Salam. Hai. Saya Anem Arnamee. Terima kasih sudi datang, membaca mahupun berkongsi artikel blog ini. Maaf jika ada kekurangan & teguran amat dialu-alukan. Moga yang baik-baik selalu untuk kalian semua. Insya-Allah.

- Jika anda mahu sebarang kolaborasi/pengiklanan (review/ruang iklan) di blog ini boleh rujuk page ini.
- Jika ada pertanyaan lain, boleh mesej di facebook ANEM ARNAMEE atau e-melkan ke arnamee (at) gmail.com.

Mengurus kesedihan (akibat kehilangan)


Hari lalu mak ada kata , "Along, mak ada mimpi kenduri ". Mimpi itu hanya alat dan perantara, dan dari ALLAH turun dan jadinya semua perkara.

"Mengurus sedih duka orang lain lebih mudah jika benar cara memujuk. Namun mengurus sedih duka sendiri adalah payah walaupun hakikatnya hati kita bukannya merajuk ".

" Dan bagi tiap-tiap umat ada tempoh (yang telah ditetapkan) maka apabila datang tempohnya, tidak dapat mereka tundakan walau sesaatpun, dan tidak dapat pula mereka dahulukan."(al-Araf:34)
_________________


Dia dulu - pernah jaga Anem di kampung . Anem dah kata hari kelmarin "esok, balik lewat, ada kelas tambahan".Dan dia lupa. Hari ini, sepanjang 1km , kaki tua itu berjalan kaki menuju ke sekolah dan bertanya pelajar lain, "Anem mana, kenapa dia lambat balik?".Kasihan dia, penat penggemar baju kurung kedah itu mengatur langkah.

Dia dulu - sangat menjaga keselamatan. Pukul 2.30 masuk kelas, secepatnya dia dan sepupu lain bersiap. Pukul 2 , kami sudah berada di seberang jalan sekolah rendah kain hijau itu. Namun menunggu dia mengusir rasa takut semua kenderaan yang menghalang kami melintas, loceng berbunyi setengah jam, baru kami melintas selamat.Ya, dia sangat menjaga kami.

Dia dulu - mata tua tak terlihat jam pukul berapa. Segera mengejut Anem , "lekas, bangkit siap ke sekolah" - namun agak melucukan, kerana baru pukul 2 pagi. "maaflah, wan tak nampak" - katanya perlahan.

Dia dulu - sangat dipengaruhi cucunya untuk meminati Achik dan Nana. Katanya dia suka melihat pasangan serasi itu bernyanyi . Malahan sampai ke sudah, dia tidak mengetahui yang Achik telah pun tiada lagi. Selain Achik, dia juga mengenali Tomok dan Mawi selain Siti.

Dia dulu- gemar bercerita. Di lontarkan ayat bersahaja, namun ada saja yang mencuit rasa. Malahan dia juga pandai sedikit , diizin, dikurnia tuhan tahu sedikit mengubat orang bisul di sini-sana.

Dia dulu - sangat baik bila berniaga . Yang penting biar orang rasa kuih dia benar sedap dan puas. Tak mengapa harga murah. Bahulu yang dia bakar di dapur luar tu mengeluarkan asap. Habis berair mata satu rumah menahan pedih mata. Dia memang pandai membuat pelbagai kuih. Sangat sedap.

Dia dulu - gemar memasak. Paling lazat, adalah sambal nasi lemak. Pernah sekali dia memasak nasi lemak selama seminggu, pagi petang malam kerana menjaga perbelanjaan dapur. Dan sesungguhnya makanan yang sedikit tapi sedap itu tetap mengenyangkan. Alhamdulilah.

Dari dulu- dia sangat memanjakan cucu-cucunya. Walau dia tu tak berapa ada, namun untuk cucu tersayang, katakan apa saja, dibeli, di suanya mana kadar mampunya.

