mereka
-menyambung hubungan persaudaraan
-tunaikan umrah dan haji yang belum terlaksana
-bersedekah dan beramal bagi pihak
-gunakan harta untuk kebajikan
-bayar hutang-hutang mereka.

Etika berkaitan Jenazah dan Takziah :

- Segera menguruskan jenazah dan mengebumikannya
- Tidak menangis dengan suara kuat dan tidak meratapinya
- Disunatkan menghantar jenazah hingga ke kubur
- Memuji si mati dengan menyebut kebaikan-kebaikannya.

Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya : "Janganlah kamu mencaci orang yang telah mati kerana mereka telah sampai kepada apa yang telah mereka perbuat ." (Riwayat al-Bukhari)

- Memohon ampun untuk si mati
- Sunat menghiburkan keluarga yang beduka dan memberikan makanan kepada mereka


Nota : Al-fatihah. Kullu Nafsin Zaaiqatul Maut ! Setiap yang bernyawa itu pasti akan mati. Inalillah wainailaihi Rajiun. Sesungguhnya kita semua adalah milikNya dan kita pasti akan kembali kepadaNya.

10 yang menasihati

  1. tersentuh jiwa bro...

    hope bro juga tabah seperti mereka

    ReplyDelete
  2. Al-fatihah..

    my beloved abah pon baru ja meninggalkan kitorang 25 mac lepas

    ReplyDelete
  3. AL FATIHAH.

    ALLAH lebih menyayangi mereka.
    (:

    ReplyDelete
  4. Allah.. sayu tetiba.. bila baca artikel ini diiringi lagu sayu dari suatu blog..

    Allah lbih sayangkan mereka... dan mati itu semakin menghampiri kita..

    ReplyDelete
  5. sedihnye... miss org2 yg telah pergi :(

    ReplyDelete
  6. @Bro Framestone : InsyaALLAH Bro:)
    @TMUkmkd : Al-fatihah
    @Mfs : Al-fatihah. Inalillah .
    @annadzirah : Sesungguhnya.
    @Faaein Himura : Semakin. Perlu insaf.
    @meow : Sangat juga:(

    ReplyDelete
  7. Al-Fatihah untuk Xerra.
    Kematian memang tak kira tua atau muda.
    SIhat atau sakit.

    I've lost my bro-in-law last two years sebab accident.
    Paling sedih sebab 15 minit before dia pergi tu, dia ada call. Teringat sampai sekarang.
    I love him so much even he is not my blood brother but for me, dia memag seorang adik & abang yang sangattt baik juga anak yang baik semestiya.

    ReplyDelete
  8. selalunya lepas sembahyang iva akan sentiasa sedekahkan Al-Fatihah pada mereka yang telah pergi mengadapNya,..moga roh mereka didalam golongan orang beriman...amiinnnnn

    ReplyDelete
  9. @Nailah Azman: Al-fatihah. Mesti rindu kan kat dia? Semoga dia dipermudahkan di sana, insyaaALLAH. Kematian itu memang pasti. Dan sangat perlu selalu diingat diri.:)
    @Dinda Iva : insyaALLAH, semoga roh mereka ditempatkan di kalangan orang beriman, Aminn. Bagus apa akak buat tu. Semoga kita semua sama-sama amalkan :)

    ReplyDelete

Untuk kesudian membaca dan memberi berkata-kata - saya berterima kasih.








Anem Arnamee © TERIMA KASIH ♥



click to te top