Salam. Hai. Saya Anem Arnamee. Terima kasih sudi datang, membaca mahupun berkongsi artikel blog ini. Maaf jika ada kekurangan & teguran amat dialu-alukan. Moga yang baik-baik selalu untuk kalian semua. Insya-Allah.

- Jika anda mahu sebarang kolaborasi/pengiklanan (review/ruang iklan) di blog ini boleh rujuk page ini.
- Jika ada pertanyaan lain, boleh mesej di facebook ANEM ARNAMEE atau e-melkan ke arnamee (at) gmail.com.

Drama Tahajjud Cinta yang ku terlayankan


Anem terlayan pula drama baru di slot Zehra yang memperjuangan kehidupan wanita , penuh konflik, serta penuh semangat karya Eirma Fatimah ini. Sinematografi dan skrip pun cun. Pelakon-pelakon semua hebat-hebat. Okeh, terus layan!

 Aku mahu menjadi pejuang, menjunjung tinggi kemanusiaan


Lirik Lagu Merpati - OST Tahajjud Cinta TV3
(Lagu tema drama tahajud cinta yang dinyanyikan Astrid dan Zamani)

Mengering sudah bunga di pelukan
Merpati putih berarak pulang
Terbang menerjang badai
Tinggi di awan, menghilang di langit yang hitam

Selamat berpisah kenangan bercinta
Sampai kapan kah jadinya
Aku harus menunggu
Hari bahagia seperti dulu

Bersama kasih kembali mesra
Bercumbu lagi memadu satu
Janji berjuta bintang
Dalam pelukan sehangat pagi
Yang terang

Selamat berpisah
Kenangan bercinta
___________________________________



SINOPSIS DRAMA TAHAJUD CINTA

Ketaatan dan cinta kepada agama mampu mendorong seseorang melakukan perkara-perkara murni apatah lagi untuk melakukan sesuatu yang luar biasa. Berbekalkan naluri, cita-cita dan semangat perjuangan harmoni, tiada sempadan dan halangan yang tidak dapat direntasi mahu pun tentangan atau dugaan. Berlainan pula bagi cinta, yang berupaya mengubah mana-mana insan atau pegangan apabila ia dimanipulasikan oleh nafsu dan tipu daya. Mampukah dua orang wanita solehah menempuh onak dan duri disebalik hasrat murni kedua ibubapa mereka?

Tahajjud Cinta lakonan hebat Fazura, Fouziah Gous, Eman Manan, Remy Ishak, Shahz Jaszle, Fazreen,Tiz Zakiah, Aaron Aziz, Dato’ Jins Shamsuddin, Norish Karman, Neelofa, Ahmad Tamimi, Eirma Fatima, Dira Abu Zahar, Ziela Jalil, Azizah Mahzan, Heryanto, Fadhilah Mansor dan Melissa Saila mulai 8 Julai 2011, setiap hari Jumaat jam 9.00 malam di slot Zehra.

Diterbitkan oleh Rumah Karya Citra dan diterajui oleh Eirma Fatima sebagai pengarah & penulis skrip, TAHAJJUD CINTA mengisahkan pengorbanan dua orang wanita, Citra Maisara (Fazura) dan Seri (Fouziah Gous) dalam memperjuangkan kebenaran, hak asasi dan reputasi kaum hawa. Berasal dari dua latar belakang yang berbeza, Citra merupakan anak perempuan kepada pasangan suami isteri yang merupakan peneraju sebuah syarikat gergasi. Selama 5 tahun belajar di luar negara, ibu bapa Citra sama sekali tidak mengetahui bahawa anaknya yang dihantar ke London untuk mengikuti kursus Perundangan Sivil telah berhijrah secara rahsia ke Jordan untuk mendalami jurusan Perundangan Syariah. Di situ, Citra bertemu semula dengan kawan karibnya, Seri yang berkongsi cita-cita yang sama.

Perjalanan hidup mereka mula dihujani dengan pelbagai dugaan dan tekanan hebat setelah pulang ke pangkuan keluarga masing-masing di Malaysia. Sekembali di Malaysia, ibu bapa Citra sangat terkejut dengan perubahan dan kelulusan yang diperolehinya. Begitu kecewa dengan tindakan Citra, ibu bapanya tidak merestui Citra yang berazam untuk meneruskan impiannya sebagai seorang peguam Syariah.

Namun, segalanya berubah apabila kakaknya, Emelda (Tiz Zakiah) terseksa akibat keganasan yang dilakukan oleh suaminya (Heryanto). Melihat kesungguhan Citra membela Emelda daripada penindasan suaminya, ibu bapa Citra akhirnya merestui perjuangannya.

Berlainan pula dengan nasib Seri, di mana dia terpaksa melupakan cita-citanya sebagai peguam Syariah. Di atas permintaan bapanya (Ahmad Tarmimi), Seri dipaksa bernikah dengan Ustaz Shauki (Eman Manan) yang selama ini telah membiayai pengajiannya Seri di luar negara. Malangnya, Seri menjadi mangsa deraan Ustaz Shauki yang sudah mempunyai 3 orang isteri (Eirma Fatima, Melissa Saila & Dira Abu Zahar). Seri juga terpaksa melupakan cintanya terhadap Solohudin (Remy Ishak), anak kepada Ustaz Shauki.

Situasi ini juga menghiris perasaan ketiga-tiga isteri Ustaz Shauki yang juga sangat cemburu terhadap Seri. Walaupun terseksa, demi keluarga Seri tetap tabah dan redha meneruskan hidup, jauh dari cita-citanya yang ingin berjaya sebagai seorang peguam Syariah. Akan tetapi, situasi bakal berubah apabila munculnya Armani (Neelofa).

Jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan jawapan tersirat di dalam TAHAJJUD CINTA yang menggabungkan 19 pelakon berbakat di slot Zehra, sebanyak 13 episod, bakal menemui penonton bermula pada 8 Julai 2011, setiap hari Jumaat, jam 9.00 malam, hanya di TV3.

APAPUN DRAMA INI ADA LAMAN WEB RASMI :  http://www.tahajudcinta.com/v1/

5 yang menasihati

  1. Tahajjud Cinta memang best! TQ jadi follower blogger baru mcm sy..

    ReplyDelete
  2. @EDtv Thanks Ed, drama ni memang best kan ?;D. Thanks juga..

    ReplyDelete
  3. like this ! tapi bukan seri ade bf lain ke dekat jordan?

    ReplyDelete
  4. suke fazura hehehehe

    ReplyDelete

Untuk kesudian membaca dan memberi berkata-kata - saya berterima kasih.








Anem Arnamee © TERIMA KASIH ♥



click to te top