Salam. Hai. Saya Anem Arnamee. Terima kasih sudi datang, membaca mahupun berkongsi artikel blog ini. Maaf jika ada kekurangan & teguran amat dialu-alukan. Moga yang baik-baik selalu untuk kalian semua. Insya-Allah.

- Jika anda mahu sebarang kolaborasi/pengiklanan (review/ruang iklan) di blog ini boleh rujuk page ini.
- Jika ada pertanyaan lain, boleh mesej di facebook ANEM ARNAMEE atau e-melkan ke arnamee (at) gmail.com.

Dosa Popular di hari raya



Hari raya sepatutnya menjadi hari untuk mendapat keredaan daripada Allah dan bukan kemurkaan-Nya. Mari kita bermuhasabah serba sedikit mengenai dosa popular (kesalahan di hari raya) yang sering diamalkan masyarakat kita ketika menyambut hari raya.

** Bersentuh-sentuhan antara lelaki dan perempuan bukan mahram

Berjabat tangan di antara lelaki dan wanita secara meluas ketika berziarah rumah jiran dan rakan. Hari raya sering dijadikan 'lesen' untuk lelaki dan perempuan bukan mahram bersalam-salaman dan bersentuhan antara satu sama lain.

Bersentuhan antara lelaki dan perempuan adalah haram dan tiada pengecualian pada hari raya. Namun ia semakin dilihat sebagai perkara biasa dalam konteks masyarakat hari ini.

Jika boleh elak dengan cara , letak kedua tangan di belakang, atau pegang dada dan tunduk kepala sedikit dan kata 'maaf; , atau kata perlahan 'saya dalam keadaan berwuduk".

** Pakaian wanita

Ini antara perkara yang menjadi kebiasaan dalam masyarakat kita hari ini. Lebih malang lagi apabila mereka memakai pakaian yang memperlihatkan susuk tubuh dengan sempit dan nipis ketika bertandang.

Tidak hairan, hari raya bukan saja hari untuk kita menikmati santapan pelbagai juadah makanan, malah menjadi santapan mata yang mengundang dosa.

Jangan sampai tabarruj (berlebihan dalam menghias diri, kerana mampu mengundang fitnah dan umpat kata orang selain menambah riak dalam jiwa )

** Meninggalkan solat

Meninggalkan solat pada hari raya kerana terlalu sibuk berhari raya adalah sesuatu yang sangat malang.Ada juga yang bersolat sunat hari raya, namun sengaja meninggalkan solat wajib. Solat, ketika sakit pun wajib, jadi jangan jadikan raya sebagai alasan untuk sengaja mengabaikan kewajipan. kerana ia tetap menjadi soalan utama di alam barzakh kelak.

** Tidak memuliakan tetamu / kurang mengunjungi

Ini menyedihkan, jika dahulu, rancangan televisyen yang banyak menjadi penyebab untuk kurang keluar rumah mengunjungi sahabat handai, namun kini dengan wujudnya banyaknya laman sosial facebook dan twitter, ramai yang endah tak endah tentang kehadiran tetamu yang datang . Teknologi hanya alat, sebagai manusia, kita kena bijak memanfaatkannya dalam keadaan besederhana.

Sabda Rasulullah :
مَنْ سَرَّهُ أَنْ يُبْسَطَ لَهُ رِزْقُهُ أَوْ يُنْسَأَ لَهُ فِي أَثَرِهِ فَلْيَصِلْ رَحِمَهُ.
"Barangsiapa mahu dilapangkan rezekinya dan dipanjangkan umur-nya maka hendaklah dia bersilaturahim." (HR. al-Bukhari dan Mus-lim dari Anas, Mukhtashar Shahih al-Bukhari, no. 940, dan Mukh-tashar Shahih Muslim, no. 1762).

