Salam. Hai. Saya Anem Arnamee. Terima kasih sudi datang, membaca mahupun berkongsi artikel blog ini. Maaf jika ada kekurangan & teguran amat dialu-alukan. Moga yang baik-baik selalu untuk kalian semua. Insya-Allah.

- Jika anda mahu sebarang kolaborasi/pengiklanan (review/ruang iklan) di blog ini boleh rujuk page ini.
- Jika ada pertanyaan lain, boleh mesej di facebook ANEM ARNAMEE atau e-melkan ke arnamee (at) gmail.com.

Sunnah di Bulan Ramadhan yang semakin dilupakan


Puasa adalah bulan keampunan dan memperbanyakkan amalan. Banyak perkara baik yang kita buat akan diberi ganjaran yang berlipat kali ganda.  Ada beberapa amalan sunnah di bulan puasa yang semakin dilupakan. Ok jom kita semak semula melalui perkongsian yang Anem perolehi dari sebuah buku ini. Jika ada penambahan, boleh kongsikan di ruang komen.
  • Melambatkan sahur
"Perbezaan diantara puasa umat Islam dengan puasa ahli kitab (Yahudi dan Nasrani) itu ialah dengan makan sahur."
(Riwayat Muslim)

Daripada Abu Sa'id al-Khudri, Rasulullah s.a.w bersabda: "Makan sahur itu berkat, oleh sebab itu jangan kamu meninggalkannya walaupun salah seorang daripada kamu kemudiannya meneguk seteguk air. Maka sesungguhnya Allah s.w.t berselawat ke atas orang-orang yang bersahur."

  • Menyegerakan berbuka

Disunnahkan juga kita menyegerakan berbuka puasa. Waktu paling afdal ialah ketika matahari mula terbenam atau dilaungkan azan Maghrib. Utamakan berbuka dari sibuk berzikir, membaca al-Quran atau ibadah lain kerana perintah Nabi s.a.w. Rasulullah SAW bersabda:

“Manusia akan sentiasa berada di dalam kebaikan selagi mereka sentiasa menyegerakan berbuka puasa.” – Hadis riwayat al-Bukhari

  • Berbuka dengan rutab atau kurma atau air

Rutab adalah buah kurma yang masak dan tidak dikeringkan. Ia lembut dan manis. Tamar pula adalah buah kurma yang telah dikeringkan sebagaimana yang banyak terjual di pasaran. Berbuka puasa dengan buah rutab, tamar atau air merupakan sunnah Nabi SAW Anas bin Malik r.a berkata:

“Rasulullah s.a.w berbuka puasa sebelum solat (Maghrib) dengan rutab. Jika tiada rutab, baginda akan berbuka dengan tamar dan jika tiada tamar, baginda akan meneguk beberapa teguk air.” – Hadis riwayat Imam al-Tirmizi

  • Berdoa ketika berbuka

Ibn ‘Umar r.a berkata:
“Apabila berbuka puasa, Nabi SAW akan membaca :
ذَهَبَ الظَّمَأُ وَابْتَلَّتْ الْعُرُوقُ وَثَبَتَ الأَجْرُ إِنْ شَاءَ اللَّهُ
(Dzahabaz zhoma u wabtallatil ‘uruuqu wa thabatal ajru insyaallah)

Hilanglah segala kehausan, segala urat-urat telah basah dan semoga tetaplah beroleh pahala.

– Hadis riwayat Abu Dawud
*tha = sa

Daripada Abu Hurairah r.a., Rasulullah s.a.w. telah bersabda,
“Tiga orang yang tidak ditolak doa-doa mereka.
-Seorang yang berpuasa sehingga dia berbuka
-Seorang imam (pemerintah) yang adil.
-Doa daripada seorang yang dizalimi.


( HR at-Tirmidzi & Ibnu Hibban )

  • Memberi makan pada orang yang berbuka
“Sesiapa yang menjamu makanan untuk berbuka bagi orang yang berpuasa, pahalanya sama seperti pahala orang yang berpuasa, iaitu pahala orang yang berpuasa yang tidak dikurangkan walau sedikit.” – Hadis riwayat al-Tirmizi.'


  • Lebih banyak menderma dan beribadah bulan ramadhan
Hal ini diceritakan oleh Ibnu Abbas: 
“Rasulullah SAW adalah orang yang paling dermawan. Dan beliau lebih dermawan lagi pada bulan Ramadan saat beliau bertemu Jibril. Jibril menemuinya setiap malam untuk mengajarkan al-Quran. Dan sifat dermawan Rasulullah SAW melebihi angin yang berhembus.” (Riwayat Bukhari)

Sekian, jika ada pembaikan boleh tambah. Sama-sama kita kongsi yang baik-baik dan buat yang baik-baik . Insyaallah :)


0 yang menasihati:

Post a Comment

Untuk kesudian membaca dan memberi berkata-kata - saya berterima kasih.








Anem Arnamee © TERIMA KASIH ♥



click to te top