Salam. Hai. Saya Anem Arnamee. Terima kasih sudi datang, membaca mahupun berkongsi artikel blog ini. Maaf jika ada kekurangan & teguran amat dialu-alukan. Moga yang baik-baik selalu untuk kalian semua. Insya-Allah.

- Jika anda mahu sebarang kolaborasi/pengiklanan (review/ruang iklan) di blog ini boleh rujuk page ini.
- Jika ada pertanyaan lain, boleh mesej di facebook ANEM ARNAMEE atau e-melkan ke arnamee (at) gmail.com.

Ruginya beramal kalau...

Selain hubungan dengan Allah, antara penentu amal kebaikan kita adalah hubungan kita sesama manusia. Andai buruk akhlak, sia-sia amalan yang kita lakukan selama ini.

- Hasad

Rasulullah mengingatkan: “ Berwaspadalah kamu tentang hasad! Sesungguhnya hasad memakan semua kebaikan, sebagimana api memakan kayu.” - [ Riwayat Abu Dawud ]

Hasad adalah perasaan tidak selesa jika orang lain dapat nikmat. Sebaliknya dia mengharapkan agar nikmat itu lenyap daripada orang lain. Rugi solat jika hanya sedikit dengki memusnahkan semua pahala kita. Jauhilah.

- Menghina saudara muslim

Pesan Nabi: “ Cukuplah seseorang dikira melakukan kekejian dengan menghina saudara muslimnya!” [ Riwayat Muslim ]

Perbuatan lahir daripada sikap. Bahaya sikap merendahkan orang lain. Sebab Rasulullah ada mengingatkan , ada seorang lelaki berkata bahawa Allah tidak mengampunkan si polan , sebab si polan sering bermaksiat. Lantas Allah berkata : ‘ Siapa yang berhak menetapkan pada-Ku untuk tidak mengampunkan si polan ? Sesungguhnya aku telah mengampunkan si polan. Aku gugurkan semua amalanmu!!” - [ Riwayat Muslim ]

- Takbur

Takbur lahir daripada sikap merasa diri lebih bagus dan orang lain tidak. Hadis riwayat muslim ada menyatakan , tidak akan masuk syurga jika seseorang ada sifat takbur dalam dirinya walaupun sebesar zarah.

Seorang sahabat bertanya;
‘ Bagaimana dengan seseorang yang sukakan bajunya yang elok-elok, sandalnya yang elok-elok.’

Rasulullah pun bersabda:
‘Sesungguhnya Allah maha cantik, suka akan kecantikan. Takbur itu , menyanggah kebenaran (kerana ego) dan menghina orang lain” - [ Riwayat Muslim]

- Bergaduh sesama saudara muslim

Rasulullah mengkhabarkan :

“ Dibukakan pintu syurga setiap hari isnin dan khamis, lalu diampunkan semua manusia yang tidak mensyirikkan Allah, kecuali orang yang saling bertelingkah,.

Maka diseru. ‘ Tangguhkan dua orang ini sehingga mereka berbaik, tangguhkan dua orang ini sehingga mereka berbaik.’” - [ Riwayat Muslim]

Marilah sama-sama kita menjaga hubungan sesama kita. Mudahan diredhai Allah dan tak rugi amalan kita.


[ Rujukan : EzyDakwah Majalah Solusi ]

 

0 yang menasihati:

Post a Comment

Untuk kesudian membaca dan memberi berkata-kata - saya berterima kasih.








Anem Arnamee © TERIMA KASIH ♥



click to te top