** Makan berlebihan

Jangan makan berlebihan di hari raya . Dari segi pembaziran satu hal lain. Namun dari segi kesihatan juga tetap membimbangkan . Bersederhanalah :)

** Aurat antara ipar

Perkara ini juga sering dipandang ringan kebanyakan umat Islam. Perkahwinan abang, adik atau kakak ipar dengan adik beradik kita tidak menyebabkan aurat kita, terutama wanita, 'halal' untuk dipandang ipar duai kita. Misalan adik ipar perempuan tidak menutup aurat di rumah, sedangkan abang iparnya berada di situ.
Termasuk juga, tidur secara terbuka di ruang tamu tanpa menutup aurat sehingga membolehkan abang ipar atau adik ipar lelaki melihat aurat yang terdedah.

Apatah lagi pada musim perayaan, semestinya ramai berhimpun di rumah dan kita hendaklah konsisten dalam menjaga amanah yang diberikan Allah ini.

 ** Bermegah dan pembaziran

Raya bukan medan menayang baju mahal yang hebat dan dekorasi rumah yang fantastik , namun lebih kepada merayakan satu kejayaan sebagai umat islam yang berjaya melalui bulan puasa dengan penuh keredhaan dan keikhlasan .

** Wangian wanita

Golongan wanita memakai wangian dan solekan ala artis pada musim perayaan sebelum keluar dari rumah mendedahkan diri mereka kepada lelaki bukan mahram. Kadangkala dari jauh lagi kita boleh menghidu bau wangi-wangian yang dipakai secara berlebih-lebihan ini.

** Dosa bertempoh

Hari raya juga umpama hari membalas dendam terhadap dosa yang ditahan dan ditinggalkan pada Ramadan. Malah, memang sebahagiannya diniatkan untuk disambung selepas Ramadan.

Contoh : bermaafan hanya di hari raya
Sebagai contoh, ada yang menangguhkan pergaduhan di Ramadan, maka Syawal bolehlah bergaduh kembali. Minta maaf bukan pada hari raya sahaja, kerana kita tidak tahu umur dan ajal kita bila masanya . Jadi, jangan bertangguh dan bertempoh-tempoh.

Selain itu, Syawal dijadikan tempat lambakan maksiat seperti bersyahwat melalui telefon atau 'chat', berjalan jauh berdua-duaan dengan teman wanita dan lain-lain. Hancurlah seluruh kebaikan yang baru hendak sebati dengan hati, malangnya dibuangnya jauh-jauh.

Itu antara dosa yang sering kita terlepas pandang atau memang sengaja diperkecilkan. Semoga Aidilfitri kali ini membawa sejuta rahmat dan menjadi platform untuk kita terus-terusan mendapat hidayah daripada Allah SWT.


Petikan artikel oleh Mohd Hassan Adli Yahaya 


Anas menceritakan: “ Ketika Rasulullah saw berhijrah ke Madinah, ada dua hari raya yang disambut meriah oleh penduduknya. Maka Baginda bersabda yang bermaksud: “Sesungguhnya Allah menggantikan untuk kamu dua hari yang lebih baik daripada itu, iaitu Aidiladha dan Aidilfitri .” (Hadis riwayat Abu Daud dan An-Nasa'i) 

sedikit sumber : cicinta.com


5 yang menasihati

  1. ehhh betul la apa yg dikatakan tu...nampak simple dan kecik tapi ganjaran yang dapat agak besar juga..adoiii....mujur juga aku hidup di kampung..

    ReplyDelete
  2. hurm,,, dlm x sedar kan. kena take note sume ni...

    ReplyDelete
  3. raya kita towards adat,, bukan sunnah...

    ReplyDelete
  4. nice sharing. selamat hari raya.:)

    ReplyDelete
  5. tu la pasainye.... bila agama dilupakan.... sambut kemenagan TAPI TEWAS...... ntah le...

    ReplyDelete

Untuk kesudian membaca dan memberi berkata-kata - saya berterima kasih.








Anem Arnamee © TERIMA KASIH ♥



click to te top