Kisah Pelajar Tujuh Tahun Dengan Tujuh Ringgit


Kisah adik Saiful Syazani Saiful Sopfidee , anak yatim yang berusia 7 tahun itu ramai yang dah tahu dan rasa simpati dikongsi oleh semua orang di Malaysia. Adik itu yang merupakan murid tahun satu sebuah sekolah agama persendirian di Arau, meninggal dunia di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), Alor Setar, pagi 3 April 2011 lalu, selepas koma sejak tiga hari sebelum itu akibat parah dibelasah gurunya.

Guru tersebut telah memohon maaf namun kini, guru yang juga penyelia asrama berusia 26 tahun itu disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang boleh membawa hukuman gantung sampai mati jika sabit kesalahan. Kini beliau masih direman dan kes ini masih dalam siasatan polis.

Ya, mungkin adik ni nakal , kali ni tak mengaku mencuri RM 7, namun jika betul sekalipun, hukuman paling jauh yang boleh dikenakan amaran atau gantung sekolah, mungkin selain tindakan displin yang telah ditetap garis panduan. Wallahua'lam. Anem tak bijak nak cakap banyak.

Untuk keluarga angkat dan keluarga kandung adik berkenaan semoga tabah . Salam takziah Anem ucapkan. Al-fatihah. Semoga perkara ini dijadikan pedoman dan diambil iktibar ramai pihak.Wallahua'lam.

Sumber dipetik-petik : [Metro]


13 yang menasihati:

  1. kecian budak yang xberdosa nie..takziah untuk keluarga mereka.

    ReplyDelete
  2. bila dah marah, syaitan yang menjadi raja....

    ReplyDelete
  3. salam dik...

    Al-fatihah...

    nafsu amarah yg tak dpt dikawal...

    ReplyDelete
  4. Hmm.. kpd guru2, mmg tugas mereka rumit. Tp kena ada ilmu psikologi sbb kalau hukum budak2 tp xberumah, maknanya cr tersebut xberkesan, kena kreatif... just my opinion

    ReplyDelete
  5. Anonymous7:11 AM

    akal dah tercemar terkena kesan radiasi minum air hujan free,

    ReplyDelete
  6. anem..

    skolah presendirian tue dekat jejawi area arau jgk..husz tau skolah mana dekat je ngan area rumah husz..skolah tu sbnrnye skolah untuk ORANG PAS..pelik jugak yee..ramai org yg xsabar dah smpai melibatkan nyawa..sian kekanak tue..

    ReplyDelete
  7. Kasian nya....huhuh umur 7 tahun......


    http://zarina-duludankini.blogspot.com

    ReplyDelete
  8. sy terharu tgk kecomelan wajah adik ni tak selayaknya nk dituduh pencuri. innocent sgt muka dia. mn tgggjwb si bapak kali terakhir jumpa anak setahun yg lepas..

    ReplyDelete
  9. sekarang sesapa nak jadi cikgu kena dapatkan pemeriksaan kalau ada sakit mental or not...urm..dunia makin mengarut...Takziah pada keluarga arwah...sabar dan tabah..ada hikmah disetiap kejadian....berat mata memandang..berat lagi bahu memikul..tapi hidup harus diteruskan....

    ReplyDelete
  10. salam takziah buat keluarga mangsa..

    ReplyDelete
  11. @zeeyra esa : Kesiankan.
    @a kl citizen :kena kuat. itu juga dugaankan.
    @cun09 : Salam kak. al-fatihah.
    @gilastats : Yerp. Setiap orang kadangkala perlu layanan berbeza.
    @Anonymous : Allahuakbar.
    @lalink7 : Owh. takdir, husz. Wallahua'lam kan.
    @Hyundai Sport : Muda . dah ajal.
    @leyzajamil :Sangat comel . Betul :)
    @Dinda Iva:Pekerjaan apa pun, perlu ada saringan demikian, sis. Wajarnya.
    @ddu : Salam takziah.

    ReplyDelete
  12. tahziah bt keluarga mereka..bru thu creter ni selepas bce entry kak anem ni..keciam..:(

    ReplyDelete

Untuk kesudian membaca dan memberi berkata-kata - saya berterima kasih.





Anem Arnamee © TERIMA KASIH ♥



click to te top