Suatu Pernah : Ex / Bekas Kekasih boleh tak jadi kawan baik ?


Tak tahu di mana silapnya. Sebab pada dasarnya, jika kesilapan kita benar telah dimaafkan, rasanya nak berkawan balik bukanlah satu perkara yang mustahil. Tiada sebab untuk terus berdendam. Mungkin sedikit berkecil hati, mungkin ,akan kata amarah terluah dari kekasih yang ditinggalkan, mungkin malu , mungkin mahu lupakan terus. Mungkin. Persoalan yang sering berlegar apa nak buat bila putus cinta .Ump, putus cinta , bukan putus kawan kan ? [ cc : Artikel siapa yang patut disalahkan sebelum ni ]


[Perhatian : Penulisan ini lebih mudah dihadam jika kamu BUKAN kawan baik sebelum menjadi kekasih . ]

video :  suatu pernah- fynn jamal.

suatu pernah
verse 1
habis sudah madah;
tak ada satu pun yang tertinggal,
setiapnya telah—
kau ambil dan terus kau jual.
-
seolah tak pernah memakna apa,
seolah tak pernah kau inginkannya,
seolah—
tak pernah...
verse 2
dikutipku bila sudi,
di bila tidak, dibiar mati,
dan lebih menyakitkan—
ku tetap tunggu di tepi jalan.
seperti tak pernah ku ada harga,
seperti tak pernah kita bersama,
seperti tak pernah kau mahu aku,
--tak pernah rindu
--tak pernah rayu
--dulu.
chorus
terleburhancur kebal rusukku;
berkecaisepai, terpecahbelah,
terima kasih atas ajarmu—
--cinta tak wujud
--ah, tak pernah.
dan dengarkan jeritku;
jujur tak terfitnah,
kau hanya bagiku—
suatu yang pernah.
verse 3
takkan ada apa—
yang mampu untuk buat kau pulang,
bila sudah tiada rasa—
bikinlah apa, tetap kau terbang.
takkanku pujuk kau jangan pergi,
takkan ku minta kau fikir lagi,
takkan ku paksa renung semula,
takkan ku suruh apa2.
takkan ku izin tubuh dibuka,
takkan ku pamer reput di dada,
takkan ku rebah,
takkan ku goyah,
takkan ku biar tubuh didarah.
(repeat chorus)
bridge
pernah—
suatu yang pernah
suatu yang pernah
suatu—
pernah.
"Maafkan saya, boleh?' . Mungkin salahnya dari kita. Kita saja rasa dia seolah membenci kita, dan merasakan kita tak wujud. Ye, itu bagi kita. Namun bagi dia, bila dia berdiam , buat tak tahu , bukan bermakna tidak ambil tahu, bukan bermakna dia tak sayang kita, apatah lagi lupakan kita. Mungkin dia mahu ambil masa menenangkan jiwa. Menerima hakikat kekhilafan kita yang lama, menerima hakikat dia dan kita tiada apa. Dan mungkin tidak mahu mengganggu kita ada yang punya. Atau hakikatnya dia sendiri sudah berpunya. Hidup masing-masing sendiri ada untuk dijaga.

"Saya dah maafkan awak. Dah lama saya maafkan ". Yelah, jika fikirkan rasa bahagia dan kebaikan dia yang terhulur untuk kita, pastinya ia lebih banyak dan indah berbanding sedikit rasa tak suka yang wujud dalam raga kita. Sedikit. Melainkan kalau alasan tak munasabah atau ditinggalkan tanpa alasan, itu sedikit sakit. Tapi mampu dirawat dengan masa, insyaALLAH. Perlahan-lahan.

