Buku kegemaran, penulis dan inspirasi.


Semua orang yang suka membaca (bibliophile) akan ada favoritism sendiri. Ada penulis kesayangan. Penerbit kegemaran. Siri dan koleksi simpanan. Malah kalau jumpa dengan yang mempunyai minat sama, ia sangat mengujakan.

Ada minat bacaan dalam Bahasa Melayu, ada minat dalam Bahasa Inggeris, Jepun dan sebagainya. Ada minat novel, komik. Belum lagi masuk bab genre. Ada romantis, sedih, ngeri, lucu, dan sebagainya. Pelbagai.

Saya secara peribadinya tidak pula mempunyai penulis khusus yang digemarkan. Buku pun tak ada spesifik siri yang diminati. Cuma saya selesa dengan penulisan Zabrina, Dyan Sheldon, Aan Mansyur, Ramlee Awang Murshid, Pahrol Juoi , Hvolate, Nadia Khan, Fazleena, Riduan A.Dullah, Dr.Robiah, Cheryna, Muharikah dan ada beberapa nama lagi.

Genre yang saya suka selain berunsur kemanusiaan, inspirasi dan islamik, saya terima juga pembacaan yang kritis dan mungkin puisi atau antologi cerpen untuk bacaan tambahan. Walaupun novel cinta mungkin pilihan terakhir saya, tapi boleh dikatakan banyak juga plot novel yang telah masuk dalam koleksi ingatan.

Dan kepada yang tidak suka membaca, boleh memilih dengan tidak memilih. Mulakan membaca bacaan popular atau paling tidak, sesuatu yang sederhana. Mana tahu, selepas itu mungkin berminat menulis pula. Perancangan Dia semua di luar jangkaan kita. Tak terlambat nak memulakan apa pun.

Eh! Dulu saya tidaklah sebegini gila, namun semenjak rapat dengan orang yang memiliki akaun Goodreads dan ditemukan dengan sahabat-sahabat yang minat membaca juga (Ehem), hobi 'mengumpul’ buku telah benar-benar menjadi hobi ‘membaca’ buku. :)

Jadi, terima kasih kawan-kawan dan buat semua, teruskan membaca!

بِسْمِ اللَّـهِ الرَّ‌حْمَـٰنِ الرَّ‌حِيمِ
اقْرَ‌أْ بِاسْمِ رَ‌بِّكَ الَّذِي خَلَقَ ﴿١﴾ خَلَقَ الْإِنسَانَ مِنْ عَلَقٍ ﴿٢﴾ اقْرَ‌أْ وَرَ‌بُّكَ الْأَكْرَ‌مُ ﴿٣﴾ الَّذِي عَلَّمَ بِالْقَلَمِ ﴿٤﴾ عَلَّمَ الْإِنسَانَ مَا لَمْ يَعْلَمْ ﴿٥
“Bacalah dengan (menyebut) nama Tuhanmu Yang Menciptakan, Dia telah menciptakan manusia dari segumpal darah. Bacalah, dan Tuhanmulah Yang Maha Pemurah, Yang mengajar (manusia) dengan perantaraan kalam. Dia mengajarkan kepada manusia apa yang tidak diketahuinya.”- (Surah Al-Alaq, Ayat 1-5)



2 yang menasihati:

  1. :) sy pun suka membaca juga tapi saya lebih mencari bahan yang menjadikan diri saya lebih positif dlm bisness.. ^_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bagusnya. Teruskan membaca :)

      Delete

Untuk kesudian membaca dan memberi berkata-kata - saya berterima kasih.





Anem Arnamee © TERIMA KASIH ♥



click to te top