Salam. Hai. Saya Anem Arnamee. Terima kasih sudi datang, membaca mahupun berkongsi artikel blog ini. Maaf jika ada kekurangan & teguran amat dialu-alukan. Moga yang baik-baik selalu untuk kalian semua. Insya-Allah.

- Jika anda mahu sebarang kolaborasi/pengiklanan (review/ruang iklan) di blog ini boleh rujuk page ini.
- Jika ada pertanyaan lain, boleh mesej di facebook ANEM ARNAMEE atau e-melkan ke arnamee (at) gmail.com.

Kisah Noramfaizul Mohd Nor , wartawan yang terbunuh ditembak di Somalia & Perkembangan Asyraf Haziq Rosli yang cedera di Rusuhan London (Riot London)

Dua Kisah yang kebelakangan ini agak menarik perhatian kita dan hampir seisi dunia kiranya . Iaitu pemergian Almarhum (Allahyarham) Noramfaizul Mohd Nor , serta kisah pelajar Malaysia yang cedera dalam rusuhan di London, Asyraf Haziq Rosli .

Sebab Noramfaizul Mohd Nor ditembak , misi kemanusiaan & pengamal media





Wartawan Bernama Tv yang dikenali sebagai Ijoi di kalangan keluarga terdekat ini seorang yang mesra dengan semua orang. Mudah didekati dan banyak menginspirasi orang disekelilingnya. Dan ini bukanlah kali pertama beliau berhadapan risiko pergi ke tempat-tempat bergolak dan mengharungi tugas sebagai jurukamera dalam menjalani misi kemanusian. Malahan pada awal misi ke Somalia ini beliau tidaklah tersenarai dalam misi ini , memandangkan tahun lepas beliau ke Gaza dan tidak beraya bersama keluarga, nama beliau tidak disenaraikan, namun kerana semangat mahu membantu dan pengalaman yang ingin dikongsi, beliau tetap mahu pergi. Beliau sangat rapat dengan ibunya memandangkan beliau anak tunggal lelaki , malah dianggap sebagai abang oleh rakan sekerja , sememangnya kehilangan beliau sangat dirasai. Mempunyai seorang isteri cantik bernama Norazrina Jaafar dan dua anak yang comel.



Dan ini kali pertama pengamal media atau dunia kewartawanan Malaysia dikejutkan dengan kehilangan seorang kaum keluarga mereka dengan sebab ditembak dan terbunuh dalam menjalankan misi kemanusian di luar negara. Telah tertulis telah tiba masanya, tidak terlewat dan tidak tercepat sesaat pun. Apa yang diperkatakan ramai selain doa , alfatihah, sumbangan dan simpati masyarakat kepada Ijoi dan keluarga adalah sebab dan alasan. Cukuplah jika selepas ini, kita terus bersedia dengan semua langkah keselamatan untuk sesiapa yang mahu bergerak dalam misi sedemikian. Apa yang penting sekarang, sebagai manusia , jika boleh ikhtiar, kita buat semampu yang boleh, yang TERBAIK , IKHLASKAN hati dan selainnya urusan tuhan, kita redhakan. Semua perkara berlaku ada hikmah, sebab. Dan pastinya pemergian saudara kita seorang ini bukan sahaja membuatkan kita semua berfikir namun wallahualam, mampu merubah banyak perkara kepada yang lebih baik, insyaALLAH . Kan ?

Al-Fatihah , semoga ALLAH merahmati dan memudahkan urusan beliau di sana, insyaallah, amin.

Dan buat semua orang yang pergi ke sana tempoh hari , semoga akan pulih dari trauma dan teruskan perjuangan, buat jurukamera TV3, Aji Saregar, semoga cepat sembuh. Kuatkan semangat semuanya, ya? :)

___________________


Hikmah cederanya Asyraf Haziq Rosli : merubah pandangan Barat terhadap Islam


Ramai memuji tatkala Asyraf berkata beliau memaafkan dan bersimpati [atas kebanyakan alasan yang merompak dan merusuh itu angkara tiada pekerjaan] terhadap perusuh / perompak yang merompak dan mencederakan beliau di rusuhan London tempoh hari. Malahan atas nilai moral negara berkenaan , dua orang suspek yang merompak beliau dan dikesan melalui rakaman yang diambil oleh Bystander Abdul Hamid dan disebarkan melalui Youtube itu telah ditahan dan sedang dibicarakan di Mahkamah Negara tersebut .