Jadi apa kata, kita terima hakikat, dengan move on. Betul , bukan senang nak move on. Kita akan tercari-cari bagaimana cara nak move on. Cara nak lupakan bekas kekasih kita , bukan senang nak lupakan Ex kita bukan ? Tapi kalau dia boleh lupakan kita , kenapa tidak kita, walaupun cakap memang senang , tapi jika dulu kita boleh sendiri , kenapa sekarang susah sangat, perlahan-lahan, dengan izin Tuhan , kawan :)

Hiduplah dengan menghargai keadaan yang baru ,menghargai keadaan sekarang , masa single kita - sibukkan diri dengan pelbagai aktiviti (kalau kita single) atau menghargai orang yang bersama kita - sebelum kita pula kehilangan apa yang kita ada (jika kita sedang menyulam cinta) . Biarlah kenangan menjadi kenangan sahaja. Doakan bekas kekasih kita. Semoga dia bahagia dunia akhirat dia. 

Jika berpeluang melupakan rasa yang tidak enak, dan menjadi kawan semula. Hargailah beliau sebagai kawan baik kita. Hormati kehidupan peribadinya dan jangan diungkit perkara yang lama. 

Belajarlah menerima hakikat. Belajar . Dengan senyuman.

Untuk bekas bekas kekasih di dunia, terima kasih kerana pernah memberi rasa cinta , rasa bahagia dan pernah menjaga . Harap semuanya saling memaafkan dan menerima . Bersyukurlah pernah menyulam rasa, dan ingatilah dia sebagai kawan paling indah yang pernah anda ada . :)

*Tak perlu bersusah-payah penyibuk jadi stalker, hadiahkan senyuman jika tahu dia bahagia, doakan dia jika kita terdengar hidup dia resah dan gulana .Semoga keduanya gembira menjalani hidup yang baru - apa adanya -  :)

- melainkan jika telah berbaik dan benar pasrah - telah sudah menerima keadaan baru- bertanya khabar tiada salahnya . Tapi jangan ada niat menjadi pemusnah jiwa lainnya, itu elakkanlah ya ?  . Apapun , hargailah apa yang di sisi kita, sementara ia masih ada :)


Terinspirasi dari artikel ini : Terima Kasih Ex . - http://terfaktab.blogspot.com/2011/11/terima-kasih-ex.html


15 yang menasihati:

  1. memaafkan dah cukup rasanya..
    nak jadi kawan balik, susah..

    ReplyDelete
  2. alamak..tiba2 lak teringat ex GF bila tgk entry ni..sobsob...selalunya ex ni payah nak berkawan balik...kalau nak kawan pun salah seorang masih menaruh harapan..huhu

    ReplyDelete
  3. pfffttt.... tepat dihati. :) nak buat cane. move on sudah! :)

    ReplyDelete
  4. me and my ex pernah buat entry pasal ini...n we still be frenz...boleh baca sini


    http://hazrilhafiz.blogspot.com/2010/11/ex-kekasihku-kini-kawan-baikku.html

    ReplyDelete
  5. Macam mana kalau sebelum ni berkawan baik, tetiba putus. Then nak jadi kawan baik balik? Is that okay? Susah rasanya. Kalau sehari takpe, kalau yang dah setahun ke atas? Pelik bukan? Dan ex tu pulak sudah ada kekasih baru. Mcm mana?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Btol ckp awk. Sy sdg melalui. Sgt pahit

      Delete
  6. wow... walaupun x pernah ade ex sbab x pnah bercinta, tp bile turn ckp pasal kawan lelaki, walaupun hanya kawan biasa, mmg ade la part yg kite kna move on sbab lelaki x slalu single. serious,,, ade org kate nk move on mmg susah. yup, sy pun prnah rs susah nk move on dulu mgkin sbab usia ms 2. tp alhamdulillah ap saje yg blaku hr ni, d usia smakin mningkat dewasa, sume 2 rs sng sgt. kdg2 kite x sedar move on 2 adalah cr terbaek utk kte rs bhgia dgn ap yg sudah kte ad hari ini sbab kte mgkin x sedar org itu yg block kte punye hidup slame ni. yg penting, kte th ap yg kte nak dlm hidup, ap mtlamat kte, InsyaAllah, kte pasti ketemu bahagia. insan dtg n pergi 2 kan lumrah. mula2 mgkin susah nk move on, tp at last we may could feel the good in goodbye. hehe *alamak,,, pjg pulak sbb topik ni mnarik, hehe :D*

    ReplyDelete
  7. Anonymous6:08 PM

    tak salah persahabatan namun perlukan kejujuran dan keikhlasan bkn dibayangi kisah silam.Ummah mesti bersatu bkn menghantui.