Dia penggemar wajik durian, sampai mak terjangkit sama. Kebanyakkan apa wan suka, itu juga mak suka. Mak anak paling rapat dengan wan. dari Kuala Lumpur ke Jeram, mereka banyak habiskan masa bersama. Bila mak sakit, wan yang menjaga. Bila wan sakit, emak dan adik-beradik lain bergilir pula menjaga. Bila begini sudah ceritanya, pastinya mak paling rasa terkesan.


Tiba waktu klimak hidupnya, dia diduga pula sakit tua, tak dapat berjalan tiba-tiba. Dan waktu itu dia diduga tuhan dengan hilang sedikit demi sedikit nikmat dan rasa. Dari boleh berjalan lajunya, kepada yang terduduk terbaring sahaja. Dari dulu yang sedap masaknya kepada yang dah lupa bagaimana mahu merasa. Tuhan maha penyayang, mahu dia kuat dan itu juga kafarah penebus dosa. Dan wan nampak kuat melalui semuanya.

_________________



Dan hari dingin itu, pada 23 Oktober 2011. Kisah yang tak mahu didengar , jika boleh mahu dilambatkan, tiba juga saatnya. Tak terawal sesaat, tak terlewat sesaat pun. Itu janji tuhan . Kullu nafsin Dzaiqatul maut. Setiap yang bernyawa itu pasti akan mati. Dan dia pergi meninggalkan kami. Dengan wajah bersih dan tenang sekali.

Inalillahwainailaihirojiuun.

Sesungguhnya kita Milik Dia dan padaNYA jugalah kita kembali.

Al-fatihah untuk nenda, Raja Jamilah Binti Raja Rastam . Semoga ALLAH mencucuri rahmat ke atas roh beliau. Semoga selamat dan dipermudahkan di alam sana, dan ditempatkan di kalangan orang yang beriman, Insyaallah, Amin Amin ya rabbal a'lamin...


Kami sangat merindu. Rindu pada kehadiran wan yang menghibur dan membahagiakan kami. Terima kasih untuk semuanya dan semoga wan sudah memaafkan salah silap kami. Kami sayang wan, sayang sangat-sangat. :'(

1938 - 2011 .

Hadith Nabi SAW:

إذا مات ابن آدم انقطع عمله إلا من ثلاث : صدقة جارية , أو علم ينتفع به من بعده , أو ولد صالح يدعو له

Ertinya : "Apabila mati anak adam, terputus semua amalannya kecuali tiga perkara : Sedeqah jariah, Ilmunya yang dimanfaatkan orang selepas kematiannya, dan anaknya yang soleh yang mendoakannya

6 yang menasihati

  1. al fatihah utk arwah..

    ReplyDelete
  2. AlFatihah.

    Teringat kat arwah tok akak. Sehari sblm dia meninggal dia pegang erat2 tgn akak mcm taknak lepaskan.=(

    Yg pergi tetap pergi, yg ada harus bsedia.

    ReplyDelete
  3. Daripada-Nya kita datang, kepada-Nya jualah kita kembali..

    Al-Fatihah..

    semoga rohnya ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman..

    semoga anem sentiasa tabah...

    ReplyDelete
  4. salam anem...

    AL FATIHAH...

    **kehidupan sementara**

    ReplyDelete
  5. Al-Fatihah untuk nenda tersayang.

    Setuju bila Anem katakan bahawa nak pujuk hati orang yang sedang berduka itu senang jika dengan caranya.Sampai sekarang saya masih tak boleh lupa dengan pemergian sahabat baik saya syawal yang lalu.Ya diakui masih perit dan sakit sekali bila kehilangan insan yang tersayang.Kita yang hidup perlu teruskan perjuangankan.Biar memorinya segar diingatan kita bersama.

    ReplyDelete
  6. SAlam takziah. Buat Anem, banyakkan bersabar dan berdoa moga roh arwah ditempatkan di kalangan orang2 yg beriman.. Al-Fatihah.

    ReplyDelete

Untuk kesudian membaca dan memberi berkata-kata - saya berterima kasih.








Anem Arnamee © TERIMA KASIH ♥



click to te top