Salam. Hai. Saya Anem Arnamee. Terima kasih sudi datang, membaca mahupun berkongsi artikel blog ini. Maaf jika ada kekurangan & teguran amat dialu-alukan. Moga yang baik-baik selalu untuk kalian semua. Insya-Allah.

- Jika anda mahu sebarang kolaborasi/pengiklanan (review/ruang iklan) di blog ini boleh rujuk page ini.
- Jika ada pertanyaan lain, boleh mesej di facebook ANEM ARNAMEE atau e-melkan ke arnamee (at) gmail.com.

Gempa Bumi dan Tsunami di Jepun, terkesankah kita?


Dushh ! Melihat air laut menuju daratan menolak kenderaan dan rumah-rumah dalam video di youtube yang tersiar di tv itu hampir meragut hati sebahagian kita. Ada yang menggelengkan kepala, ada berishtighfar semerta, ada yang bertakung air mata dan ada juga yang memanjat syukur tak terkira dengan keselamatan kita di sini. Tapi ada juga sebahagian daripada kita lihat ia sesuatu yang biasa saja. Gempa bumi  8.9 skala ritcher , pada 11 Mac 2011 paling teruk dalam tempoh 40 tahun di Jepun itu, di lihat biasa ? dan kemudian diikuti sekurang-kurangnya 20 gempa susulan bermagnitud 6.0 skala ritcher atau lebih tinggi selepas itu.

Bagi yang mempunyai kawan , keluarga dan rasa cinta dengan sebahagian di sana, pastinya terkesan di jiwa. Namun bagi sebahagian yang kosong jiwa, tiada kaitan katanya, paling kurang, cubalah belajar rasa manusia. Hulurkan doa dan sokongan kita.  Tunjukkan simpati walau secubit dua. Sesungguhnya memang ia satu pengajaran, untuk muhasabah diri kita di bumi indah Malaysia yang masih selamat. Alhamdulillah, kan ?


Terkini dimaklumkan kemungkinan yang terkorban adalah dalam 10000 orang, dan kini ramai yang membicarakan tentang keadaan kebocoran radiator nuklearnya. Malahan ramai yang terputus bekalan air dan elektrik.Semoga semuanya selamat untuk rakyat di Jepun dan rakyat kita serta semua di sana, insyaAllah. Mereka di duga untuk menjadi lebih kuat, semoga mereka kuat .

+ Gambar Lapangan terbang Sendai di Miyagi, Jepun [sebelum dan selepas tsunami ] #prayforjapan :

BEFORE:

AFTER:

                                                    
+ Pictures credits goes to : CBSNEWS & BUZZFEED
+Entri tentang hikmah musibah sini : [klik]
P/S : Suka baca entri ustaz hasrizal  Tsunami Akal dan Budi di Tanah Air Sendiri

9 yang menasihati

  1. Kesian kan?
    Semoga mereka tabah.
    Semoga juga manusia tidak semakin leka denganNya.

    ReplyDelete
  2. dikhuatiri ada gelombang kedua tsunami atau mungkin gegaran susulan.
    semuga Jepun mengambil langkah berjaga2..

    ReplyDelete
  3. hurm,,, bersyukur krana kita di sini brada dlm keadaan selamat. sm2 la berdoa :)

    ReplyDelete
  4. teruk btul...akk tgk berita pn dh rasa gerun...syukur kita masih bernyawa...

    rindu anem!;)

    ReplyDelete
  5. semoga kita di sini selamat..

    **jemput singgah butik ghumaisha...klik like fanpage dan jd blog follower utk mendapatkan update tudung2 terkini di pasaran. tq **

    ReplyDelete
  6. semoga saudara kita yang d sana baik-baik saja.

    ameen.

    =)

    ReplyDelete
  7. @~CiK TiNieY~ Rindu sis jugak.

    Demikian kan, semoga mereka selamat :)

    ReplyDelete
  8. hmm.. bahaya radiasi sehingga kini masih menghantui perasaan kami di Jpon nih.. mohon doa kalian~

    ReplyDelete
  9. @kyo_9Insyaallah, kami pasti doakan .Semoga tabah ya kalian :)

    ReplyDelete

Untuk kesudian membaca dan memberi berkata-kata - saya berterima kasih.








Anem Arnamee © TERIMA KASIH ♥



click to te top