Dunia bukan sahaja tiba-tiba tercari peta Malaysia namun mula membicarakan mengenai tingkah anak muda ini yang bersemangat kuat dan tidak mahu mengalah dengan dugaan berkenaaan. Beliau terus mahu belajar di UK dan berterima kasih di atas keprihatinan rakyat Britain [http://somethingniceforashraf.tumblr.com/ ] dan Malaysia yang sudi membantu dan mengumpul dana untuk beliau. Malahan semua barangan yang hilang tempoh hari telah diganti. Bertuah. Alhamdulillah, hikmah dalam ujian .


Keluar pelbagai kata-kata bangga di kalangan kebanyakan masyarakat islam dunia apabila sikap pemuda Malaysia ini dipuji rakyat Britain [rujuk sini] . Apapun semoga Ashraf cemerlang dalam pelajarannya di sana dan jaga diri selalu ya.
___________________


SOMALIA



Mahu menyumbang sesuatu ? Hulurkan sumbangan anda melalui islamic relief malaysia :


Penderma-penderma kini boleh menderma online.
KLIK DI SINI UNTUK MENDERMA.

Anda juga boleh bank-in sumbangan ke akaun Maybank (5621 4270 8704) atau akaun CIMB (1259 0000 804 058) kami. Hantarkan resit bank-in ke fax kami (03-8948 7339) atau email resit ke donation@irmblog.org.Sila nyatakan program yang hendak didermakan pada resit yang difaxkan atau email. Untuk penjelasan yang lebih lanjut boleh terus hubungi kami di 03 8948 6334.

Sumber : http://irmblog.org/2011/07/serious-drought-in-somalia-affecting-livelihoods/

___________________



MERCY & islamic relief malaysia



Juga terlibat dalam misi ke Somalia ini adalah Mercy - tulang belakang kepada kebanyakan sumbangan kemanusian Malaysia di serata Dunia. Alhamdulillah, badan bukan kerajaan yang tidak langsung memikirkan keuntungan ini sentiasa aktif memantau golongan yang memerlukan. Malah ramai remaja dan mereka di luar sana berminat ingin tahu bagaimana jika mahu menyertai Mercy . Mahu menjadi sukarelawan Mercy dalam erti kata lain. Mahu mencontohi ketokohan Tan Sri Dr. Jemilah Mahmood , yang dulu presiden Mercy kini merupakan ketua Bahagian Tindakan Kemanusian salah satu unit dalam Tabung Kependudukan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNFPA). Oh, Anem kagum dengan jiwa beliau.Malah pernah cedera ketika di mberkhidmat menjadi sukarelawan di Iraq. Semangat beliau kental. Kuat - insyaallah, teringin jadi macam beliau .


Mahu menyertai mercy atau menjadi sukarelawan misi kemanusian di seantero dunia?Ini caranya :

Pergi ke laman web ini : http://www.mercy.org.my/1002040658%C2%BBJoin_Our_Society.aspx

atau

Perkembangan di Facebook Mercy , atau terus contact Ain from Volunteer Management Department at 03-2273 3999 or ain@mercy.org.my.

“Hai orang2 yang beriman, sukakah kamu aku tunjukkan suatu perniagaan yang dapat menyelamatkan kamu daripada api yang pedih? Iaitu kamu beriman kepada Allah dan RasulNya dan berjihad di jalan Allah dengan harta dan jiwamu. Itulah yang lebih baik bagi kamu jika kamu mengetahuinya. Nescaya Allah akan mengampuni dosa2mu dan memasukkanmu ke dalam syurga yang mengalir di bawahnya sungai2, dan ( memasukkan mu) ke tempat tinggal yang baik di dalam syurga ‘Adnin. Itulah keberuntungan yang besar.” (Al-Saff: 10-12)

1 yang menasihati

  1. Anonymous11:58 AM

    pernah terbaca seorang rakyat Malaysia,memperlekehkan niat murni haziq ni.(knonya populor,dpt g tgk prntdingan lee chong wei,mcm2 lgi)pe la..biasa la kan de je yang tak suka.kalau terkene padanya macam mana la kan..

    kesian arwah faizol.comel2 anak2nya.suka tengok bongsu,ala2 mix tuh.

    ReplyDelete

Untuk kesudian membaca dan memberi berkata-kata - saya berterima kasih.








Anem Arnamee © TERIMA KASIH ♥



click to te top