PERTANDINGAN FOTOGRAFI 2013 : SOLAT DI MANA-MANA

Baiklah, masa Anem menulis entri ini , pertandingan hanya berbaki 10 hari saja lagi, maaf agak terlewat, apapun hadiah untuk pertandingan fotografi ini boleh tahan lumayan . Dianjurkan oleh Syarikat penerbitan buku islamik , Telaga Biru Sdn Bhd melalui majalah Gen-Q. Antara hadiah menarik yang ditawarkan adalah Kamera NIKON 1 J1 , Samsung Galaxy Tab 2, Blackberry Curve 8520 & Baucer Buku RM200.



Syarat-syarat penyertaan :

-Terbuka pada warganegara Malaysia
- Dibenarkan menggunakan kamera digital sahaja.
- Gambar mesti asli tanpa pengubahsuaian.
-Hasil kreativiti dan asli , bukan sumber lain.

- MESTILAH dihantar dalam 2 bentuk :
1. Bersaiz 8R , dilekat pada kertas tebal hitam (mounting board) dengan border 1 inci . Di belakang mounting board hendaklah dilekatkan butiran-butiran seperti nama , alamat, no kad pengenalan dan no telefon untuk dihubungi .
2. Softcopy - JPEG , minimum 2MB , disimpan dalam CD


Tarikh tutup pada 31 Mac 2013.

Hantarkan penyertaan anda ke alamat berikut :
Telaga Biru Sdn. Bhd
No. 28, Jalan Tembaga SD 5/2A
Sri Damansara Industrial Park
Bandar Sri Damansara, 52200 Kuala Lumpur

Sekian, selamat maju jaya , insyaallah :)
p/s : sebarang pertanyaan, boleh terus dilanjutkan kepada Facebook Gen-Q 

 


3 yang menasihati:

  1. Assalam...

    Wahhh... Nampak menarik sangat.
    InsyaAllah kalau sempat boleh sertai ni.

    :)

    *lama sungguh tidak singgah di sini~ :p

    ReplyDelete
  2. ade lagi pertndingan photography lagi tak :)

    ReplyDelete

Untuk kesudian membaca dan memberi berkata-kata - saya berterima kasih.





Anem Arnamee © TERIMA KASIH ♥



click to te top