Jubli emas atau suku abad . Masa lalu pernah menetapkan target atau sasaran mahu capai itu, mahu gapai ini apabila umur mencecah sekian sekian . Dan secara peribadi Anem pernah meletakkan diri mahu menjadi seseorang- yang anem mahu jadi pada setiap kali hari keputeraan sultan Perak . Alhamdulillah jadilah apa Anem jadi sekarang . Seorang yang melakar reka letak dan laman sesawang untuk sebuah syarikat, terkadang mencuri masa bertemu janji dengan lensa dan bila waktu lenggang tetap setia dengan tinta . Satu satu dapat juga dilaksana ikut kemampuan walau tidak secara keseluruhan .
Manusia – mana pernah puas. Merasa cukup . Diri pun masih cari lorong rendah hati untuk sampai ke daerah ikhlas . Perlahan-lahan, insyaallah.
Di kesempatan umur masih ada ini, Anem mahu menghulur rasa terima kasih buat ayahanda – Baharudin bin Husain , yang banyak hulur rasa, buat bonda, Raja Anita Binti Raja Ahmad, wanita setia yang kebal dan sentiasa ada sama, terima kasih abah , mak yang melahir, membesar dan menahan segala kurangnya Along . Buat adik satu satunya adik , wan hafiz bin baharudin, Along sayang adik nakal along yang comel ni sangat .
Secara keseluruhannya , buat semua yang mengenali, menyayangi, menghargai serta menerima diri ini seadanya, anem ingin menzahirkan ucapan terima kasih, semoga panjang umur, di permudahkan rezeki dan hidup diberkati dunia dan Akhirat . Allah sahaja dapat membalas rasa sayang semua.
Nah , lagu kau ilhamku dari sahabat susah senang Anem buat semua :
p/s : pada yang belum ada cita-cita, kita tak pernah terlambat mencarinya selagi umur masih ada . Yakinlah ALLAH itu sentiasa ada :-)








koh koh koh anem dah 25 :D
ReplyDeletedah masuk ke alam dewasa tu..
ReplyDeleteinsyaallah.. smoga smua cita2 dan impian tercapai..
ReplyDeleteaksm. moga-moga tercapai cita-cita. sangat penting bila apa yg kita buat dapat restu dari ibubapa.
ReplyDeletejka d renung masa pantas berlalu kn,btw jenjln cni (n_n)
ReplyDeleteHello. And Bye.
ReplyDeleteassalam..
ReplyDeletealhamdulillah walaupun lambat anem dapat apa yang anem nak..teruskan melangkah..:)
semua akan indah pada waktunya !
ReplyDeletetetap ingat DIA yang diatas ya kak !
ReplyDeletekeep smile :)
ReplyDeleteSelagi nyawa dikandung badan..
ReplyDeletetak kan pernah lelah untuk mencapai cita-cita yang diimpikan..
inshaAllah.. selagi diizinkan-Nya.. =)