Salam. Hai. Saya Anem Arnamee. Terima kasih sudi datang, membaca mahupun berkongsi artikel blog ini. Maaf jika ada kekurangan & teguran amat dialu-alukan. Moga yang baik-baik selalu untuk kalian semua. Insya-Allah.

- Jika anda mahu sebarang kolaborasi/pengiklanan (review/ruang iklan) di blog ini boleh rujuk page ini.
- Jika ada pertanyaan lain, boleh mesej di facebook ANEM ARNAMEE atau e-melkan ke arnamee (at) gmail.com.

Awatnya kita susah nak terima takdir tuhan ?


Nak bersangka baik ni satu je kena mula dulu - PERCAYA pada kuasa tuhan dulu.

Kalau kita yakin tuhan buat bersebab - yang kita duk pertikai gak kenapa ?
Kalau kita yakin tuhan akan balas lagi baik - yang duk kalut tak sabaq pasaipa ?
Kalau kita yakin tuhan memang sengaja mahu kita sedaq - yang kita duk bantah lagi kenapa ?
Kalau kita yakin sesuatu dengan IZIN DIA , maka jadi - kenapa kita nak sibuk duk ungkit sana, mengamuk sini.

Yah, susah nak terima. REDHA - lima huruf saja, tapi nak rasa redha tu, nak betui betui terima semua qada' , qadar Tuhan - amatlah payah ibaratnya macam konon tak rasa apa, sabaq , tuhan ganti balik punya - nak tunggu sat ja mengamuk kemain, ni nak redha sepanjang usia ?

Memang tak . Ketegaq baq ang.

Hati kita ni memang Tuhan pegang, kalau hari ni kita sayang orang, esok lusa terus tak rasa apa. Boleh ja, sat ja Tuhan buat, no hal. Tapi kenapa tuhan duga kita satu satu, sebab nya dia nak dengaq suara kita ni pi doa, minta tolong dia. Dia nak kita ni sedaq sikit asai usui kita.Dia taknak tengok kita tinggi sangat, jatuh sakit susah .

Ya, dia nak dengaq. Dia sayang kita, dia rindu kita. Dia nak ajaq kita.

Tapi kita ada ego - ketegaq memang duk usah kata kat sapa-sapa.
Saya juga ada.

Tapi nak tanya lah sampai bila nak usung rasa TAK PERCAYA TUHAN yang tentukan sesuatu, duk membebel  lagi macamlah keadaan boleh jadi asai balik, padahai kadangkala memang salah kita.

CUKUPLAH. BERHENTI PERSOAL BALIK DEKAT SIAPA -SIAPA. Ni, yang duq baca ni selam diri dulu dan kaji . Sampai bila hang mau lagu ni ? NAK sedih, marah , kecewa, murung, pasaipa , habaq mai sini .Ada ubah apa-apa kah ? Takdaq, jadi bangkitlah. Duk sesendu seseorang, habis nanti masa muda persia begitu saja,rugi .

CUBALAH . BELAJAR terima kenyataan . Perlahan-lahan kayuh . Sama-sama ya ? Insyaallah boleh punya, sebelum boleh, memang tak boleh, tapi kalau cuba, insyaallah lebih dari boleh. Amin.


P/S : Kak Fynn, pinjam gambaq sat .


- Bukan oghang utara, belajaq ja kat sana dulu - sat ja pun . Maaf naa andai ada silap kata bicara mengguris rasa percaya .

5 yang menasihati

  1. apa apa pun berbalik kepada tuhan

    ReplyDelete
  2. Sedih artikel ni... :'(

    ReplyDelete
  3. Anonymous10:34 PM

    Mungkin kau belum kena dugaan yang besar dan tragis wahai penulis...satu hari kau pasti terkena dan terkedu juga...dan tak mampu nak kata apa2..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Awak , saya selalu sangka baik dengan Takdir Allah. Saya percaya Dia. Saya baru kehilangan abah , sepupu dan sahabat rapat . Saya tulis ni untuk beri semangat pada diri dan orang lain. Apapun terima kasih ya :)

      Delete
  4. Anonymous7:10 AM

    Alhamdulilah atas artikel... saya baru je kehilangan isteri tercinta pada 15april2017 yang lalu. Anak 3 orang, memang sedih. Paling kecil 10 bulan. Setiap masa bila rasa rindu pada arwah, Saya terus berdoa pada Allah untuk tempatkan arwah dalam golongan orang beriman dan dibalas syurga JannahNya. Ini ujian untuk Saya untuk mencari Iman yang "hilang" masa lalu. Allah Hu Akbar..

    ReplyDelete

Untuk kesudian membaca dan memberi berkata-kata - saya berterima kasih.








Anem Arnamee © TERIMA KASIH ♥



click to te top