    ReplyDelete
  8. Anonymous10:09 PM

    xape lah janji ade orang suke.......

    ReplyDelete
    Replies
    1. ejaiphoto10:13 PM

      janji ade kesabaran.....

      Delete
  9. Toyi Yusri11:19 AM

    terjumpa ex-aweks dlm FB. Tp x penah lah terasa nak add. Cuma sekadar melihat keadaan mereka tkini. keluarga mereka. Paling tidak dpt tau yg...Idup lg mereka tu...

    ReplyDelete
  10. Anonymous4:40 AM

    pengalaman sendiri..semua ex, (dri becinta monyet zaman sekolah sampai skrg) semua dh jd mybestpren..bila tgk dorg bahagia,kita tumpang gembira..bila dorg sedih, rsa nk tlg bg dia hepy..syg sbg kwn xpnh ilang..prinsip kite "sekali berkawan selamanye tetap kwn" :)

    ReplyDelete
  11. Anonymous1:03 AM

    Dari pengalaman saya. Saya ada seorang EX yang betul2 saya sayang tapi mungkin kami tak ada jodoh. Tapi alhamdulillah until now he become my bestfriend walaupon untuk menerima kenyataan tu susah

    ReplyDelete
  12. Anonymous5:23 PM

    pengalaman sendiri..kami break awal tahun lepas atas sebab tertentu dan dia pun tahu kenapa.. tapi, dia masih tak nak terima keadaan. berulang kali saya minta maaf dan mohon jgn berdendam.. ya, dia ckp dah pun maafkan saya.. tapi masih post bukan2, komen bukan2 and semestinya tuju ke saya.. berdosa besar sangat ke dgn keputusan saya nk berpisah tu? saya ada pengganti atau tidak, perlu ke nak berdendam dan ckp yg bukan2, kalau betul x ape laa jugak.. ke mmg dia buat mcm tu supaya saya balik kepadanya? kalau saya balik semula, bahagia tu ada ke? mungkin susah kot nk terima saya sbg kawan.. susah sangat..

    ReplyDelete
  13. salam sejahtera..nama sy Zainol..
    itula yg saya hadapi sekarang..sy baru saja putus cinta dgn kekasih sy..da lbh kurang 2 bulan..bkn sy yg penyebabnya tetapi kekasih sy..dia blk kampung utk sambung bljr tp dlm masa yg sama dia sambung semula percintaannya dgn kekasih lamanya..sy btl2 kcewa kerana dia x setia..dia telah blok sy d semua akaun fb nya..tetapi dlm beberapa hari lalu dia muncul semula utk minta fren request dgn saya..dia menyamar sebagai org lain sbb tu sy accept dia..setelah chat,dia mengaku bahawa di sebalik profil palsu tu adalah dia..sy tekejut..patutla sy mcm kenal dgn gaya2 taipan ayatnya..dia meminta maaf dgn segala kesalahannya..dan sy memaafkan tp itu tak bermakna yg kekecewaan sy akan hilang..yg masalahnya d sini prasaan sy bercampur2..iaitu sy gembira dpt chat dgn dia dan serentak itu sy juga geram dan sakit hati dgn dia kerana muncul semula sewaktu sy telah melupakan dia..apakah formula dan tips utk saya mghadapi situasi ini??

    ReplyDelete

Untuk kesudian membaca dan memberi berkata-kata - saya berterima kasih.





Anem Arnamee © TERIMA KASIH ♥



click to te top