Islam berkawan dengan non muslim ( bukan islam )


gambar dari brotherhoodsart

Perbezaan adalah untuk dirai. Saling hormat dan menerima lain tanpa paksaan. Islam adalah agama majoriti rakyat di Malaysia. Islam adalah agama Allah dan Rasulnya ialah Nabi Muhammad S.A.W.  Agama yang sangat mengutamakan keharmonian dan menghormati sesama masyarakat. Al-Quran adalah kitab rasmi yang membawa ajarannya.

Ini adalah jawapan akhir dan paling muktamad jika dipersoal dan diminta setuju cara dengan agama lain yang jelas berbeza daripada kita : 

"Bagi kamu pegangan dan cara hidup kamu , bagiku sebagai muslim ada pegangan dan cara hidupku "
Antara adab yang wajib pelihara dengan bukan muslim :
  • Tidak mengiktiraf kekufuran dan kesyirikan mereka.
Kita tahu dia belum islam dan tidak tahu tentang islam. Terangkan tentang islam secara berhikmah. Jika dia tanya , jawab dengan lembut sebolehnya. Jangan terlalu bertegas dan tunjukkan sikap yang baik sebagai tauladan atau contoh.
  • Membela dan mempertahankan hak serta berlaku adik terhadap mereka
Kita tidak boleh menzalimi atau melucutkan hak mereka. Kita perlu menghormati dan berbaik dengan mereka seperti kita mahu dihormati.
  • Kasihani mereka
Hulurkan bantuan dan pertolongan jika mereka memerlukan. Ikhlaskan hati . InsyaAllah masing-masing akan hidup harmoni.
  • Tidak menyakiti atau mencerobohi harta, nyawa dan maruah mereka
  • Harus memberi dan menerima hadiah daripada mereka
Syaratnya hadiah itu bukan sesuatu yang diharamkan. Buat dia selesa dan gembira dengan kita.
  • Tidak memulakan salam
Namun jika mereka memberi salam, jawablah “Wa’alaikum” (HR Muslim )
  • Doakan mereka di kala bersin
Jika mereka bersin , dan mereka berkata Alhamdulillah. Kita boleh jawab dengan berdoa “Yarhamukallah” - semoga Allah mengasihimu. Atau “Yahdikallah wa yushlihu balaka (semoga Allah memberi hidayah kepaamu dan memperbaiki urusanmu”

Daripada Abu Musa radhiallahu `anhu, ia berkata:
“Orang-orang Yahudi saling bersin di samping Rasulullah ﷺ , mereka berharap semoga Rasulullah menjawab: “Yarhamukallaah” (Semoga Allah melimpahkan belas kasih padamu). Tetapi Rasulullah menjawab: “Yahdiikumullahu wa yushlihu baalakum” (Semoga Allah memberi petunjuk dan membuat baik hatimu).” (Hadis Riwayat Abu Daud dan At-Tirmidzi r.a.)
 -----------------

gambar dari brotherhoodsart

Allah tidak melarang kamu daripada berbuat baik dan berlaku adil kepada orang-orang yang tidak memerangi kamu kerana agama (kamu), dan tidak mengeluarkan kamu dari kampung halaman kamu; sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berlaku adil.

Sesungguhnya Allah hanyalah melarang kamu daripada menjadikan teman rapat orang-orang yang memerangi kamu kerana agama (kamu), dan mengeluarkan kamu dari kampung halaman kamu, serta membantu (orang lain) untuk mengusir kamu. Dan (ingatlah), sesiapa yang menjadikan mereka teman rapat, maka mereka itulah orang-orang yang zalim. - [al-Mumtahanah 60:8-9]

0 yang menasihati:

Sebarang pendapat , nasihat atau soalan ?

Untuk kesudian membaca dan memberi berkata-kata - saya berterima kasih.





Anem Arnamee © TERIMA KASIH ♥



click to te top