Syawal & Raya : Motivasi diri di Aidilfitri


Pemergian ramadhan sangat ditangisi diri. Sendiri sebak memikirkan tak pasti akan jumpa lagi. Genggaman erat amalan dan roh ramadhan yang diraih masih terpahat , diharap masih dapat mengekalkan kebaikan serta amalan. Selamat hari raya ,semua.


Mengekalkan syariat Ibadah

Hari raya adalah hari kemenangan untuk semua umat islam yang telah berjaya berjuang mengekang hawa nafsu yang getir sepanjang bulan Ramadhan .


Ibadah yang boleh diteruskan dan dibawa dari Ramadhan ke Syawal :

- Puasa sunat
-Membaca Al-Quran
-Biasakan lidah berselawat dan berzikir
-Mengurangkan perbelanjaan
-Solat berjemaah di surau / masjid
-mendengar ceramah agama, kuliah , tazkirah dan pengajian
-Mengurangkan makan minum dan mudah berlapar
-Bersedekah atau beri orang miskin makan


Menimbulkan rasa simpati & tanggungjawab

Jika ada kesempatan singgah dan bantulah mereka dirumah-rumah anak yatim, kurang upaya, tua-tua dan memerlukan . Zakat pula akan menimbulkan rasa tanggungjawab kita terhadap masyarakat.


Roh Takbir Hari Raya

Takbir disunatkan dikuatkan suara bagi mengingatkan kita kemenangan Rasullullah s.a.w dan pada sahabat dalam peperangan Uhud melawan Quraisy.


Perhimpunan Di Hari Raya

Menggalakkan kasih sayang dan kesyukuran .


Amalan Bangun Pagi (sangat disunatkan)

Penampilan diri dijaga dan berwangian adalah disunatkan


Amalkan Pemakanan Seimbang


-Sunat makan sebelum ke masjid
Rasullullah s.a.w tidak keluar dari rumah pada hari raya Aldilfitri , melainkan baginda memakan beberapa biji tamar terlebih dahulu, Baginda makan beberapa tamar dalam bilangan ganjil " - sunah Rasulullah yang diriwayatkan Anas r.a

Pertemuan dan amalan ziarah-menziarahi

"Semoga ALLAH menerima amalan kami dan amalan kalian semua "


Adab ziarah :

-Ikut etika yang ditetapkan islam
-Hendaklah meminta izin dan memberi salam
-tidak menghadap sudut peribadi
-menjaga kesopanan
-memilih waktu sesuai berziarah

+ Digalakkan ada majlis kenduri kesyukuran


Amalan Wajib dan Ingat Mati

Jangan lupa solat fardhu dan jaga pergaulan, sesungguhnya dengan menziarahi pusara mereka yang pergi, akan membuatkan kita kurang rasa bongkak dan ego , kerana semuanya sementara.


Kelebihan Malam Raya

Malam raya yang digelar Lailah al-ja'izah (malam pengurniaan) ku sambut dengan secebis doa pengharapan. Dikatakan maqbul jika memohon dan meminta pengampunan.
Rasulullah s.a.w bersabda : "Sesiapa yang berjaga pada kedua-dua malam raya (dengan sibuk dalam keadaan beribadah ) dengan niat untuk mendapatkan ganjaran Allah, hatinya akan hidup pada hari di mana hati-hati yang lain akan mati."


Masjid kembali sunyi

Masjid dan surau kembali lenggang , sunyi sepi dan hanya beberapa roh yang masih sudi menjadi setia hamba yang mentaati. Maghrib tidak lagi dinanti untuk didengar azan dengan penuh beerti. Terakwih terakhir hari itu, kulalui penuh syahdu , beberapa jemaah tersenyum sipu mencerita perkembangan hari meriah yang bakal bertamu.


Muhasabah : papa selepas raya ?

Seharusnya sebelum berbelanja untuk raya kita perlu membuat bajet raya , - Rumah , baju raya, jamuan raya, duit raya, balik kampung dan besederhana supaya tidak pula meninggalkan hutang. Raya bukan untuk menunjuk dan menyusahkan , namun untuk berada dalam kesederhanaan padanan dengan gaji bulanan / harian .



P/s : Rindu iklan raya petronas dari allayarhamah Yasmin Ahmad. Serius.


Untuk semua, raya ini - jaga diri, hati-hati.


1 yang menasihati:

  1. Selamat Idul Fitri Anem,
    mohon maaf Lahir Bathin.
    Taqabalallahu Minna wa Minkum, Taqabal ya Kariim.

    ReplyDelete

Untuk kesudian membaca dan memberi berkata-kata - saya berterima kasih.





Anem Arnamee © TERIMA KASIH ♥



click to te top