Menulis bukan tentang Bersih 2.0 sambil rasa masih selera mahu makan KFC


Awal-awal lagi sebelum baju kuning ramaikan KL, polis sudah buat sekatan bagi menghindari sebarang pekara tak diingini berlaku. Logo comel yang ada tanda right dan point -point itu mula diperkata. Belum 9 Julai 2011, KL dah jammed macam nak pulang beraya dikampung halaman gamaknya. Semua, sabar ya, be positif. Banyak jalan ditutup, kalau tiada hal penting, janganlah nak pi KL saja redah jammed esok ya.

Wallahualam.Tentang ceritera perjalanan Bersih 2.0 ni, Anem tak arif nak cakap lebih. Media lama Anem baca, Media baru Anem layan. Cukuplah sebagai yang mencintakan keamanan, Anem yakin - akhirnya yang haq juga berada di tempatnya, itu janji Tuhan.






KFC- ramai cakap tentang Kasut Fried Chicken minggu ni. Pihak KFC dah minta maaf dan beri penjelasan , yang salah budak tu ja Dia ja buat silap, bukan semua satu company silap. Itu yang dirakam, tertahu, yang tak tahu macamana? Cuma yang meniaga biarlah lebih bertanggungjawab dengan pengguna. Bayangkan jika itu ahli keluarga, saudara-mara kita? Yang mengguna, kita pengguna, perlu berhati-hati dan buat pilihan terbaik . Pilihan di tangan kita, ye dak?

Apapun Kentucky Fried Chicken- ayam spicy dia sedap. Dan lepas ni saringan ambil pekerja restoren fast food (makanan segera) kena lebih ketat, mungkin.

Dunia, macam-macamlah kan.




2 yang menasihati:

  1. hehe... bacanya harus pelan - pelan nich, soalnya kurang ngerti bahasanya!

    ReplyDelete
  2. @arie : Boleh belajar sama2 :D

    ReplyDelete

Untuk kesudian membaca dan memberi berkata-kata - saya berterima kasih.





Anem Arnamee © TERIMA KASIH ♥



click to te top