PENAFIAN

Selain daripada catatan sendiri , artikel di blog ini mungkin adalah berdasarkan sumber lain ( ada dinyatakan di hujung artikel ). Rujukan utama adalah Al-Quran dan As-Sunnah. Selain daripada itu adalah ilmu daripada mak abah , para guru , ustaz, ustazah , sahabat serta beberapa perkongsian melalui majalah JOM , juga majalah SOLUSI . Cubalah beli , pasti tak rugi. Serius.

Hari Kemerdekaan ke-56 2013 Malaysia : Negaraku Berdaulat Tanah Tumpahnya Darahku


Makin dewasa sewajarnya makin semangat kita untuk menulis bercerita betapa berbangga menjadi warga Malaysia merdeka .Namun entah apa yang lebih disibukkan hal ceritera sehinggakan tak di bawa perasaan bersama. Lupa mungkin - kitalah yang akan bercerita pada anak cucu cicit kita bagaimana di mulakan sesuatu yang jatuh dan syukur kini terbinanya empayar negara berjaya. Alhamdulilllah untuk keamanan tersisa yang masih lagi berpihak, ayuh ! Kekalkan kedamaian ini dalam pemahaman dan kepercayaan sesama kita. Moga diberkati Tuhan hendaknya .


Tema Slogan Hari Kemerdekaan 2013

‘Malaysiaku Berdaulat: 
Tanah Tumpahnya Darahku’


[ Klik untuk download vector logo Merdeka 56 ]
 

Maksud Logo Dan Slogan Hari Kemerdekaan 2013

Tema itu lebih bersifat perpaduan dan berorientasikan kepada patriotik dan kesatuan negara bangsa. Tema ini dipilih bagi memberikan peringatan kepada rakyat akan kepentingan bersatu mempertahankan negara di samping mewujudkan kesedaran rasa sayang dan cintakan negara.

Iklan Merdeka Petronas 2013



Aktiviti  aktiviti sambutan sempena kemerdekaan :

Ambang Merdeka
Tarikh: 30 Ogos 2013 (Jumaat)
Masa: 11.30 malam
Tempat: Pusat Maritim, Presint 5, Putrajaya
Tetamu: YAB Perdana Menteri & YAB Timbalan Perdana Menteri

Sambutan Hari Kemerdekaan (Acara Perbarisan & Perarakan)
Tarikh: 31 Ogos 2013 (Sabtu)
Masa: 8.00 pagi
Tempat: Dataran Merdeka, Kuala Lumpur
Tetamu: SPB Yang di-Pertuan Agong, YAB Perdana Menteri & YAB Timbalan Perdana Menteri

Lirik Tanah Tumpahnya Darahku


Mara
Kita halilintar
Tiada gentar
Puncak dunia
Malaysia
Sudah bergema

Kita halilintar
Tiada gentar
Bendera kita terus berkibar

Wira
Meggempur musuh
Biarpun lumpuh
Marak api putera puteri
Kita terus tempur

Bawa semangat
negara beradulat
Malaysiaku kepadamu
Tumpah darahku
Tanah tumpah darahku

Mara
Bawa semangat
negara berdaulat
Malaysiaku kepadamu
Tumpah darahku
Tanah tumpahnya darahku (6x)

Lagu: Joe Farizal & Aye
Lirik: Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek
Penyanyi: Ahmad Zakaria


Moga semua kita terus bersyukur dan berusaha menjadi lebih berjaya, dunia akhirat , insyaallah .







1 yang menasihati:

  1. salam..

    salam kemerdekaan arnamee.



    syira nak tanya ni, syira teringin beli dslr, agak-agak model dan brand apa yang boleh dicadangkan dengan budget yang mampu milik. tq

    ReplyDelete

Untuk kesudian membaca dan memberi berkata-kata - saya berterima kasih.


Protected by Copyscape Plagiarism DetectionPersonal Blogs :)
Diubahsuai oleh : Anem Arnamee