Salam. Hai. Saya Anem Arnamee. Terima kasih sudi datang, membaca mahupun berkongsi artikel blog ini. Maaf jika ada kekurangan & teguran amat dialu-alukan. Moga yang baik-baik selalu untuk kalian semua. Insya-Allah.

- Jika anda mahu sebarang kolaborasi/pengiklanan (review/ruang iklan) di blog ini boleh rujuk page ini.
- Jika ada pertanyaan lain, boleh mesej di facebook ANEM ARNAMEE atau e-melkan ke arnamee (at) gmail.com.

Hari Dewasa Abah (23 Julai)

2011, 2012, 2013 - dan bermula dari 1987 skripnya masih sama, buat Ayahanda tercinta.


Dewasa sudah jejaka hitam manis ini. Tahun yang penuh perubahan dilalui. Dari bandar ke kampung halaman sendiri. Anem selaku anak yang belajar dulu dalam bidang seni, dengan ilmu yang seikat dan rasa rendah diri , menulis nukilan secebis puisi .


Buat Abah : 23 Julai

Sesekali diam kerut wajah itu.
Dilihat mengharap sesuatu
Dalam usia baru, dia terus laju,
Mencari membanting buat yang di kasih rindu

Dia dilihat memewah anak nombor satu,
Dia dilihat memanja si bongsu ,
Dia dilihat suami yang jitu,
Membahagia- memberi erti selalu

Buat abah yang along hormati
Semoga bahagia duniawi ukhrawi
Terima kasih kerana sentiasa memahami
Bila waktu kami perlu dan tercari-cari

Selamat bergenap umur diri
Semoga panjang umur abah lagi
Diharap along dapat lebih beri erti nanti
Tak harap banyak, mahu jadi anak yang terus mengharumi

Abah - Tabahlah berjuang ! Kami ada, dan akan terus sayang !

I Love You, Abah = My dad and ayah !:)

UPDATE : 
Masa tulis puisi ni dahulu, dia masih sihat seperti biasa. 
Namun suatu hari, tiba-tiba dia pergi kembali kepada Pemiliknya.
Mohon semua, sedekahkan al-fatihah untuk beliau,
di dahulukan dengan ucapan terima kasih.
Hanya Tuhan mampu membalas segala jasa baik kalian.



--

6 yang menasihati

  1. eh sama la dengan birthday abah akak!huhuhu

    happy birthday abah..hehe

    jom join tadarus dengan akak bulan puasa ni...:)

    http://zihnunfatin.blogspot.com/2011/07/ramadan-kareem-mari-bertadarus.html

    ReplyDelete
  2. sy rindu abah kat oman..............ok kim salam abah akak, smg sihat sll :)

    ReplyDelete
  3. @meow : doa-doakan beliau :)

    ReplyDelete
  4. @~CiK TiNieY~ : wah sama. happy birthday abah akak :)

    ReplyDelete
  5. @hidayahjamal : insyaallah, terima kasih, adik :D

    ReplyDelete

Untuk kesudian membaca dan memberi berkata-kata - saya berterima kasih.








Anem Arnamee © TERIMA KASIH ♥



click to te top