Lagu Biar Buat Abah


Masa Along menulis entri ini, Along benar-benar fikirkan Abah. Along tahu Along bukan macam anak sulong lain yang boleh diharap menyumbang.Tatkala along mula merasa dunia mula menolak Along, Abah dan Emak tampil menyokong -" itu asam garam , selalu diduga-duga kita ". Wajarnya Along segera bangkit. Wajar. Tapi Along hati kecil, diam sepi terus bila gagal menjadi orang . Bila suara-suara membunuh dari dunia tampil membaham Along, Along makin hilang. Hilang dalam ruang Along sendiri .





[Lagu Biar - Fynn Jamal - untuk semua ayahanda di dunia *sebak* ]


Lesen - patutnya Along dah lama ada, bukan harap Abah saja jadi driver. Duit- patutnya Emak Abah dah lama kaya, nak apa, pasti Along boleh turutkan saja. Hal itu ini, ada yang wajar diperolehi dah lama, tapi semua ALLAH tetapkan takdirnya, bukan Along tak cuba jaya, tapi itu itu juga jalan ceritanya. Maafkan Along kerana terkadang menjadi beban,  maafkan Along, selalu melawan-lawan, maafkan Along ada tersengaja melanggar peraturan, maafkan Along sering alpa dengan perintah tuhan. Maaf kerana lari dari harapan . Maaf untuk seribu satu perbuatan. Serta kezaliman.

Doakan Along agar diberi kekuatan. Mahu segera bangkit dalam penghidupan. Dan masih boleh membanggakan kalian-kalian.


Untuk abah ,  Encik Baharudin Bin Husain, selamat hari abah , selamat hari ayah , bukan untuk hari ahad minggu ketiga setiap bulan jun sahaja, tapi untuk hari-hari Along menjengah dewasa, menjelang hari-hari tua dunia. Selamat- semoga dipermudahkan abah segalanya, dunia akhirat juga. Along sayang abah sangat. Terima kasih ayahanda, daripada anakanda yang masih tak punya apa. Sedang zero .

 
Mahu jadi sesuatu. Dengan harapan. Doakan.
..........................

Nota : Lirik lagu Biar Fynn Jamal tercatat di tumblr beserta ruang play nya sekali di sini :> klik jika sudi . Sekian.


6 yang menasihati:

  1. *peluk*

    kalau abah along baca,
    mesti abah along sebak.

    ReplyDelete
  2. sebak ==' - sayangg ayah <3

    ReplyDelete
  3. sayu je bc entry ni.. xpe.. masih belum terlambat utk berubah.. chaiyookkk!! ^_^

    ReplyDelete
  4. seronoknyeeee bce ur entry and dat arts word,..seolah2 bce ank ddik fynn jamal,.i like,.hehe,.


    doa wadah utama bg ank2 yg jauh untuk disedekahkn pd ibubapa,insyallah,smpai ke syurga,.

    ReplyDelete
  5. @Fynn Jamal : Kak Fynn !! Terima kasih sudi baca ni *peluk* :D
    @**::CIKNUURUL::** : Anak didik ? Jauh tu. segan Anem.

    Buat semua, terima kasih.insyaallah ya :D

    ReplyDelete

Untuk kesudian membaca dan memberi berkata-kata - saya berterima kasih.





Anem Arnamee © TERIMA KASIH ♥



click to te top