24 Tahun pada 19 April itu

*Gambar dengan Yuna*

Kebanyakan penulis blog (blogger) akan menulis sebuah entri pada hari lahir mereka . Cerita suka duka dan impian serta nukilan muhasabah kerana sudah menginjak dewasa. Sementelah masih bernafas, kesyukuran dipanjat ketingkat teratas. Alhamdulillah. Masih bernyawa, menghirup udara segar. Melihat dunia yang sempurna, manusia yang pelbagai rasa dan berkawan dengan semua usia. Hakikatnya , akuilah jiwa sudah tua. Dimamah masa. Bila pula akan pergi untuk selamanya, wallahua'lam.

Tahun 2011, tahun biasa sama macam tahun lalu. Dengan lebih kurang jalan cerita, dan dimulai dengan rasa luka sedikit. Susah nak cakap yang sekarang ini benar-benar bangkit walau sudah cuba dengan rasa. Dan penawar sudah ada. Kegagalan menjadi manusia penyumbang, kegagalan menjadi manusia disayang, bukan sedikit tapi lukanya amat perit.

Masih tergiang semalam, dihujani kata-kata mereka yang seolah Anem ini ramai yang sayang suka dia. Sedangkan Anem sendiri kata dia hanya mampu-cuba beli jiwa. Sehabis baik jika mampu mengembirakan dan memberi bahagia, Anem akan layangkan dengan rasa penuh dari jiwa. Tolong jangan dipulang rasa, jika pernah dulu diambil disimpan untuk duduk dalam raga. Sila simpan, buat kenangan sampai terpejam mata.

Untuk yang pernah merasa, malah sedang menelan saat indah bersama si dia, hargailah sementara masih bersama, jika diizinkan tuhan jauh jaraknya, jangan pula sedih terasa, kerana dalam sesebuah perhubungan itu akan diduga dalam baik mahupun buruk gayanya. Percayalah dalam semua perkara hikmah itu ada. Cukuplah dengan rasa yakin-percaya yang rasa sayang xakan hilang jika bertahan dengan sebaiknya.

Sekarang Anem mahu cuba bangkit menjadi insan lebih baik untuk menjadi si sulong yang tahu apa erti seorang anak kepada emak, seorang pewaris kepada bapak dan erti diri menjadi kakak. Tidak mahu terus menghentak dahi , menginjak bumi, Anem mahu menjadi lebih beerti kepada umat dunia seisi.

Mungkin, Anem sering disalah erti, dengan  pelbagai kesalahan , dosa noda dilakukan diri, namun dalam tidak mengharap penuh untuk semua mengerti, cukuplah Anem hulurkan rasa terima kasih kepada semua insan yang masih menyayangi diri ini, mengingati  Anem , menghargai diri ini serta bersama dalam susah senang kehidupan duniawi. Didoakan agar kita sama-sama dipermudahkan juga dalam kehidupan ukhrawi . Maaf untuk setiap salah kata dan pekerti . Untuk diri, selamat hari jadi !

P/S : Mahu terus peluk detik indah.


13 yang menasihati:

  1. happy bufday sis..semoga ALLAH bless your life always...=)

    ReplyDelete
  2. selamat meningkat usia anem!!sayang anem!!

    ReplyDelete
  3. semoga terus bahagia....niat untuk jadi manusia yang berguna itu sudah cukup mulia buat kita insan biasa

    ReplyDelete
  4. hepy bufday anem..;)

    ReplyDelete
  5. selamat hari lahir kak anem..:)

    ReplyDelete
  6. Selamat hari lahir meski agak terlambat. Moga hari yg mendatang menjadikan anem terbaik dr sebelumnya

    ReplyDelete
  7. he2 kat sini pun-happy birthday kak anem..tinggi jugak yuna ek/rendah jugak kak anem ek?he2..

    ReplyDelete
  8. Happy Belated Birthday semuga sukses dunia akhirat

    ReplyDelete
  9. wah!! tgginya yuna!

    ReplyDelete
  10. hey. tq kerana folow blog saya.
    selamat hari laher yang terlewat ucap!
    :) semoga semuanya indah-indah saje!

    ReplyDelete
  11. as-salam anem..

    memang nampak tinggilah yuna tu..

    walaupun dah lepas.. nak wish lagi.. smoga Allah sentiasa memberkati hidup anemm... =]

    ReplyDelete
  12. sweet anem...

    i proud of u...1st time bukak ur blog, nice entry, nice word, nice spirit....

    buktikan yg u boleh jadik sister, anak & individu yg berguna & baik :)

    ReplyDelete
  13. Alhamdulillah, terima kasih semua, insyaallah. May ALLAH bless u always ;D

    ReplyDelete

Untuk kesudian membaca dan memberi berkata-kata - saya berterima kasih.





Anem Arnamee © TERIMA KASIH ♥



click to te top