Salam. Hai. Saya Anem Arnamee. Terima kasih sudi datang, membaca mahupun berkongsi artikel blog ini. Maaf jika ada kekurangan & teguran amat dialu-alukan. Moga yang baik-baik selalu untuk kalian semua. Insya-Allah.

- Jika anda mahu sebarang kolaborasi/pengiklanan (review/ruang iklan) di blog ini boleh rujuk page ini.
- Jika ada pertanyaan lain, boleh mesej di facebook ANEM ARNAMEE atau e-melkan ke arnamee (at) gmail.com.

Lelaki tua separuh abad



Hati ini runtuh tatkala melihat tangan terketar-terketar mengangkat sayur dari dalam bekas itu. Perlahan-lahan jalan membongkok, dia tidak larat pun mengangkat kaki. Diseret-seret selipar koyak duduk perlahan di tepi meja . Dia membuka mulut , menggigil melepas lelah lapar dengan nasi separuh dan sayur yang sedikitnya itu. Pakaian kerjanya - apron didada tak dibuka. Rutinnya sebagai pencuci pinggan di kedai sebelah membenarkan aku menanam kasihan acap kali menatap wajah lelaki tua cina itu .

Rambut putihnya di usap perlahan, mata kecilnya lihat tidak lihat jalan. Entah jelas tidak pandangannya. Waktu alas perutnya sama waktu denganku. Melihat dia membuatkan ku berfikir si ayah atau datuk kepada cucu ini masih menyara diri kerana tidak mahu berehat duduk saja di rumah atau memang anak-anaknya entah ke mana. Aku tak kan sebarang menelah, nanti tidak berpahala. Cukuplah kusedar keringat tua itu wajar didoakan agar terus kuat menandatangi hari-hari akhir tuanya.

Itulah ,antara ribuan kisah- sedikit, sempat ku kongsi kali ini .

Penghijrahan dari Selayang, Selangor ke Teluk Intan, Perak setelah hampir sebulan ini , banyak membuat diriku mensyukuri nikmat dan rahmat dari tuhan - yang sering aku lupakan dan kadangkala aku lawankan . Memang aku insan- sering kealpaan . Hakikat hidup penuh ketidakpandaian.

Maafkan aku, tuhan.

4 yang menasihati

  1. eh, dah jadi org perak?

    yea2.. kite bakor kite bakor...

    ReplyDelete
  2. Kehidupan orang laen sememangnya kadangkala mampu mematangkan diri =)

    ReplyDelete
  3. ainreen1:52 PM

    kesusahan itu dapat mengajar kita erti kehidupan dan menghargai sesuatu tentang hidup ucapkan syukur jika hidup kita dalam keadaan baik tapi ingat selalu kita selalu diperhatikan yang satu..tanpa kita sedari
    puitis..
    jangan menangis jika ditimpa musibah..
    jangan bersedih kerana kita sering diuji
    jangan meratapi dengan apa yang terjadi tapi redhai...
    agar kehidupan itu akan menjadi lebih baik dari yang semalam..

    ReplyDelete
  4. ainreen2:02 PM

    jangan kita memandang tinggi tapi yang tinggi itu adalah Allah
    jangan kita memuji diri...kerana kita masih lagi hina..dari air mani yang tidak berharga kita menjadi manusia...bangun dan sedarkan diri kita siapakah kita dimata Allah..adakah kita masih layak berhadapan dengannya setelah kita melakukan kesalahan.. sesungguh aku berasa malu pada mu Allah...ampunkah aku sesungguhnya kau lah maha pengampun segala dosa ku..

    ReplyDelete

Untuk kesudian membaca dan memberi berkata-kata - saya berterima kasih.








Anem Arnamee © TERIMA KASIH ♥



click to te top