Seth tan nora elena vs Gambit yang parah



Semua kita mempunyai elemen taste berbeza terhadap seseorang di luar sana. Ada suka yang baik- baik , pendiam , ada suka nakal- nakal . Ada suka yang hitam manis , ada suka yang separa gelap atau sawo matang. Tapi tak kurang suka putih gebu dan baby face. Apa-apalah, asal hati dah suka, layankan saja.


Fenomena benar si Seth tan Aaron Aziz ni. Bila ramai para isteri terfeel , termarah , bila wujud lelaki watak adaptasi novel kasih yang suci karya Meen Zulaikha itu, adakah jejaka sebaik macam dalam drama bersiri Nora Elena itu, suami seromantis itu, si kacak setabah , sesabar itu? Wujudke? Watak dia lagi kick, gila baik dari watak Razif lakonan Rosyam dalam drama trilogi cinta adaptasi novel juga . Itu pun fenomena. Suami baik yang sudi terima isteri yang ada lelaki lain. Dan sanggup menjaga pula ketika isteri lumpuh.

#Adegan seth bagi bunga ni paling ramai suka + gila
[ Klik PLAY  > ]







seth tan:eh,bungalah!
nora elena:bang,bunga ni untuk siapa?
seth tan:entah,abang ada beli untuk ayang abang nama nora,kenal?
nora:kenal! bila masa pulak abang beli ni?
seth:masa nora kat kedai buah.abang beli senyap-senyap dengan tauke kedai bunga tu,suka?
nora:suka.
seth: lain kali jangan marah-marah.
nora:sorry...banyak sangat surprise abang ni.
*dialog dalam drama nora elena*

Si seth tan ini telah memberi harapan kepada para gadis belum berkahwin untuk kalau-kalau terjumpa jejaka baik seperti beliau. Mimpi satu dalam sejuta mungkin. Romantis dengan surprise . Ada bunga, dan gurau nakal. Oh! Tipu nya. Tapi dah nama pun drama. Dan nama pun Novel, bukan? Dan jangan berharap, cuma berdoalah. *dengan izinNYA*

Gambar Keluarga bahagia Aaron Aziz [isteri dan anak-anak] :





_______________________________

Lagi satu ni pula tentang pelakon lelaki siong - Gambit saifullah yang cetus kontroversi sendiri dengan penyebaran di youtube video klip arahannya marilah nyanyian prema yin , dan modelnya shah jaszle. Ramai kata lucah, ghairah. Bagi yang biasa tonton video klip (mv) terutama hollywood, bollywood, jpop, kpop bagai, memanglah ia biasa-normal. Kot.


Masalahnya,Gambit,  ISLAM,  melayu , tinggal di Malaysia. Bila islam dia buang terus dari nama dia yang bermaksud pedang ALLAH itu , ia sangatlah menyedihkan. Boleh fikir dulu kan sebelum semuanya? Betul, kot dia urban, fikiran international kan, sangat open minded, mahu intai pasaran luar, NAMUN , hasilnya kasihan. Kelakar, bila dia terus melawan dengan maki hamun dan carut marut dengan para penulis blog / Blogger di twitter dan facebook dia. Dan jika inilah CARA populariti yang dia mahu raih, dia dapat dah, berjaya dah . Ramai tulis dah tentang dia, termasuk juga Anem arnamee. Haha.

Dunia- macam-macamlah.

@arnamee= taip entri ni asyik nak taip nama maria elena pulak dah *pemilik blog peliks.blogspot / vlogger popular tu*. haish . anem anem.





10 yang menasihati:

  1. Anonymous10:18 AM

    Cite melayu. the truly seth tan tu perogol nora elena. haha

    ReplyDelete
  2. salam kak anem,
    aceh2 akak pun layan gak nora elena.he2.memang demam cerita tuh gak.he2.citer melayu macam nora elena,juvana ni la yang bagus..

    ReplyDelete
  3. belum berjangkit penyakit angau ke seth tan... alhamdulillah

    ReplyDelete
  4. menarik pada ayat "wujud ke?" [lelaki baik]..
    pada saya, sebagai muslim, kita kembali pada ayat-Nya.- "Lelaki yang baik untuk perempuan yg baik,begitu juga sebaliknya". So, kalo nk yg baik tapi perangai sendiri x berapa nak baik, mana nk jumpa kan..apa yg penting dalam kehidupan ini, hiduplah dalam keceriaan dan jgn menyusahkan org lain..:)

    http://pyejal.blogspot.com

    ReplyDelete
  5. hehehehe. fenomena seth tan tengah melanda.tapi,sebab xfollow sangat so mcm xangau. if follow ni mmg parah nnti.hahahaha!!! tgk sikit2 cite nora elena ni pun dah angau -..-

    ReplyDelete
  6. seth tan tu rogol nora elena sebenarnya
    xsabar tunggu next week apa jadi
    hehehehe
    gambit?
    hurm
    malas nak cakap dah
    hahaha

    Review Filem KL Gangster

    ReplyDelete
  7. huhuhu.... knplah name seth tan? mcm setan je

    ReplyDelete
  8. komen dr gambit ni memalukan je rasanya..

    hi anem..lame xsinggah sini..hehe...

    ReplyDelete
  9. sblm seth tan keluar kat tV..
    2 tahun lepas kawan aku penah bg bunga kat gf dia camtu lah..
    dia suruh gf dia ambik sumting kat bonet.. n gf dia bukak bunet ada ros!
    hehehe

    ReplyDelete
  10. @pyejal : Terima aksih untuk ayat itu:D

    ReplyDelete

Untuk kesudian membaca dan memberi berkata-kata - saya berterima kasih.





Anem Arnamee © TERIMA KASIH ♥



click to te top